April 19, 2012

Takluk, Duduk, Bantah. Dari Mana Nak Sampai Kemana?

Sekarang mari kita lihat sesuatu yang funny tetapi serius. Ia bagai sebuah rentetan untuk kita berfikir kembali apa yang perlu difikirkan tentang perjuangan, kononnya.

Ia bermula dari insiden seorang pelajar dari UPSI yang menurunkan bendera potrait Perdana Menteri Najib Razak. Dari demonstrasi di hadapan PWTC Kuala Lumpur. Nama pelajar itu ialah Adam Adli. Dari Solidariti Mahasiswa Malaysia. Katanya, berjuang mewakili mahasiswa Malaysia. Like seriously? Bila kita lantik ha? Jadi, insiden itu menimbulkan video ini ;




Dan juga video yang maha sarka dan epik ini.




Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan satu lagi perhimpunan dan demonstrasi. Kali ini di UPSI. Pukul 2 pagi buat demonstrasi depan pagar UPSI. Baring dan tentang. Adam Adli dan konco-konco berhaluan ideologi politik Pakatan Rakyat. Ini video-nya;




Hasil dari video yang entah apa kita nak label pun tak tahu ini, maka keluarlah satu lagi video maha sarka-common sense yang mengajak kita berfikir tentang apa jadah berdemonstrasi pada semua orang sedang tidur?




Apa lagi, kita juga ada video perhimpunan mengenai Himpunan Hijau dan paling menarik perhatian ialah perhimpunan wanita. Dimana ia dari mereka yang berideologi sama, pihak yang sama. Cuma kali ini berkonfratasi dengan cikgu ragbi.




And so on, aku rasa kemuncak dari sikap suka berhimpun dan demonstrasi ini kemuncaknya pada video di bawah ini dan seterusnya pula.







Dan finally, ini adalah yang terbaru. Apabila boleh dikatakan ada sebahagian dari kita yang dah muak atau dah tak tahan dengan sikap demonstrasi dan provokasi dari sebuah perhimpunan.




Aku ingin maklumkan. Aku bukan penyokong atau pentaksub dari mana-mana parti politik. Cuma sekadar berfikir dari akal yang waras. Adakah perhimpunan-demonstrasi-konfratasi-provokasi dari apa yang kita lihat ini semua mendatangkan kebaikkan semua pihak? Adakah ini betul-betul pada landasan 'For Better Malaysia'?. Seperti yang aku maklum sebelum ini, ada orang yang mungkin sudah tak tahan dan tak sabar dengan situasi-karenah seperti ini. Lalu mereka bertindak keras. Orang macam aku pula, tak mungkinlah hendak melakukan aksi keras. Tapi, kalau dah hilang sabar sebab dah banyak sangat karenahnya, mungkin aku juga akan bawa gayong dan pelangkong setiap seorang yang bawa masalah macam ini.

Jadi aku nak bertanya, anda ingin mengundi untuk pihak-pihak seperti ini? selisih malaikat empat puluh empat.

13 ulasan:

Abang Zam berkata...

boleh nampak kronologinya macam mana. merepek budak budak tu

biarkan lah

hazirah kamal berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/Occupy_Dataran

asal usul occupy dataran. I dont follow their news tapi tahu pada gathering pertama mereka pada july tahun lepas, exchanging ideas berlaku

dan walaupun saya menyampah dengan adam adli dna khalid ismath, saya tak berani kata mereka boneka PKR. mereka pemberontak. kalau PKR naik sekali pun, belum tentu lepas

problem mereka ialah melampau dalam perbuatan tapi perasan bagus.

kata mereka ini "bukan untuk directly mansuh ptptn, protes ini untuk education for the people"

Good cause. tapi kalung bunga kematian kat orang masih hidup, yeah right, "educate" lah sangat.

Qaseh berkata...

like what kau cakap : " Seperti yang aku maklum sebelum ini, ada orang yang mungkin sudah tak tahan dan tak sabar dengan situasi-karenah seperti ini. Lalu mereka bertindak keras. Orang macam aku pula, tak mungkinlah hendak melakukan aksi keras. Tapi, kalau dah hilang sabar sebab dah banyak sangat karenahnya, mungkin aku juga akan bawa gayong dan pelangkong setiap seorang yang bawa masalah macam ini."

aku pun rasa ape yang kau rasa..
setiap kali naik propa tiba2 macam ni, aku terdetik, apa yang diorg dapat sebenarnya!
sedangkan sekarang ni aku rasa aku masih aman belajar and ambik exam macam biasa..

hanaahmad berkata...

Inilah generasi yang bakal kucar-kacirkan Malaysia, yang bakal bikin Malaysia hilang rutin normal.

killy si cekelat berkata...

"Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta"
- malique pon lagi bijak dr dorg yang kononnya dh cukup bijak bila dh masuk U

Tanpa Nama berkata...

takpleh, kita tengok parti mana rakyat Malaysia ni nak undi. *tetibe

outbound training di malang berkata...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Sukses besar esok hari dimulai dari tindakan-tindakan kecil hari ini .,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Tieah Madian berkata...

Serius aku dah malas sebenarnya nak tulis entri pasal budak Adam Adli ni.. Aku pun ikut rentetan kisah dia dari mula sampai sekarang.. Bukan sebab aku kagum dengan tindakan dia yang seolah-olah dia je yang terbaek! Padahal ramai lagi student Malaysia kat oversea dok tengok je perlakuan dia dari jauh.. Sebab? Nampak bodoh! Berjuang pun guna jalan betul.. Debat! Yes. Tak perlu kot demonstrasi macam ni.. Nampak sangat kemaruk utk realisasikan impian seseorang tu utk jadi PM.. Huhuhu.. Bosan!

http://dhatieku.blogspot.com/2012/04/demonstrasi-mansuh-ptptn-menuntut-free.html

Tanpa Nama berkata...

I apologise, but, in my opinion, you are not right. I suggest it to discuss.

theRandomcraps berkata...

"aku bukan penyokong atau pentaksub dari mana-mana parti politik."

okee. aku percaye, hue3

Eyka berkata...

aku sokong kau aqram..

kau tgok smua muka budak melayu..2 sebab la melayu kena tindas dengan bangsa lain..sempit sgt pkiran.

org ajk berhimpun..trus mcm lembu kena cucuk idung berhimpun gak..pkiran letak longkang agaknya.

Camy Alya berkata...

tak matang

Pujangga Bercerita berkata...

aku paling benci video gang purple tu..bila kaum2 ibu keluar dari dapur..apa pun x boleh pakai.