Ogos 08, 2012

Denim

Jadi, cerita pertama aku paling hip ialah mengenai tabiat manusia-manusia Melayu yang akan membeli seluar jeans kemudian akan ke kedai alter jeans atau denim untuk alter jeans/denim diorang.

Ada dua tiga benda yang aku perhati tentang perkara ini iaitu selalunya kita datang pergi ke alter jeans untuk;

1. Potong kaki jeans/denim
2. Kecilkan kaki jeans/denim
3. Potong kaki atau kecilkan jeans/denim tanpa hilangkan season di kaki jeans/denim
4. Potong jeans/denim untuk jadikan short jeans/denim
5. Ubah potongan jeans dari buggy ke slim atau skinny

Dan ya, semakin hendak dekat aidilfitri, makin banyak orang pergi ke alter jeans dan kemungkinan harga akan naik seperti sebelum ini potong pendek cuma RM5, kini sudah RM8. Dan mungkin selalunya hantar pagi, tengahari siap. Kini hantar pagi, esok atau minggu depan baru siap.

Cuma yang bahagian khidmat nombor 3 dan nombor 5 memang aku tak berkenan. Dah kau nak seluar yang bawah kecil, kenapa kau beli 501 Levis? Juga kalau kau nak seluar potongan slim, kenapa kau beli Lee yang buggy? Ini kerja bangang.

Aku dah kurang pada Levis. Tapi, jenama Levis masih jadi pilihan ramai orang lagi-lagi hendak time raya. aku prefer Uniqlo atau Topman. Paling tidak Fourskin atau Tarik Jeans.


sebenarnya aku bengang jugak bila nak potong pendek jeans aku, sampai kena ambil nombor. binatang apa?

13 ulasan:

Anisa Hang Tuah berkata...

Ibu aku tukang jahit

nak dkt raya ni

menimbun org hantar jeans dkt dia suruh repair kecik kaki bawah



hewheww

PointBlankShot berkata...

aku hantar pergi potong kaki jeans aku yang labuh tu + alter kecik sikit + tampal balik kelim kaki seluar kena RM18.

phew.

nurdani berkata...

Uniqlo memang style.

yang beli jenis buggy pergi alter jadi slim memang geleng kepala.

Alexia Aqram berkata...

point blank.

giler babs mahal.

Hakim berkata...

Uniqlo ok ke? Aku nak angkat macam slim fit. Tapi takde la mampu mahal2. Seluar macam getah2 sikit. Ada jual ke?

Tulisan Bogel (admin) berkata...

boot-cut jadi pilihan

hazanis berkata...

hikss nasib baik jeans ada shelai jer..opssss

EZAN IDMA berkata...

Haa kene amik nombor? Amboi ramainya. Haha.

adam berkata...

buggy ke baggy?

izzad bahruddin berkata...

uniqlo or topman ok.lain2 hampeh

AlexiaAqram berkata...

aku konfius gak. buggy ke baggy? captain buggy pernah dgr?

adam berkata...

setau aku baggy, captain buggy one piece tu aku kenal sangat.

hackshitam berkata...

"uniqlo or topman ok.lain2 hampeh"

phewwww. pesen otak xberkembang.