Mei 03, 2012

Yes

Pemimpin.

Bagi aku, sebab-musabab kita memilih pemimpin adalah untuk si pemimpin yang dipilih dari kalangan kita itu, layak untuk memimpin kita semua ini ke arah yang positif. Kiranya, kita memilih yang terbaik dikalangan kita untuk dijadikan pemimpin atau ketua supaya si pemimpin boleh memperbetulkan diri kita yang mungkin silap atau ingin ke arah sikap yang lebih baik. 

Pemimpin takkan dapat lengkap markah sepuluh per sepuluh kebaikkannya. Ada yang jenis kuat beragama, tapi handle ekonomi, fail. Ada yang pandai cakap itu ini tapi bila bab management, lintang-pukang. Ada yang tak pandai cakap, tak dapat title ulamak, tapi bila bab pengurusan kerja dan khidmat masyarakat memang tip-top. Kan?

Ada orang cakap;

Pemimpin dipilih bagi merealisasikan impian rakyat. Pemimpin dipilih untuk memperhambakan diri kepada rakyat. Kalau rakyat kata YES, maka pemimpin kata YES. Kalau NO, maka NO lah jawabnya. Jika rakyat kata YES, tapi pemimpin kata NO. Maka, bersiap sedialah untuk pemimpin ditumbangkan dengan apa cara sekalipun termasuk rusuhan, pijak-memijak dalam organisasi dan tak lupa perhimpunan raksasa.

Aku cuma terfikir, kalau kehendak rakyat itu implementasi-nya buruk. Adakah pemimpin perlu ikut cakap rakyat?

Kalau macam tu lah pendapat 'ada orang cakap' mengenai pemimpin. Baik pilih pemimpin yang kaki perempuan atau playboy. Senang sikit orang leaki nak pergi rumah urut tanpa risau kena raid.

Kalaulah.



p/s : Atau pilih pemimpin yang jenis janda berhias. Meriah langsir pejabat uolls.

11 ulasan:

Eyka berkata...

kite kena plih pemimpin yang bukan dipimpin oleh rakyat..2 je.

SM berkata...

sekarang, pemimpin kata YES (atau NO), rakyat kena ikut. kalau teringin tidur lokap barang semalam dua, cuba la lawan. hahaa!

firdaus.9898 berkata...

soalnya = duit.
GST tu "aware"kan masyarakat duit kerajaan tu adalah duit rakyat.
kalo tidur, harga minyak besok naik, rakyat marah.
x tidur, tapi lembu 200 juta, rakyat bising.
nak jadi pemimpin kat Malaysia kene buat rakyat rest assured duit tu selamat.

Eyka, cuba cari buku Animal Farm by George Orwell utk cari pemimpin yg anda maksudkan. hehe.

Azreen Amran berkata...

ceritanya, pemimpin yang kalau tak berjiwa rakyat memang akan tumbang.

haih. dunia dunia.

Yanayo berkata...

lain orang lain cintanya.

Tanpa Nama berkata...

bro...dulu ckp belajar sampai safa marwa tp cara penulisan....cm xdr ilmu langsung belajar pasal konsep pemimpin ni...bukan sahaja pandai management,pandai ckp,pandai segala2xnya...tp akhlak yg mulia juga perlu bro...ilmu agama perlu tggi bro..pemimpin begini baru lah dpt mengubah rakyat,negara ke arah perpaduan umah islam dengan lbih baik...jauh dr perkara mungkar...no pusat hiburan, kelab2x, pergaulan bebas, ....semua ni dpt dihindarkan....so...konsep kepimpinan ap yg anda tulis diatas?

rara91 berkata...

sedih aku tengok malaysia . walaupon aku masih muda . aku harap korang tolonglah aku . aku nak malaysia aku balik . sudahla dengan politik korang . jangan suatu hari nanti aku tak dapat ais krim malaysia lagi . time tu aku sumpah aku sula jubo korang dengan tebu . trust me .

Tanpa Nama berkata...

kita kena pilih pemimpin seperti yang sedia ada macam sekarang agar kanak-kanak cepat matang akal fikiran dengan membaca akhbar utusan. :)

Tanpa Nama berkata...

anon 5:58 hahaha! ko memang tak faham en ape itu SARKASTIK..

Tanpa Nama berkata...

aku faham ap tu sacarstic....eja kasi betul bro aku tgh sacarstic la ni....aku tau si penulis tgh bercakap mngenai sapa...n aku tulis berdasarkan ap yg aku tahu penulis ni dr pihak mana....aku bercakap pasal pihak yg dia pilih....so mat aku tau ko mungkin member sepapat dia so better x yh backup

Alexia Aqram berkata...

tak sedar ke dua-dua pihak aku sapu kat entri ni?

tsk tsk tsk.