Ogos 14, 2012

Masuk Kerajaan

Aku pergi mohon kerja kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada Oktober 2011 lepas aku grad. First sekali aku mohon jadi Penguasa Kastam W41. Pilihan kedua aku mohon jadi Pegawai AADK dan yang ketiga ialah Pegawai Agama Islam.

Pada bulan Disember, aku dipanggil untuk menghadiri Peperiksaan Awam bagi jawatan Penguasa Kastam. Seramai 24 000 calon seluruh negara terpilih menjalani peperiksaan yang terbahagi kepada 4 bahagian. Pengetahuan am, matematik perakaunan, esei bahasa Melayu dan esei bahasa Inggeris.

Dari 24 000 calon, hanya 2 400 calon sahaja yang akan dipilih. Aku masih ingat lagi sewaktu itu aku sedang ada projek di Pulau Pinang, perlu terbang pulang ke Johor Bahru untuk menghadapi peperiksaan. Menghadapi peperiksaan ini, aku rasa keyakinan aku adalah 50-50 kerana aku tak sempat hendak menjawab soalan matematik. Mana tidaknya, kita perlu mengira 50 soalan matematik perakaunan dalam masa sejam tanpa perlu guna kalkulator. Banyak kertas bertaburan bawah meja aku diguna untuk mengira.

Alhamdulillah, aku berjaya.

Kemudian, mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini, akan menjalani ujian kompetensi dan ujian fizikal pada bulan April 2012. Sama juga, aku masih berada di Pulau Pinang dan perlu pulang ke Muar kerana ujian diadakan di Melaka.

Ujian kompetensi dan fizikal merangkumi larian 2.4 kilometer di bawah 14 minit, lompat jauh jarak 1.5 meter, tekan tubi 20 kali dalam masa 1 minit, dan banyak lagi. Juga diadakan ujian pembentangan (presentation) dalam bahasa Melayu dan Inggeris, ujian EQ dan IQ, serta tak lupa ujian air kencing.

Aku berjaya dalam ujian larian dan apa saja yang melibatkan bidang fizikal kerana aku memang seorang atlit dan pemain bola sepak. Cuma ujian yang lain aku tak tahu bagaimana keputusannya kerana ia dinilai oleh pengadil dan pemeriksa. Kiranya aku 50-50 lagi. Sewaktu aku menghadapi presentation dalam bahasa Inggeris. Aku mendapat tajuk culture. Dengan selamba badaknya aku present pasal New Malaysian Culture di mana aku sebenarnya cuba buat pemeriksa ketawa dengan bercakap mengenai budaya-budaya baru di Malaysia seperti suka letak telefon bimbit dalam helmet bagi menjawab panggilan. Malangnya, pemeriksa tersebut tidak ketawa. Serius sepanjang sesi presentation. Aduh.

Rezeki. Aku berjaya dalam ujian kompetensi dan ujian fizikal tersebut. Bermakna layak untuk hadiri temuduga kastam pada bulan Julai lepas di Johor Bahru (sekali lagi aku kena terbang dari Pulau Pinang ke Johor Bahru). Makluman, dari 2 400 calon, hanya 800 sahaja seluruh Malaysia terpilih untuk hadiri temuduga. Saingan semakin sengit.

Pada temuduga lepas. Aku lihat ramai orang-orang hebat hadiri temuduga. Kebanyakkannya dari orang yang dah kerja kerajaan (jabatan lain) tapi hendak naik pangkat ke gred 41. Juga ramai orang yang kerja kastam gred 27 atau 32 menghadiri temuduga untuk naik pangkat ke jawatan 41 ini. Yang fresh-graduate macam aku? Pun ramai tetapi apabila melihat situasi temuduga yang aku hadiri, dengan ada beberapa soalan penemuduga tak dapat aku jawab. Aku pasrah dan tak letak harapan tinggi.

Dari 800 orang calon, mereka mahu 130 orang untuk direkrut segera di mana akan melaporkan diri selepas raya. Dan 300 orang yang berjaya temuduga untuk calon simpanan. Iaini jika selepas ini ada kekosongan, mereka akan ambil dari calon simpanan. Valid calon simpanan ialah setahun. Baki 570 pula? Calon yang tidak berjaya. Telan air liur aku masa tu.

Penemuduga dari Kastam ada tanya aku bahawa kalau aku dah ada syarikat sendiri, tak boleh kerja dengan kastam. Aku jawablah yang aku berniaga untuk hidup. Kalau aku jadi kutu, tak cari duit lebih dengan meniaga, macam mana aku nak hidup? Aku just cakap jika aku komfem dapat kerja kastam, ya aku akan drop nama aku dalam syarikat dan beri kepada rakan niaga aku mengendalikannya.

Penemuduga dari SPA ada tanya aku. Apa kena mengena lulusan Fizik hendak memohon jawatan kastam? Aku selamba badak sekali lagi menjawab yang lulusan Fizik ada satu sikap istimewa di mana lulusan-lulusan lain tiada sikap itu. Apa dia? Analiktik dan skeptikal. 

Jangan tanya aku apa benda itu. Memang aku gebang dan goreng dengan yakin apa saja sebab gementar. Bila mak aku tanya tentang apa macam dengan temuduga? Aku jawab 50-50.

Jadi, pagi tadi aku dapat e-mail keputusan temuduga kastam.

"Anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun"







50-50 lagi. Aiyakkk.



p/s : penemuduga SPA ada cakap patutnya aku minta PTD. dalam hati aku, aduhhh.

7 ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

ada rezeki hang tu insyaAllah. kalau masin mulut aku ni aku pizza delivery ke rumah aku. okebai.

DylaMikhail berkata...

GUD LUCK,,,

=))

Johny berkata...

A'ah bang kareem...awat hang awai2 hang xmintak PTD...mmg minat nak masuk kastam ka...hahaha...tapi saingan utk jawatan PTD mmg sengit jugak la

scha cha berkata...

hahaha.. cam cun je jawab gitu eh utk bdk fizik?
boleh apply jgk nie nti.. :P

gd luck! :)

Asfarizal berkata...

Salam Bro,

Mane dapat statistik pengambilan tu?

Alhamdulillah aku diterima bagi jawatan tu, september ni lapor diri kt AKMAL, Melaka. (kalau tak silap la, sebab ade pegawai kastam call suruh lapor diri)

LiyanA berkata...

pd tu ap bro?

apie30 berkata...

hang pon sama mcm aku jgk...???
pakat2 la kt tggu . . .
cuma pembetulan . . .
yg memohon 29635 calon
lulus exam +- 1500 calon
lulus cac 802 calon
pengambilan 130 calon
simpanan 350 calon

322calon gagal...cuba lagi...

tp dpt info dr kgkwn yg dpt,245 calon dpt utk d'rekrut selama 3bln start 18/09/2012 d'AKMAL...

ini maknanya,kastam mcm wat pengambilan sepenuhnya ja...
b'coz awal thn,dlm statistik pengambilan utk thn ini mmg 250calon...

sedangkan bulan 11 neh ada lg exam bg yg baru apply...

apa2 pon kt pakat2 b'doa lh...