Ogos 25, 2012

Berkira

Pada suatu hari, aku sedang solat berjemaah. Zuhur. Surau di rehat dan rawat yang terkenal dengan banyaknya lalat menyerang. Macam biasa aku sudah dua rakaat mengikut imam. Ada dua rakaat lagi untuk dihabiskan. Sebelah aku, kosong. 

Rakaat ketiga. Seorang lelaki berdiri sebelah aku dan memulakan solat. Muafik. Rakaat ketiga, rakaat keempat. Tahyatul akhir. Lelaki sebelah aku samalah juga. Rasa kebiasaan.

Salam kanan. Salam kiri. Lelaki sebelah aku pun sama salam kanan, salam kiri.

Berdoa. Lelaki sebelah aku pun sama berdoa. Aku sudah mula tak sedap hati. 

"Ah biar betul ni. Ajaran mana pula muafik setelkan dua rakaat je. Dia jamak ke apa?"

Aku tengok lelaki ini tak naik-naik juga kalau dia nak buat jamak. Sebaliknya dia bangun dan nak angkat kaki. Lantas aku pun tekupkan tangan ke muka dan sebut amin.

"Err asalamualaikum bang, nak tanya sikit"
"Waalaikumsalam, eh tanya apa?", jawab dia dalam keadaan persoalan.
"Saya perasan tadi abang muafik solat Zohor, abang buat dua rakaat je. Zuhur kan empat rakaat, tak sambung pun?"

Lelaki itu diam. Pandang muka aku macam tak berapa nak kenan.



"Ah kau ni berkira lah, ok lah tu aku buat dua rakaat. Orang lain tak sembahyang langsung tak pula kau tegur"





Aku tepuk muka sendiri.

"Berkira MY ASS!"


Ini macam orang pun ada ke?

13 ulasan:

Wadi AR berkata...

mungkin beliau perlu mengaji lebih sikit kot

Hakim. berkata...

Marahkan kau pulak berkira. Sedangkan yang nak kira tu nanti Allah.

adam berkata...

Tarikat mane die ikot nih? Berguru power betul. Haha.

AnneHilda berkata...

tu la.. muslim akhir zaman.. jumlah kita mmg banyak.. tp bnda asas pun x jaga.. mcm mana la nk lawan musuh Islam.. defend diri pun x lepas lg

fifie berkata...

Mana dia belajar solat boleh buat sesuka hati. haha.

the fikirman berkata...

haha... kena sepak punggung jerr,,

ayobkelubi berkata...

ya rabbi.

mcm tu sekali ayat dia nak cover line?.

Cikgu Ma berkata...

untungla bleh shortcut solat macam tu...hmm...alasan ala kadar...

fitsepet berkata...

wtf...pastu apa je ko balas? senyap je ke?

Farhana Aziz berkata...

Nak tanya. Muafik ke masbuk?

Titisan Hujan berkata...

selemah2 iman tegur dalam hati




itulah aku

Alexia Aqram berkata...

kalau lu orang pun facepalm. gua apa ntah laginya.

muafik.

kynn asyikin berkata...

entry kau buat aku google balek psl masbuk muafiq ni. gud job.

;)