September 12, 2012

Kencing


Tenang di Marina, Muar.

Segelas neslo aku pesan kepada pemesan air. Mudah jika kita terus ke dapur air dan pesan berbanding duduk di meja pilihan dan duduk. Menunggu si pemesan sudah membuang masa. Berkata dalam hati 'eh lambat nya waiter nak ambil order' juga membuang masa. Lebih baik terus ke dapur air dan pesan apa yang kita mahu sewaktu berjalan ke kafe. Kemudian aku cari tempat biasa, aku menelaah idea.

Kedengarannya petang selepas kemerdekaan penuh dengan para keluarga mencari damai. Mencari sebab untuk sebuah keluarga itu bersatu demi anak-anak dan pahala.

Aku simpan hal keluarga itu dan membaca. Karya Tim Harford ada memberitahu mengenai satu gurauan tentang Von Neumann, rakan sekolej Albert Einstein di Universiti Princeton yang merasakan sebenarnya beliau seorang demi-god, boleh mengkaji tingkah laku manusia secara intensif. Dan dia melakukan kajian dari permainan poker. Bagaimana manusia boleh menang, melicikkan diri dan mengambil kesempatan dari keuntungan bermain poker.

Aku tak terlalu kepada poker. Aku Melayu, aku lebih kepada permainan kencing dalam daun terup. Sebab aku suka melihat manusia cuba menipu.

"Jack 3 batang"
"Tipulah pada aku ada Jack 2 batang", yakin Bule menjawab.
"Kamon Bule, tak payah tipu. Uplah Mirrul", aku meyakinkan Mirrul dengan wajah jujur.
"Aku tak suka, aku tak suka. Tidakkkk", keluh Mirrul.

Antara kantoi atau mengumpulkan lebih banyak kad. Suasana dengan ketawa kerana perlu memilih. Mirrul dalam dilema.

"Aku up lagi sebatang!"

Muka Bule berubah. Dia terkena permainan kencing yang menyenggama minda kerana pilihan pada dia. Hendak diambil, mungkin menipu. Mungkin kad yang diletakkan Mirrul bukan Jack. Tapi, Mirrul mana pandai menipu dalam fikirannya, namun dalam permainan kad kencing ini mestilah kena menipu. Nama pun kencing.

Bule buka kad dan..

"Cibailah betul pula Jack!! Kau tipu aku chorr, ni bawah-bawah ni siap ada enam dengan Ace. Celaka kau Karem"

Aku senyum dan gelak terkekeh-kekeh melihat gelagat Bule yang terpaksa mengambil empat kad. Tiga dari kad aku itu aku letak kad enam, kad Ace dan kad Jack. Ini namanya menipu. Menipu kawan-kawan untuk kemenangan. Menipu dalam permainan yang memang perlu menipu. Apa salahnya.

Air sampai. Aku mengerutkan dahi.

"Dik, ni bukan Neslo. Ni Teh O Ais"

Sekarang, aku pula kena tipu. Falsafah pesan terus di dapur juga boleh pergi jahanam. Buang masa betul.

1 ulasan:

firdaus.9898 berkata...

salam.

apa title buku tim harford tu? aku nak cari.

thanks.