Julai 22, 2012

#SaveMaryam





Setiap tahun, 2 juta umat Islam di Indonesia keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Jika hudud ada di Indonesia, mungkin tidak akan terjadi seperti ini. Tapi mungkin juga kita akan dapat lihat 2 juta orang setiap tahun terbunuh. Adalah sukar untuk membuat timbang-tara antara hukum dan realiti yang terjadi.

Bercakap mengenai Indonesia dan Islam. Indonesia dan Kristian. Melalui pengalaman aku pernah berjelajah ke Indonesia, menonton media massa mereka, bersahabat dengan ramai orang Indonesia. Ya, aku boleh katakan, apa yang kita takut akan berlaku akhirnya telah berlaku. Dan inilah realitinya, kehilangan 2 juta orang Islam setiap tahun.

Apakah punca perkara ini terjadi? Jika kamu melihat video di atas. Kamu dapat lihat betapa aggresifnya dan betapa progresif dakwah Kristian di Indonesia. Dakwah Islamiyah di Indonesia boleh dikatakan baik, namun tidak cukup baik untuk bersaing dengan dakwah Kristian. Aku bukan nak kata dakwah cara sunnah Rasuluallah SAW itu sudah ketinggalan zaman. Tidak tidak. Aku cuma mahu cakap, mengapa tidak dakwah Islamiyah perlu seiring dengan arus dunia untuk kemajuan agama kita ini? Aku rasa, kalau kita buat yang lebih baik dari Rasulullah SAW buat, pasti baginda akan setuju. Dan itu terletak dalam perkara yang baik untuk kemaslahatan Islam. Mungkin juga satu bidaah hasanah.

Aku rasa, sewaktu Malcom X berdakwah di Amerika Syarikat. Caranya tak ikut sunnah mana atau ikut cara tabligh. Beliau mengutamakan speech di jalanan. Tapi, cara Malcom X mampu buat satu revolusi yang menggemparkan seluruh orang kulit putih. Ramai yang memeluk Islam. Jika tidak, takkan lah Malcom X sampai dibunuh? 

Cara dakwah di Malaysia pula amat rumit dan banyak. Kita ada pertembungan antara dakwah-cara tabligh, dakwah cara maya, dakwah-cara berpersatuan, dakwah-cara parti politik, dakwah-cara selebriti, dakwah-cara media dan sebagainya . Apa yang berlaku di Indonesia sampai ke tahap ini sehingga ramai Muslim keluar dari Islam, berpunca dari pelbagai dakwah-cara yang bertembung. Ia secara tak langsung menyebabkan perpecahan. Apakah Malaysia akan jadi seperti di Indonesia?Mungkin, tetapi masih jauh kerana racun perpecahan di Malaysia baru 3 parti politik yang mewakili orang Islam. Tak seperti Indonesia yang berpecah banyak sehingga, hari mula berpuasa antara ajaran Muhammadiyah  dan kerajaan (Sunnah) tidak sama.

Jadi, apakah kita akan terus berpecah? Apakah nanti bila tiba giliran Malaysia pula sebanyak 1 juta umat Islam keluar dari Islam baru kita nak fikir tentang sepakat? Baru nak fikir Datuk Ambiga itu gunting dalam lipatan? 

Kita tak perlu bermusuh dengan agama lain. Salam harmoni itu perlu ada. Kita hanya mahu mengekalkan survisasi (survival keseluruhannya) agama kita. Semoga dakwah itu datang dengan senyuman, bukannya kebencian dan makian seperti yang kita lihat sebelum ini bila ada selebriti yang berdakwah dengan kebencian. Pasal aurat je pun. Tak progresif langsung.

Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Chalo Asalamualaikom!

12 ulasan:

Lyeahh berkata...

kalaulah semua rakyat malaysia berfikir macam artikel ni, rasanya takde masalah.

예의 소년 berkata...

sama sama muhasabah diri

Wadi AR berkata...

selamat berpose

jhnrdzi berkata...

Mungkin orang islam kena open minded, gunakan media, lagu dan sebagainya. Islam tersebar di Nusantara adalah disebabkan oleh ahli Tasawwur dari Gujerat. Mereka combine-kan seni dan dakwah.

Deanzofq berkata...

bro, nk tanya kat malaysia ni apa 3 parti yg mewakili org islam? aku rasa ada 1 je.

Tanpa Nama berkata...

umno tu presiden dia sekarang bukan org islam ka? yarabbi.

tu pkr, anwar ibrahim bukan islam gak ka?

dan pas, haji hadi tu nama pun haji, islam jugak lah kan.

3 lah tu.

Tanpa Nama berkata...

Teringat gerakan kaum muda-kaum tua prakemerdekaan dulu. Kaum tua marah dakwah cara kaum muda yang agak revolusionari bagi mereka sedang mereka lebih selesa dengan stail lama. Sedangkan dua-dua pun niatnya sama, mempertahan kelangsungan agama Islam di tanah melayu. Macam ustaz saya pernah cakap, ranting je lain tapi masih pada pokok sama. Why the differences?

apa-apapun all is not lost-dalam ramai Indonesian yg menjadi liberal ateis, masih lagi ramai yang menerima hidayah dan menjadi pengamal Islam yang sebenar.

yunZatie berkata...

manusia dan politik.

mawar berkata...

bagi aku, kebanyakan orang islam sekarang terlalu paranoid dan punya keangkuhan yang tak munasabah terhadap agama yang dianutinya. dan mungkin kerna keangkuhan tak patut itu yang jadi punca islam terasing dengan penganutnya.

PointBlankShot berkata...

yang aku nampak, sekarang ni ramai yang melayu, tapi bukan islam.

islam tu meniti di bibir je, masing-masing nak dahulukan agenda politik masing-masing.

yang menjadi taruhan, benda-benda macam ni lah.

kadang-kadang, aku perasan cara orang-orang yang lebih 'berilmu' dari segi akhirat ni suka betul bagi pandangan serong dekat orang lain yang kurang sikit ilmu akhiratnya.

attitude dengan mindset kena tukar. ini tidak, dah la tak mahu tukar method salahkan orang lagi.

just my 2 cent.

Tanpa Nama berkata...

hijau ke putrajaya didahulukan, islam itu lain kira.

Topek berkata...

ko kena paham. dakwah tabligh ni macam anai-anai tapi berkesan.orang yang terlibat akan tahu betapa ramai dah masuk islam dan berapa banyak gereja dah bertukar jadi masjid. kita disini hanya bercakap sedangkan mereka semua dah buat banyak pengorbanan dan amalan infradi mereka begitu hebat. malam2 mereka diisi dengan tahajud, tangisan untuk ummat. ini pengalaman aku iktikaf bersama mereka.

Kalaulah Allah nampakkkan usaha tabligh ni di media-media atau seperti Malcom X dan Hassan al banna, lihatlah apa jadi pada mereka. Mereka dibunuh. Usaha ni bergerak sangat pantas tanpa disedari.

Dan ummat ini hanya akan dapat diislah seperti mana zaman awal ummat diislah.(imam malik). jadi dakwah cara nabi bergerak seluruh alam, harus dilakukan dengan sungguh sungguh dahulu. kemudian diri sendiri akan rasa betapa dakwah ini sebenarnya meningkatkan iman sendiri dan hidayat turun berkadar dengan pengorbanan ummat.

dan cara debat di tempat umum dan sebagainya itu seperti Malcom X tu memang bagus. tapi setiap zaman ada gayanya.

so aku syor kepada semua secara umum, bangkitlah tahjud, menangis di malam hari, minta petunjuk dari Allah.

akhir sekali, apa pun usaha untuk tegakkan Islam adalah bermakna dan perlu kita sokong. Kita boleh memberi idea, aku suka kau memang ambil berat pasal agama. Dan setiap orang bergerak dalam perjuangan masing-masing dan saling berkasih sayang. adalah pelik orang yang memperjuangkan agama memusuhi saudara seagama(terutama puak hijau) bukan semua.

sekian pandangan mengenai dakwah.