September 14, 2012

Johor Bahru Writers and Readers Festival


Jom lah datang beramah mesra minum neslo barang secawan dua bincang-bincang benda berguna dengan saksama. Apalah sangat Johor Bahru tu baru 3 jam dari Kuala Lumpur dengan memecut 110km/j guna kereta Saga BLM. Kat sana boleh dapatkan baju Terfaktab edisi terhad, Kitab Terfaktab 1 dan 2, cenderahati yang dibuat setahun sekali, dan sticker kereta Terfaktab supaya bila polis nak buat speed trap dia tak dapat detect nombor plat (engkau jangan tak caya!). Semuanya pada harga runtuh yang tak selalu boleh dapat kat luar. 

Biasalah, memang Terfaktab jarang nak sertai event. Pemalas yarabbi sebab semua jauh-jauh skuadnya. Tapi kali ini akan mengumpulkan semua yang ada secara rela, paksa dan dapat duit claim walaupun mungkin hanya Janji Dicapati tapi layanlah kejap memandangkan hari last raya time tu dan memang jatuh pada hari Malaysia di mana Isnin nya pula cuti. Sedap juga kalau malam Isnin dapat pekena angin-angin sayup kat Stulang sambil layan orang tangkap lokan dan ketam.

Yang gua tahu. Makwe-makwe Terfaktab macam Elena Reeney, Gds Jht, Sofia Nin dan Maria Natasha sepakat nak pakai bra warna pink dan sarungkan dengan baju putih Terfaktab. Buju baju ikat tepi skit nampak kulit pinggang, lepas tu buat aksi menggoda dengan kebasahan badan akibat disirami air. Pehh, rugi rugi rugi kalau lu orang tak datang.

Bawak kamera tau!

1 ulasan:

ahsfantasy24 berkata...

dari kota bharu, jauh nampaknya,
huhu all the best (: