Ogos 11, 2012

Duit Kita Ke Mana?

Jangan cerita pasal duit kerajaan ke mana atau apa yang kerajaan belanjakan kalau kita sendiri tak cermin diri kita atau tanya diri kita sendiri tentang ke mana pergi duit gaji kita, ke mana kita belanjakan.

Aku rasa semua orang pernah berhadapan dengan perkara ini, dapat duit elaun dan gaji sekelepuk, dapat duit biasiswa dan pinjaman segantang. Lepas itu terfikir sorang-sorang diri;

"Apa yang aku beli eh bulan ni? Ni ye tak ye memang makan meggi bila hujung bulan!"

Beli kasut? Beli baju? Beli pedal gitar? Beli deck skate? Beli lens? Buat jalan-jalan? Beli shades? Beli perfume? Beli tiket bas? Beli petrol? 




"Celaka tinggal RM100 dalam bank, ni lagi tinggal seminggu. Tak dapatlah aku pergi tengok wayang cerita The Expendables."


Itulah. Selalu orang cakap, kalau nak beli something, biar beli yang kita nampak depan mata. Beli objek. Beli barang boleh pakai. Bukannya beli benda bukan-bukan.


p/s : Duit aku habis banyak sebab beli makanan beb. Selera kalah syaitan.

6 ulasan:

Lyeahh berkata...

samalah kita duit habis dekat makan je pastu pelik mana duit banyak habis. hahaa.

SM berkata...

terlebih beli `barang tampak', jadi semak pulak rumah.

Tanpa Nama berkata...

betul3!!

lelakisemalam berkata...

aku belasah jer...sendiri pakai sendiri rasa la..

lin acik berkata...

awal sem makan kemain lg . mekdi . hujung sem makan maggi .ambik nokk~

Artoone berkata...

jika suka habis duit pada makanan, mari belajar masak. selain dapat menggembirakan perut sendiri dan orang lain, juga berguna untuk menjana pendapatan sendiri :p