Mei 29, 2012

Lafaz Kata Pujangga

Siapa agaknya insan di hati gadis itu? Buat aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku merenung dalam-dalam wajahnya dari jauh sambil mengatakan pada hati; 

Masihkah ada ruang untuk diri aku dalam cintanya?
Masihkah aku menjadi lelaki yang dia tunggu?

Mencari kehidupan untuk sesuatu yang lebih baik bukan mudah. Kamu mungkin melihat aku sebegini dengan keuntungan pada mata kasar kamu. Padahal ia hanya alasan yang aku jadikan sebagai bahasa luaran untuk kamu nikmati dalam kehidupan. Sedangkan saat ini, aku terseksa.

Tanpa ada yang memberi rasa sayang. Apatah lagi menghulurkan cinta. Tubuh aku lama kelamaan makin dimamah dengan masa. Bila agaknya saat itu akan ada? Bila agaknya hati yang sunyi bertaman kembali? Atau mungkin telah ditakdirkan aku akan meninggalkan dunia keseorangan. Jika itu.. aku sendiri tak berani mengiyakannya.

Gadis itu. Perempuan itu. Wanita itu. Membutakan segalanya. Sempurna di mata, tapi tidak pada pokok ceritanya. Namun aku cukup suka. Suka disihirkan dengan nikmat cinta. Sekali lagi aku bertanyakan;

Siapa agaknya insan di hatinya?

Akukah?



Tunggu.




p/s : Celaka, apasal jiwang sangat ni?

12 ulasan:

Cik NurulZaty berkata...

jiwang level 1001

Ami Manaf berkata...

bila ditukarkan ayat ke versi lelaki, serius sama dengan apa yang aku rasa sekarang... sebijik-sebijik...

Tanpa Nama berkata...

jiwang yang kritikal ni dok..
mohon dipermudahkan segalanya..!


give love a chance..
*muarian*

aku berkata...

ok.
dah menitis air liur dengan air hingus baca.

sabarlah. kadang apa yang terlalu di cari payah untuk dijumpa. Cool je kawan :)

Wadi AR berkata...

rambut belah tepi

shahirahkhairudin berkata...

aummmmm..

meronta ronta batinku ingin memiliki jiwa setukus jiwamu. namun mengenangkan siapa aku ku membisuuuuuuuuu *lagu latar*

MizzTina berkata...

erkkk, jiwang gilos!!

EZAN IDMA berkata...

usaha untuk dapatkan dia bro!

Tanpa Nama berkata...

try lah tnyer...tak cuber tak tau....mgkn die juge menunggu gak....hanye tuhan yg tahu.....=)

(the naked writer) berkata...

ada orang seru? ehem

Yodd™ berkata...

engko punya tajuk entri macam sepatah perkataan dalam satu lagu kat radio aku dgr.

syifa berkata...

seteress gak..menci