Mei 06, 2012

Sudah Tua

Aku ada idea. 

Mohon kerajaan Malaysia buat perumahan untuk orang-orang bersara. Atau dalam bahasa Inggerisnya, 'Retirement Village'.

Negara kita ini dalam menuju masyarakatnya lebih banyak orang tua dari orang muda. Itulah hakikat yang perlu kita telan. Ya, aku pernah baca statistik populasi rakyat negara kita bakal mempunyai ramai orang tua menjelang tahun 2020. Sekarang sudah 2012, lagi lapan tahun menuju ke 2020. Sudah seeloknya kita buat retirement village untuk kemudahan orang-orang tua. Tidak ruginya kerana yang nikmati kemudahan itu adalah orang-orang tua kita juga.

Kita degar-degar bercakap mengenai pendidikan percuma, tetapi kita meminggirkan warga tua. Tak adil. Warga tua telah banyak memberi pendidikan kepada kita secara percuma tanpa kita sedari. Kini, kita secara tak langsung mahu menggigit warga tua yang telah berbudi kepada kita. Apa ini? Adakah kita mahu menjadi warga muda yang tak bertanggungjawab?

Retirement village merupakan konsep perumahan yang dapat mengelakkan wujudnya rumah-rumah orang tua seperti kita lihat kini. Kita perlu tahu bahawa ada orang-orang tua yang masih hendak beraktiviti di usia emas. Jika duduk di rumah orang-orang tua, mereka seolah terkonkong dalam situasi rumah orang-orang tua sendiri.

Krisis anak memasukkan orang tuanya ke rumah orang-orang tua banyak terjadi kepada masyarakat Cina dan India. Ini hakikat. Masyarakat Melayu ada juga yang menghadapi krisis tersebut, tetapi secara lazimnya peratusan masih tidak tinggi. Tetapi, masih ada. Mungkin masyarakat Melayu kurang menghadapi krisis seperti ini kerana orang-orang tua kita banyak tinggal di kampung. Masih ada tanah untuk dikerjakan, masih ada rumah untuk didiami terutama rumah-rumah pusaka, mahupun rumah-rumah felda.

Namun, kita perlu sedar tentang kita yang golongan muda yang tinggal di bandar, kebanyakkan ibu bapa kita mempunyai rumah di taman perumahan. Aku cuma bimbang, adakah kondisi taman perumahan seperti di Subang Jaya misalnya mampu memberi kondisi yang baik dan tenang untuk semua warga emas? Aku rasa tidak. Kita pula sering diberitakan tentang kisah perompak yang merompak rumah, dan yang menjadi mangsa ialah warga emas atau warga yang bersara. Ini merisaukan untuk kita sebagai anak bukan?

Retirement village adalah kuncinya. Kunci kepada kehidupan warga emas yang kondusif, selamat dan selesa. Rumah yang sesuai untuk suami dan isteri warga emas, duduk berdua dalam satu rumah yang tidaklah besar, cuma ada dua bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan satu bilik stor, rumah tidak bertingkat, bukan rumah teres, punyai kawasan halaman tidak sempit, dan yang paling penting, tidak bertangga. Retirement village ini khas untuk mereka yang baru lepas bersara dan mahu menikmati masa-masa emas dengan tenang selepas bersara. Dengan wujud perumahan sebegini, warga emas dapat bergaul antara satu sama lain dengan semangat kejiranan yang tinggi. Di tambah dengan perkhidmatan keselamatan, tentunya kita sebagai anak berasa selamat dengan keadaan orang tua kita di retirement village. 

Retirement village juga menyediakan kemudahan rekreasi asas untuk para warga emas ber-taici atau berpoco-poco di waktu pagi. Mungkin juga berjogging dan bersenam. Juga ada kemudahan kedai runcit, pusat kesihatan, kedai kopi, tempat beribadah dan sebagainya, di mana ia sangat berdekatan. Lebih menarik, aku harap di retirement village, warga emas lebih suka berbasikal atau bermotor. Kurangnya kereta di retirement village. Ia seakan duduk di kawasan perumahan moden tetap mengekalkan ciri-ciri kampung yang klasik.

Sebenarnya sekarang, aku kadang-kadang risau juga dengan ibu bapa aku yang mengadu ada orang mahu merompak rumah membawa parang dan sebagainya. Kalau aku komplen yang kerajaan kini tidak peka pada rakyat, sehingga menyeru menumbangkan kerajaan sedia ada. Bagi aku, itu bukan tindakan bijak. Komplen dan menumbangkan kerajaan atas sebab masalah sosial bukan penyelesaian yang bijak. Masalah sosial datang dari rakyat sendiri. Itu tindakan orang yang tak berfikir panjang. Aku berfikir panjang, jadi aku berikan idea ini. 

Sememangnya aku harap retirement village ini dapat direalisasikan satu hari nanti. Jika perlu membayar  cukai perkhidmatan untuk memastikan ibu bapa aku kekal di retirement village, aku sanggup membayarnya. Kalau ada orang kata, waktu raya nanti akan sesak retirement village, aku rasa itu tidak mungkin kerana sewaktu perayaan, anak-anak akan bawa ibu bapa di retirement village untuk beraya bersama anak-anak. Tapi, kalau nak bakar lemang di retirement village pun cara jugak ye dak. Haha.


p/s: Jadi, siapa yang sudi menjadi pasangan saya ke akhir hayat untuk tinggal di retirement village ya?

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sudi kat aqram...hewhew....

Alip Apai berkata...

Cadangan ini memang bijak. Retirement village untuk warga emas supaya hidup mereka masih kondusif disamping menjalani kehidupan seperti masyarakat normal. Bukannya rumah orang tua yang cuma ada katil dan almari dan jiran yang asyik terbatuk 24 jam.

Tapi dalam situasi negara sekarang, ini suatu yang mustahil direalisasikan. Sebabnya, pertama mentaliti warga tua dan masyarakat sendiri yang berfikir konsep seperti ni lebih kepada menyimpan orang tua supaya tidak menyusahkan anak. Kedua sebab ada banyak kampung dekat Malaysia mcm ko cakap, so mananya diorang nak tinggalkan segala harta pusaka. Ketiga, sebab kerajaan Malaysia lebih sibuk menjatuhkan pembangkang dan mengkayakan diri sendiri.

Aku suka cadangan ni tapi aku rasa ianya tidak lebih dari sekadar angan-angan.

:)

iamSH berkata...

aku sokong!

Tanpa Nama berkata...

jom. sy tunggu ni..kah kah

Azizah Alwi berkata...

Idea yang sangat bernas Aqram.Semester lepas masa aku tengah ambil salah satu subjek berkenaan dengan Entrepreneurship, aku ingat nak bukak satu rumah khas buat warga tua dan yang menariknya ramai lecturer yang tertarik dengan idea aku sehingga mahu aku teruskan dengan idea itu dan buat business proposal.
But at the end group member aku tak suka sbb katanya ia adalah semacam buat satu rumah kebajikan khas untuk golongan tua dan tak dapat untung yang lumayan.Akhirnya projek itu terbengkalai sebegitu sahaja.
Sesetengah golongan muda zaman sekarang ramai yang pentingkan diri sendiri dari golongan tua nampaknya.

Abang Zam berkata...

power idea ni. tp pikir pikir balik, department mana yg nak sukarela realisasikan idea bernas ni

semua sibuk gali lubang emas sendiri

Aneh berkata...

Aku tak bangkang tapi mentaliti Melayu tetap akan menghalang apa2 rancanganan seumpama retirement village.

Aku tak terfikir nak hantar parents aku ke retirement village. Tapi aku terfikir bila aku tua nanti, aku sendiri nak apply masuk retirement village tanpa diminta oleh anak2 aku. Bukan aku manjakan anak. Cuma ntah, bila mana la tau, bila aku tua nanti, aku rasa cambest je retirement village tu. Hehee..

sikecikyangcomel berkata...

cadangan yang bikaj dan berfikiran jauh :)

Tanpa Nama berkata...

saya.

hanaahmad berkata...

aku nampak ada sesuatu yang patut dilaksanakan. menarik!

Alexia Aqram berkata...

tak boleh dgn mentaliti melayu. aku jual idea ni ke orang cina dan india. apa de hal?

Tanpa Nama berkata...

dah ada... nama dia kompleks penyayang... tak pernah dengar???