Jun 20, 2012

I L M U

Ilmu bagi aku semacam perkara yang luas. Dalam tafsiran aku, apa saja yang ada dalam dunia ini termasuk akhirat yang berkaitan pengetahuan adalah ilmu agama. Ilmu sains adalah ilmu agama. Ilmu sastera juga ilmu agama. Ilmu meniaga, ilmu komunikasi, ilmu teknologi, ilmu nak buat telefon, ilmu cinta, ilmu nak masak sedap, ilmu seks, dan semuanyalah sama ada ilmu baik atau jahat adalah ilmu agama.

Ilmu yang baik, kita belajar untuk kita faham dan mempraktikkannya. Ilmu yang tak baik, kita belajar untuk kita faham dan meninggalkannya atau mencegahnya. Yang penting, semua ilmu kita kena belajar, sampaikan dan mengajarkannya supaya umat manusia ini kekal berilmu. Kalau kamu rasa ilmu agama itu hanya ilmu dari Al-Quran, sunnah dan ijtimak. Kamu silap. Ilmu agama itu sekali lagi aku tegaskan sebagai luas. Sebab apa yang kita buat adalah kerana Tuhan, secara tak langsung kerana agama, walaupun ilmu macam mana nak buat coding HTML dalam web. Itu juga ilmu agama. Kalau tak tahu ilmu buat coding HTML, macam mana kamu nak berdakwah dengan baik dalam internet?

Ilmu baik seperti ilmu fardhu. Mengajar kita bersolat dengan betul misalnya. Mana boleh kita membaca al-fatehah dalam hati apabila solat. Kita kena baca sekadar dengar di telinga kita. Kalau kita baca dalam hati, ia dah tak menepati syarat sah solat. Dah macam watak P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuk. Director suruh cakap, dia jelir lidah tak nak cakap. Kan dah kena bahalol.

Ilmu tak baik seperti ilmu arak. Kita kena tahu bahawa alkohol tak semestinya adalah arak. Minuman beralkohol juga tak semestinya arak. Yang arak ialah minuman beralkohol melebihi paras 0.5 persen atau 1 persen iaitu bila kita minum, kita akan berasa mabuk dan pening-pening. Yang itu barulah arak. Samalah juga seperti beer. Ada beer yang arak, dan ada beer yang bukan arak. Sebab beer itu nama untuk minuman diperbuat dari barley atau juga malt. Beer tak semestinya arak. (Akan diterangkan bila-bila nanti)

Nah, pentingnya untuk kita meneroka ilmu. Sebab ilmu dibawa ke dalam kubur. Sebab Tuhan memuji orang yang menuntut ilmu, mempraktikkannya dan mengajarkannya. Kiranya, bila ada satu permasalahan di dunia moden ini, kepentingan ilmu untuk menyelesaikan masalah amatlah diperlukan. 

Seperti masalah sambut hari ibu dan hari bapa. Sambut hari ibu atau bapa tidaklah jatuh kepada haram. Bagi aku, setelah aku memahaminya dengan ilmu, sambut hari ibu atau bapa walaupun sejarahnya dari orang Kristian di mana ada sesetengah dari kita mengatakan menyambutnya adalah haram kerana akan menyerupai perayaan orang kafir, aku dengan tegas mengatakan itu adalah tidak tepat. Sebenarnya, jika dilihat dari segenap aspek ilmu, sambut hari ibu dan bapa adalah perkara baru. Ia terletak dalam kategori bidaah. Bidaah bermaksud perkara yang nabi dan para sahabat tak buat. Macam menonton televisyen, nabi tak tonton televisyen, jadi ia bidaah. Ada beberapa cabang dalam bidaah. Bidaah hasanah, bidaah dolalah, bidaah mazmumah. Kalau kita sambut hari ibu atau bapa untuk hal kebaikkan iaini memang untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada ibu bapa kita, itu adalah bidaah hasanah. Bidaah hasanah adalah bidaah yang baik. Boleh dilakukan atas tujuan menyahut seruan Allah untuk kita berbuat baik kepada ibu bapa. 

Walaupun ada orang cakap 'buat baik kepada ibu bapa bukan setakat hari ibu bapa sahaja, patut hari-hari', aku cuma nak cakap bahawa; Ya, memang berbuat baik perlu hari-hari, tapi tidak semua manusia itu sama dengan orang yang beruntung boleh mengerjakan kebaikkan pada ibu bapa setiap hari. Ada antara kita tinggal jauh merantau jauh dari ibu bapa, tak balik berbulan-bulan, atau mungkin lama terpisah dari ibu bapa kerana ada salah faham atau terputus hubungan kerana beberapa faktor. Paling tidak untuk anak itu mengerjakan kebaikkan terhadap ibu bapa adalah pada hari raya atau ya, pada hari ibu atau hari bapa. Mungkin dia balik ke rumah ibu bapa pada hari ibu atau hari bapa setelah bertahun tidak pulang kerana terasa hati dengan ibunya yang mahu memaksa berkahwin dengan pilihannya. Kita bukan tahu? 

Mungkin anak yang jauh ini mendoakan kesejahteraan ibu bapa dalam solat, namun tak berpeluang untuk menjenguk kerana urusan kerja, merantau, menuntut ilmu dan sebagainya. Tapi, pada hari ibu atau bapa, kerana terkesan dengan pengorbanan, dia pulang ke rumah ibu bapanya untuk meraikan ibu bapanya, memohon ampun, menolong ibu memasak di dapur, menolong bapa di kebun dan apa saja perbuatan baik terhadap ibu bapa termasuk mengurut belakang ibu dan bapa untuk minta duit saku. Kehkehkeh.

Eh, terpusing masuk hal ini pula. Baiklah, berkenaan ilmu. Ya, sebenarnya aku risau dengan perkara ini. Seperti yang disebut dalam hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abdullah bin Amr Radiallahuanhuma katanya; Baginda Rasulullah SAW bersabda;

"Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu ini daripada para hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Dia menarik ilmu ini dengan mengambil para ulama-Nya sehingga apabila sudah tidak tinggal lagi orang alim. Maka ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu maka dia pun cepat memberi fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (cuma guna akal fikiran), akhirnya habis semua sesat dan si bodoh-bodoh itu berterusan menyesatkan"

Jadi, setelah kamu membaca artikel ini dari mula mengenai semua ilmu itu adalah agama. Kamu kena lihat semua ilmu untuk kamu selesaikan masalah. Kait pula dengan masalah sambut hari ibu dan hari bapa. Kamu rasa siapa yang cepat keluarkan fatwa hari ibu adalah haram dan hari bapa adalah lagha itu orang bodoh atau ulamak?

Terpulang untuk kamu fikir. Wallahualam.

10 ulasan:

muhsin.aminudin berkata...

aku time rosak dulu siap hafal cara nak buat cocktail, mixer sume. hum

kay_are berkata...

berpaksikan atas name ustaz.. memang senang je orang ramai nak caye ape je statement yang dikuarkan.. realiti dunia sekarang..

Sayid berkata...

Udah2 la anti sgnt dgn UAI, Bang oii...

Wadi AR berkata...

pandangan masing masing

NK berkata...

Nice one bro..meluaskan pandangan saya entri ni

ஜ miss klanika ஜ berkata...

yg pntg kita bukan sambut atas sbb sejarah sama dgn puak kristian yahudi semua tu

Tanpa Nama berkata...

arqam, kau pernah minum beer ke?

kaki bola berkata...

ustaz yang bagi ceramah kat masjid pun bawak ajaran sesat.mcm2 zaman sekarang ni.siapa kita nak caya pun tak tau.

Tanpa Nama berkata...

"zaman sekarang ni.siapa kita nak caya pun tak tau."

Percayalah kepada blogger.

ked berkata...

ada jugak anak2 yang segan nak luahkan kat ibu dan ayah diorang yang diorang sayang ibu ngan ayah setiap hari..

contohnya macam aku.. so, masa hari-hari istimewa macam nilah aku nak ucapkan kata-kata sebegitu kepada mereka..

:)