April 10, 2012

Sebentar Ya.

Aku kalau ikutkan prinsip yang aku cakap sendiri dalam diri aku sendiri, sudah malas sebenarnya nak buka isu pasal politik atau isu-isu semasa mengenai negara.

Tapi sebab ada idea bangang mana entah dari pihak belah sana nak mansuh PTPTN. Aku rasa nak ambil spanar hidup, aku nak overhaul kereta aku. Ambil cuti seminggu, lepas turun enjin. Buat maintenance kereta walaupun sebenarnya aku tak tahu macam mana nak overhaul tu. Saja je bayangkan tambah sedap cerita.

Kiranya, aku cuma nak cakap yang aku tak setuju kalau PTPTN dimansuhkan. Walaupun aku sendiri ada hutang dengan PTPTN. Sebab? Aku cuma mahu menjadi rakyat Malaysia yang berhemah. Kalau dah nama berhutang, bayar je lah ye dak. Itu saja. Hutang peminjam-peminjam kepada PTPTN sebanyak 28 billion. Kau kira lah berapa banyak kosong. Nak cekau mana 28 billion tu supaya mansuh macam tu je? 

Ada orang cakap, PTPTN je yang mansuh. Hutang tetap kena bayar. Aku rasa serupa jugak. Sebab agensi mana yang nak kutip hutang tu kalau bukan PTPTN. Takkan lah nak bentuk satu agensi lagi. Tak ke tu buat kerja dua kali?

Entahlah, benda nak makin dekat pilihanraya. Makin banyak pulak isu bangang keluar. Nahaiiiii. Ni pulak ada Bersih 3.0 serentak dengan penjualan Kitab Terfaktab baru. Gila.


p/s : Higher education bukannya murah. Kalau takde PTPTN, aku sendiri tak dapat melanjutkan pelajaran walaupun layak.

10 ulasan:

Aimi Juon berkata...

Amboi, berturut-turut up entry. Kat Terfaktab pown ye, kat sini pown ye. ;)

Btw, aku pown kolot sikit pasal PTPTN nih. Pokoknya, aku ta setuju pemansuhannya.

cik maira berkata...

aku tak harap pun PTPTN tu dimansuhkan. tapi sekadar mansuhkan caj pentadbiran pun dah okey kot. :)
kepada bekas peminjam2 PTPTN, sila lah bayor hutang tu. jangan liat sgt nk bayor. orang2 lain pun nak pinjam jugak. haha :p

hanaahmad berkata...

kalau takde ptptn, aku rasa aku tak dapat sambung belajar itu hari.

Abang Zam berkata...

kalau mansuh aku tak berapa setuju. tapi kalau mansuhkan caj pentadbiran aku setuju

serupa komen maira lah pulak

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ko patut bace ini...

PERKASA kata tindakan hapus PTPTN tidak masuk akal + menjejaskan sistem pendidikan negara + menyebabkan negara muflis.
Jadi, admin nok tanyo beberapa persoalan:

1) Tindakan lupus hutang Tajudin Ramli, RM 589 JUTA ni masuk akalkah?
2) Tindakan Shahrizat menggunakan RM250 juta aset NFC untuk KONDO tu masuk akalkah?
3) Tindakan tidak menurunkan HARGA MINYAK di saat harga minyak dunia turun beberapa bulan lepas RELEVANkah? Tapi bila naik, LAJU jer!
4) Tindakan menafikan hak royalti rakyat Kelantan itu masuk akalkah?
5) Tindakan Najib membelanjakan RM79,053 untuk majlis hari jadinya itu baik untuk KEAMANAN NEGARAkah? Hakikatnya, itulah selayaknya mampu memufliskan negara!!! Wasatiyyah tang mana????
6) Sebelum PERKASA kata mansuh PTPTN, Negara jadi muflis..PERKASA kena ingat..jangan buat-buat lupa,

IDRIS JALA dah lama dah kata negara berisiko untuk muflis tahun 2019! Jadi, salah peminjam PTPTN kah atau salah kerajaan yang TAK RETI mengurus negara? Sehinggakan hutang negara meningkat sebanyak 12.3%, mencecah rm407 billion (Laporan Ketua Audit Negara 2010) dan baru-baru ini menerusi jawapan bekas BAKAL MB Kelantan, Awang Adek, Hutang terkini Kerajaan Malaysia ialah RM456.1 Billion !!!

Anda nilai lah sendiri! Apa harga rakyat di mata BN dan konco-konconya? Bernilaikah kita di mata mereka, jika kita bersusah-susah untuk hidup, sedang mereka bersenang lenang dengan duit cukai rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

patut jgk tgk ini....

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=271227002965859&set=a.198934243528469.51100.197829736972253&type=1&theater

Aku berkata...

Setuju dgn tanpa nama. Mereka(org2 besar BN) bersenang lenang dengan duit cukai rakyat ni yg memufliskan negara, bukan org yg lambat bayar PTPTN. Oh, ya, pehal pun penghutang, bayarlah selagi yg mampu. Tindakan terdekat gomen skrg ialah sepatutnya spt kata Cik Maira di atas.

AlexiaAqram berkata...

kakaka!

1. 600juta hutang penang yg DAP lupus pakai duit judi, masuk akal kah?
2. Duit lembu kelantan yang Husam Musa salah guna tu masuk akalkah?
3. Harga minyak kelas berapa yg turun bang? Kelas West Texas atau New York? Yang turun hari tu New York class, West Texas masih lagi setara. Negara kita pakai West Texas. Relevenkah yg turun minyak New York, tapi West Texas ikut turun?
4. Pentadbiran PAS bangang. Masa mesyuarat royalti 1994, tak bentang kertas kerja. Pergi bertikam lidah. Sapa suruh?
5. Bagi najib, setelah berkhidmat menjadi menteri selama lebih 20 tahun. 79k tu bagi dia macam 79ringgit. duit dia sendiri nak sambut besday, apa masalahnya?
6. siapa yg percaya cakap ibrahim ali?

hutang terkini mmg 456.1 billion. tapi pernah dengar berapa banyak negara luar hutang dgn malaysia? tahukah anda, indonesia juga berhutang dgn malaysia? banyak negara2 afrika juga berhutang dgn malaysia? oh, mungkin awak tak pernah baca laporan audit dalaman, awak baca audit luaran. SATU TRILLION tahu? SATU TRILLION. negar kita ni pemurah sangat.

dik, cukai rakyat tak berapa kerat lah dik. tak payah nak semangat RAKYAT sangat. buang masa. cukai pelaburan luar jana hampir 50% dari pendapatan cukai. tak payah lah nak kelentong rakyat. rakyat kita ni banyak lari dari cukai. bacalah laporan audit tu betul2.

kakakaka!

hanini berkata...

hahahah betul tu aqram..depa ni jenis dgr cerita n bace x tentu hala je..ilmu cetek tapi berlagak mcm tahu semua benda hal negara..luaskan pembacaan, jgn bace satu hala je.. tgk keadaan sekeliling, fikir rasional..
Aku pn x setuju pemansuhan ptptn.

noramieza berkata...

aku tak nak tanya benda lain, aku nak tanya satu benda je.

'SATU TRILLION tahu? SATU TRILLION. negar kita ni pemurah sangat.'

so negara kita ada a/r sampai 1 trillion.

dlm internal audit report yg kau baca tu, explain sikit apa notes dia.
adakah nilai 1 trillion tu materiality atau x?