Julai 29, 2012

Hek Eleh Kerek Betul Lah Kau Ni

Bila ada orang cakap sesuatu yang buat aku rasa menjengkelkan seperti ini;

"Kelantan, negeri yang banyak hasilkan ulamak. Respek Kelantan lah bro"

atau

"Ustaz Don asal dari Bukit Mertajam, kami orang utara memang banyak orang alim-alim".

Buat aku rasa kurang selesa. Jadi, aku ingin menceritakan satu perkara, atau satu fakta yang jelas bila ada orang ingin sangat nak mengaitkan antara sesuatu tempat atau bangsa dengan Islam. 

Kalau kamu tahu asal bangsa 25 Rasul, kamu akan dapati banyak Rasul dari bangsa Yahudi. Nabi Isa dan Nabi Sulaiman misalnya seorang Yahudi. Kamu rasa lah kan, kenapa bangsa Yahudi diperturunkan ramai Rasul ke atas mereka? Adakah sebab mereka bangsa yang baik? Tidak bukan? Kita umum sudah mengetahu bangsa yahudi adalah bangsa paling bermasalah dan banyak kali disebutkan dalam Al-Quran tentang kejahilan mereka. Nah, sebab itu Allah turunkan banyak nabi dan Rasul kepada bangsa Yahudi. Untuk memperbetulkan bangsa itu. Membawa bangsa itu ke jalan yang benar.

Kemudian, kamu fikir pula kenapa Nabi Muhammad SAW diturunkan mula-mula kepada bangsa Arab? Ya, tepat sekali. Kerana bangsa Arab itu dikenali sebagai bangsa Jahiliyah. Bangsa yang bodoh dan banyak buat perkara dilarang oleh Allah. Sampaikan orang Parsi sendiri tak nak jajah bangsa Arab yang bodoh dikhuatiri kejahiliyahan Arab itu berjangkit dengan bangsa Parsi. Itulah bangsa Jahiliyah, sememangnya logik Rasulullah dilahirkan di Mekah.

Jadi, aku nak tanya. Kamu bangga sangat yang bangsa kamu banyak lahirkan ulamak atau negeri kamu ni negeri orang alim-alim ni kenapa? Kamu tak rasa ke Allah sengaja lahirkan banyak orang alim dan ulamak di negeri kamu sebab bangsa atau negeri kamu itu sedang bermasalah? Masalah dari sosial atau mungkin ramai orang ponteng puasa dan tak sembahyang. Senang cakap, yang ramai-ramai ulamak atau orang alim yang lahir kat negeri kamu itu telah ditakdirkan untuk mentarbiahkan kamu-kamu yang sedang bermasalah, yang sedang Jahil. Ini yang sebetulnya. Tak payah bangga sangat lah.

Tak payah nak kutuk negeri aku dan bangsa aku lah. Aku tahu negeri Johor tak banyak hasilkan ustaz atau ulamak popular macam korang. Sapa yang popular sekarang? Ustaz Azhar Idrus? Tuan Guru Nik Aziz? Ustaz Kazim Elias? Ustaz Don? Al-Fadhil Ustaz Mat Sabu? Ah, banyak yang dari utara dan timur. Sebab itu korang bangga dan taksub sangat kan? Johor sapa je ada? Haji Noh Gadut? Ah, itupun kami di Johor banyak yang ambil endah tak endah je dengan dia.

Negeri kami ada basic seragam dalam mengajarkan anak-anak Johor tentang fundamental Islam sejak kecil, itulah gunanya sekolah fardhu ain. Tak perlu ramai ulamak atau ustaz, kalau sistem pendidikan Islam itu bemula dari akar, insyallah terjamin. Insyallah aman, insyallah tak bermasalah, insyallah tak jahiliyah. 

Cuma ada satu negeri saja yang membimbangkan aku. Negeri ini banyak sangat ajaran sesat. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah yang berdasarkan indeks. Lain tak bukan ialah Selangor.



That's why aku rasa JAIS serbu pecah pagar rumah kawan aku itu hari. Hohohoho.

16 ulasan:

adam berkata...

tak habis punye cerita kalau sebut juang bangsa, juang negeri segala.

Macam sependar pemikiran sebegitu. Ikut agama pun dah tolak superority dalam hal berkait bangsa.

Sampai bila? Nak berjuang sampai pedang terhunus? Pistol diangkat? Lembing dilontar? Darah mengalir?

Cukuplah dengan soal ini. Melayu itu memang begitu sombongnya. Sampai ke sudah mahu aman hidup berbilang bangsa tak akan tercapai gamaknya.

Dangkal pemikiran mereka yang sebegitu.

Bukan cakap ang Aqram. Cuma luah pendapat.

farhanieza berkata...

hm. :-)

farhanieza berkata...

hm. :-)

Akim Iqbal berkata...

Hohohohoo

NA berkata...

best!

Wadi AR berkata...

yeke selangor?

ayobkelubi berkata...

terbaik ah arqam!

sama macam WEST HAM UTD berlagaklah tahun ENGLAND menang world cup. kan semua originally came from west ham utd.

tgk kat mana west ham skang?. hehehehe.

Eiffel Kawaii berkata...

**menunggu sesapa yg bakal butthurt

Zura Lee berkata...

like like like dabel like ur entry nih !!.. i likeeeeeeeeeeeee !!

BellaRose berkata...

sokong!!!!! terbaiklah aqram!

AikoN berkata...

Kau mengkritik mereka
Pada masa yang sama, kau juga buat perkara yang serupa, cuma dgn gah asabiyah kejohoran kau

Kau serupa atau kau berbeza?

daniya berkata...

well this time, im not with you aqram. the way you speak about kenegerian, it reflects you. seriously.

but the thing is that, ak just sokong kau dekat bangga tu. kita tak perlu bangga semata ada ulama di tempat kita, tapi seharusnya kita kena bersyukur. you know what, ulama' will save you at the end of the day. you pernah dengar psal hafiz quran boleh menjamain keluarga, masyarakat bla3 i know you read that stuffs. :)

Best Business Brands berkata...

Hek eleh! tak payah la nak kerek-kerek pulak!! Huh! harini nak update post bengang . boleh?? haiish~. tensen betul dengan orang-orang yang ...

lin acik berkata...

lecturer saya cakap . tak payah nak bangga 'orang negeri awak hebat' sebab yang hebat tu bukan awak . orang lain .

Hanis Razali berkata...

mmg tak selesa ah org ckp mcm tu.mcm what the

Tanpa Nama berkata...

Bangang punye entry..haak tuuiih..piraahh..