Ogos 16, 2012

Bahasa Melayu Kita

Aku tak setuju perlu ada Bahasa Melayu Tinggi, Bahasa Melayu Rendah. Bahasa Melayu standard aku setuju. Tetapi aku lebih suka ada pengkhususan dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Melayu Kesusasteraan, Bahasa Melayu Perniagaan, Bahasa Melayu Sains, Bahasa Melayu Perubatan, Bahasa Melayu Pengurusan, Bahasa Melayu Keagamaan, Bahasa Melayu Mengikut Telo Negeri dan Kaum, Bahasa Melayu Kiasan, Bahasa Melayu adat dan sebagainya.

Ia lebih mudah difahami jika dinilai melalui segi pengkhususan dari mengkelaskan Bahasa Melayu melalui taraf tinggi, sederhana dan rendah. Sebab Bahasa Melayu kita melalui 3 peredaran zaman. Kuno, Klasik dan Moden. Pengaruh Sanskrit, Arab dan Inggeris. Kita berada dalam zaman Bahasa Melayu Moden iaini datang dari pengaruh Bahasa Inggeris. Datang dari pendidikan kita yang rata-ratanya mempelajari Bahasa Inggeris selama 12 tahun. 

Kita sebenarnya terkeliru antara tinggi dan rendah kerana dek peralihan Bahasa Melayu pengaruh Arab dan Inggeris yang belum ada muktamad.

Dulu banyak nama anak dinamakan dengan maksud-maksud dari perkataan Arab. Kini banyak pula maksud dari perkataan Inggeris. Mungkin selepas ini dari perkataan Mandarin. Siapa tahu?

Cuma aku terfikir, selepas Sanskrit, Arab dan Inggeris. Peralihan zaman kita mungkin beralih pada pengaruh Bahasa Mandarin.






"Lu tarak tau cakap bahasa melayu ka taikorr? Cibai. Gua kasi hantam baru lu tau maaa. Kasi sengatttttt"





...contoh depan mata yang terbukti. KL Gangster.

4 ulasan:

LelakiSemalam berkata...

mmg benar apa yang kau kata kan itu...:)

ahsfantasy24 berkata...

Bahasa kita banyak laras.
kalau perniagaan, perubatan, sains dan sebagainya tu kita panggil laras bahasa (:
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. - ahsfantasy24.com

Syafik Coklat berkata...

bahasa melayu paling mudah di dunia , juga senang diikuti , berbanggalah dengan bahasa kita sendiri . bahasa asing tu hanya untuk penaglaman diri kita sahaja .

Nurlyla berkata...

Nanti ade lah tu Park Ji Sung. tunggu je.. haha