Ogos 16, 2012

Projek Seterusnya

Semestinya aku sedar dan aku tahu bahawa ramai juga orang tak suka aku. Banyak sebab mereka yang tak suka aku ini antara misalnya ialah;

1. Tak suka pandangan aku dalam politik
2. Tak suka pandangan aku dalam agama
3. Merasakan fikiran aku cetek, sensitif dan bias kepada sebelah pihak.
4. Merasakan aku sombong.
5. Merasakan aku tak kacak untuk menjadi orang terkenal. (mungkin)
6. Tak layak untuk aku jadi Mr. Know It All.
7. Aku kuat troll orang lain, sindir dan bahan.
8. Aku annoying, poyo, gatal, mulut macam cibai dan gedik
9. dan banyak lagi..

Aku selalu terima komen pedas dan kutukan. Aku tak kisah dan aku tak peduli. Yang stop follow aku dari twitter pun ada, unfriend aku di facebook pun ada, malah mesej tak puas hati kepada aku di bbm, wassap dan telefon juga ada. Juga yang paling aku tak lupa ialah mesej nak bagi perkhidmatan blow-job. Gila.

Aku lebih suka katakan kebanyakkan mereka yang tak suka aku adalah mungkin kerana tak suka dengan pandangan aku dan cara aku menulis. Ada juga yang tak suka sebab cara aku menguruskan Terfaktab (mungkin juga). Apa-apa sajalah dan aku malas hendak ambil pusing sebab inilah masanya.

Aku dan rakan-rakan aku di Terfaktab Media akan menerbitkan satu buku yang mungkin menjadi buku pertama sebegini rupa di Malaysia. Ia merupakan buku yang mengumpulkan segala pandangan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Apa yang orang lain percaya, apa yang orang macam kita percaya.

Senang cakap contoh aku bagi, kau pernah jumpa buku yang penulisnya adalah Anwar Ibrahim, Dr Mahathir, Lim Kit Siang, Najib Razak, Haji Hadi dan Karpal Singh, dimana semua tokoh ini bekerjasama menulis dalam sebuah buku? Belum jumpa? Kau tunggu bulan Oktober nanti. Kau tunggu.

Aku ada matlamat dalam hidup bermasyarakat. Matlamat aku besar dan tak ramai orang faham. Tak suka tak mengapa, tapi jangan padam beri pandangan dan mohon teruskan jadi pembangkang dalam pandangan aku.

Sekian terima kasih

6 ulasan:

adam berkata...

beza pendapat jadi satu yang wajib untuk lontarkan idea yang aku kira akan mebawa kepada lebih persoalan terjawab

Tanpa Nama berkata...

Karem, apa yang penting kau sedang menjadi diri kau sentiasa dan tak cuba-cuba untuk jadi orang lain. Itu yang aku respek tentang kau, Karem. Apa-apa pun selamat maju jaya. Kita masing-masing ada benda nak dicapai, ye dak?

Calo.

AinnFadziL berkata...

Selamat hari raya aqram
maaf zahir batin

AqramBabi berkata...

kau one sided la setan. benci aku dengan kau. cakap lebih. bodoh punya pendek.

izzad bahruddin berkata...

cant wait for oktober!hoho

LelakiSemalam berkata...

ala...kalau kau sibuk sangat perlu ambil tahu hati semua orang sampai bila pun tak kemana ...lantak jer...yang penting lu tahu apa lu buat!


aku rasa itu lebih real...