Ogos 24, 2012

Kilang Penjajah

Apa yang kamu fikir tentang Jepun?

Anime, manga, J-Rock dan budaya-budaya yang menarik? Itu bermakna kamu belum cukup faham tentang perkara disebalik tentang Jepun.

Aku berbeza. Aku juga nampak perkara-perkara menarik semua itu. Tapi, apa yang tersirat tentang Jepun apabila kamu masuk ke dalam industri. Mungkin kamu akan fikir seperti aku.

Kilang-kilang Jepun adalah kilang penjajah. Kilang yang menjajah negara kita. Yang banyak buat syarikat-syarikat tempatan kita muflis kerana polisi mereka. Kerana cara mereka berniaga yang menjarah hasil tenaga dan bumi kita secara rakus dan cekik darah.

Banyak konsumer yang tak nampak akan hal ini sebab mereka hanya bergembira membeli produk seperti kereta Honda City sebelum raya. Boleh berlagak depan kawan-kawan dan saudara. Tetapi, apakah mereka nampak berapa banyak vendor dan sub-con untuk pembuatan kereta Honda di Malaysia, khususnya kilang tempatan terdiri dari kilang orang Melayu dan Cina yang telah muflis kerana tekanan yang dilakukan oleh Honda pada syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia? Benda ini berlaku. Tapi mungkin ramai orang tak tahu. Mungkin normal tetapi apakah ia seharusnya perlu dibiarkan berlaku? 

Mungkin bukan Honda, mungkin Toyota, mungkin Nissan, Daihatsu dan Mitsubishi. 

2015 AFTA akan bermula. Kereta-kereta luar negara akan masuk ke dalam pasaran negara kita dengan harga cukup murah. Sekarang baru aku fikir tentang apa nak jadi dengan syarikat kereta kedua kita iaitu Perodua selepas AFTA? 

Kalau tak iya, Perodua pun bakal melingkup. Atau sudah tidak mampu keluarkan kereta sendiri sebaliknya terus bergantung harap pada model penukaran dengan Daihatsu. Mana kreatifnya lagi dari anak tempatan kita?

Proton? Ah, apa konsumer peduli? Balik-balik cerita pasal memburukkan kereta Proton. Konsumer menekan sebelah sini, kilang penjajah dan AFTA menekan sebelah situ. Survival Proton selepas AFTA? Tiada siapa yang tahu.

Biasalah, siapa yang taknak duit banyak?

3 ulasan:

AnneHilda berkata...

this is the time malaysian especially engineers and those yang ada kaitan dalam bidang ini khususnya kena sedar and do something to compete. biar la kereta import murah mcm mne pun. kalau kualiti dan design etc kereta tmpatan better, i dun see any reason for people out there to buy imported car. mgkin sbb brand je la kot. tapi by time, dgn kualiti yang produk kita ada, kita msti boleh saing dgn kereta import.. :)

Qhamel berkata...

ye ye. pesen mencampur aduk bahasa penjajah dengan bahasa melayu pun boleh tahan berleluasa jugak. pfffttt!!

Zaidi berkata...

I have to agree with Anne. Dah lama sangat Proton & Perodua berlindung di sebalik nama infant industry that needs protection from the government. Harga kereta terlalu mahal tak setara kualiti. Jangan cakap soal tak patriotik atau tak menyokong hasil tempatan kalau dah nak dekat 30 tahun pun improvement tak banyak mana.