Ogos 31, 2012

KONSPIRASI ILLUMINATII!! SEBARKAN WAHAI UMAT ISLAM!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 55 untuk negara tercinta Malaysia. Hari ini aku hendak mendedahkan satu konspirasi lahanat tahap troll yang telah terjadi kepada organisasi paling disebut-sebut warga pencinta remaja Malaysia lain tak bukan Terfaktab. 

Serba sedikit mengenai kumpulan Terfaktab melalui carian google dan web;
Kumpulan ini diketuai oleh manusia licik bernama Alexia Aqram yang diketahui seorang yang liberal dan naziniz. Dia amat membencikan Tuan Guru Nik Aziz dan ulama terkenal Ustaz Azhar Idrus kerana dikatakan sering menghina kedua tokoh benteng umat Islam Malaysia ini. Alexia Aqram diketahui pernah ke Timur Tengah bagi mendapat tajaan dari pihak Yahudi dan Zionis untuk melicinkan pergerakkan kumpulan yang dia tubuhkan ini. - sumber dari ustaz Razman dan ustaz Linglung

Seperti yang kita maklum, kumpulan yang dinamakan Terfaktab ini telah melancarkan logo baru beserta baju baru keluaran mereka untuk sesi 2012-2013 ini. Kumpulan Terfaktab yang sebelum ini dikenali sebagai kumpulan penulisan kreatif dan penerbitan buku keluaran mereka iaitu Kitab Terfaktab adalah sebuah kumpulan yang menjadi contoh anak remaja di Malaysia mencari pandangan mengenai cinta. Tapi tak sangka sebenarnya kumpulan ini berselindung atas nama cinta kerana kumpulan ini rupa-rupanya agen Illuminati dan Freemason yang amat kita takuti. Ini boleh menyesatkan ramai umat Islam di luar sana!! Remaja Islam kita dalam bahaya!!! 

Berikut ialah logo baru kumpulan Terfaktab;



  • Terfaktab - bermaksuf 'ter-fuck-up'. Iaini mereka yang menyertainya adalah orang yang suka fuck (berzina) secara tak sengaja dan rambang.
  • Definisi Cinta Infiniti - Bermaksud misi mereka untuk menyesatkan anak muda Islam dengan cinta tanpa penghujung.
  • Lambang ini berbentuk bulat. Ia sama dengan unsur Kelab Rotary yang merupakan sumber kewangan untuk gerakan Illuminity. Kumpulan ini mungkin dibiayai oleh kewangan Rothschild.
  • 30 buju bintang bermaksud kumpulan ini mempunyai 30 prinsip seperti yang sama dalam 30 prinsip Protocol of Zion. 
  • Sejak 2010 kumpulan ini bertapak.
  • Lambang empat segi terbalik ini sebenarnya merupakan jelmaan lambang swastika Nazi.
  • Logo ini menggunakan warna hitam dan putih. Sama seperti warna lantai pergerakkan Freemason
  • Lambang cinta berbentuk dan mata pen pula bermaksud jelas kumpulan ini mahu mempengaruhi anak muda dengan cinta yang sesat dengan tulisan-tulisan mereka. Sungguh jahat mereka ini!
  • Perhatikan logo Terfaktab ini sebenarnya berbentuk mata satu seperti dalam pergerakkan Illuminati

Bandingkan dengan logo Illuminati

Berikut ialah baju Terfaktab; 



  • Jelas kelihatan lambang segitiga dalam baju ini yang membawa simbol simbol Dajal Freemason yang amat lahanat!!
  • Kesemua segitiga yang wujud dalam gambar ini berjumlah 666. Ia sebuah nombor Setan Laknat!
  • Terdapat satu segitiga yang sama dengan unfinished pyramid seperti dalam wang kertas Amerika Syarikat. Semua orang tahu Amerika Syarikat ialah bapak segala Freemason!


Unfinished pyramid

Lebih jelas lagi setelah kami melakukan penyelidikan terperinci, terdapat hidden message dalam baju tersebut. Sesungguhnya Tuhan mengetahui dan membongkarkan rancangan licik mereka.

Bandingkan dengan perancangan jahat Facebook yang mempunyai hidden message.


Inilah perancangan jahat mereka mahu menewaskan umat Islam dan tunduk kepada Dajjal!! Kami harap anda yang membacanya boleh share kepada kawan-kawan kita yang Islam termasuk di facebook dan twitter tentang perancangan jahat mereka ini. Kami tidak sangka ada mereka ini rupa-rupanya Islam yang bertopengkan agen jahat Yahudi. SEBARKAN! TAKBIR!





p/s : Klik link ini untuk order baju terfaktab. :P

17 ulasan:

Husky Pusky berkata...

haa yang pakai spender tu pun illuminati

c i k s u e berkata...

Apa ni? Ni sinis ke betol betol? Aduyai. Nk caya ke tak? Tapi siap ada link lg. bikin confuse je

aqram malas nak login berkata...

siapa percaya dia kodi!

farhanieza berkata...

aqram gilaaa.... hakhakhakha... sengal+ senget. tp i like. adoi. nak order ke tanak eh??

Cikgu Ma berkata...

ada juga terbaca pasal ni...

LelakiSemalam berkata...

lu sempoi bhai...:)

Tanpa Nama berkata...

Ni betul-betul ke main2 ni? Jangan buat orang konfius. Kata Terfaktab tu Iluminati yang nak meosakkan akidah remaja Islam. Tapi kat bahagian tepi blog ni banyak pulak kaitan nya dengan 'Terfaktab' nie...siapa sebenarnya yang bertopeng ni??

Rokiah Wandah berkata...

hampirrrrrrrrrrrrrr wei hampirrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrr hahaha

Tanpa Nama berkata...

hahah gila mantap promote. komfem ramai singgah link entry ney. org melayu kan suke cerita pasal illuminati ney.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 7:58

ang dah kena troll.

Keretapi berkata...

the awkward moment when people can't understand jokes and sarcasm.


rasa cam nak explain tapi takpelah hahahah.

LADY IEYQA berkata...

hampir terpedaya,heh

ErnieFaizal Siti berkata...

baca debgan penuh debaran..konfius sat..bila tgk link, aduhai.....

Hetty Helfarizan Ghazali berkata...

hahaha...yup...bile kaitkan dgn yahudi je bru sumer teruja nak bace...hehehe

Recent post:
http://hettyhelfarizan.blogspot.com/2012/08/fb-version-yahudisebarkan.html

cikpjaz berkata...

benda yg dekat dgn kita pun iluminati.. hampir terpedaya..huhu

Alexia Aqram berkata...

siapa sini freemason?

Sembang Kemas berkata...

hahahahaha,nak bankrapkan kompany sendiri ke bos?

wakakakaka