Oktober 09, 2012

Menjengkelkan 23 : Dunia Twitter

1. Sekarang banyak orang main twitter dan jadi salahbriti dalam twitter. Aku pun turut terkena tempias sebab pengikut aku dalam twitter itu berjumlah dua ribu orang. Tapi aku bukan salahbriti dalam twitter. Aku jarang hadiri majlis kera-main (keramaian) khas untuk mengumpulkan pengguna-pengguna twitter yang dipanggil Twtup.

2. Banyak Twtup telah diacarakan kini seperti OctTwtFest, TwtupKasih, TwtupJoho, TwtupIpoh, hatta TwtupNyah dan TwtupGay. Oh, juga TwtupBudakBudakBaruNaikJadiSalahbrityTwitter.

3. Kalau dulu kita ada 'perjumpaan blogger'. Sekarang kita ada Twtup. Bezanya tak banyak. Orang yang dulu ada dalam perjumpaan blogger, juga akan ada di Twtup. Umpama dulu kita selalu tengok Ben Ashaari panggil orang sana-sini buat perjumpaan. Sekarang kita ada satu pergerakkan yang panggil sana-sini buat perjumpaan Twtup. Siap syarikat lagi. Kemas.

4. Selepas itu, ada macam-macam istilah pelik dalam Twitter seperti CELAKAPARTY, BBNU, COSIGN, +999, TEAMWARDINA, TEAMEDASU, TAHITWITTER, TWITTERBUKANSEGALANYA, dan macam-macam lagi yang kadang-kadang tak masuk akal pun ada. CERPENTWITTER juga jangan ketinggalan.

5. Aku adalah seorang pengguna twitter juga. Kalau aku cakap banyak, mungkin aku kena bash. Tapi, dalam hati aku ini terpendam satu benda yang tak kena dalam twitter. Seperti hal sailang-menyailang makwe orang dalam twitter.

6. Kamu perlu tahu bahawa, twitter kini telah mula dipenuhi oleh drama yang kadangkala amat menjengkelkan. Kerana di sana, kamu bebas berkata apa-apa sahaja. Kamu hanya tidak bebas berkata apa-apa sahaja bila kamu mempunyai ramai pengikut. Ini kerana ramai pengikut kamu mula memerhati apa yang kamu tulis dalam twitter.

7. Juga. Aku boleh katakan Twitter adalah tempat untuk individu yang suka bercakap seorang diri. Sama ada untuk melepaskan perasaan, melepaskan tekanan, syok sendiri dan mungkin sebenarnya sakit mental. Kamu juga boleh jumpa individu yang suka twit kepada diri sendiri, iaini kejap jadi watak ini, kejap jadi watak itu. Katanya, monolog. Tengkorak dia.

8. Aku sering memerhatikan perempuan-perempuan yang suka mencarut dalam Twitter. Lelaki juga ada. Namun, pemerhatian aku lebih kepada perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan yang ada rupa. Aku cuba tenangkan diri menganggap perempuan yang suka mencarut ini mungkin ada belaan saka. Mungkin lah.

9. Kebanyakkan orang suka menulis twit perkara yang cool, rare atau abstrak. Dengan harapan dalam diam agar tweet tiu akan di RETWEET sebanyak yang boleh. Kalau banyak retweet, ia akan ada semacam satu perasaan bangga. Tapi macam biasa, kalau ada orang kata tweet mereka itu cool. Mereka akan kata sama ada biasa-biasa saja, terima kasih atau mungkin membalas twit dengan sebuah persoalan. Ini perkara biasa untuk mereka yang telah menjadi popular dalam twitter mahupun kisah cinta mereka diketahui dalam tiwtter. 

10. Kebanjiran pengguna baru dalam dunia twitter telah menjadikan dunia twitter bertambah pelik. Umum kita tahu mereka yang mempunyai bilangan followers yang banyak adalah sama ada selebriti, salahbriti, mereka yang berjaya, mereka yang mempunyai public relation yang bagus, penggiat seni, usahawan, pemimpin dan sebagainya yang logik di akal. Cuma, yang tak logik di akal ialah bila ada pelajar berusia 16 tahun dan kekasihnya berumur 14 tahun sudah ada followers beribuan orang. Mereka bukan siapa-siapa. Setelah diselidik, rupa-rupanya kisah percitaan bola kristal mereka yang menyebabkan mereka menjadi popular.

Itu lah twitter. Dunia yang memang melangkaui sempadan akal kita. 

Selamat bertwitter. 

12 ulasan:

MizzTina berkata...

kwn sy,ikatan pertunangan retak gara² twitter.. tunang kena sailang dgn pempuan lbh howt..


dl terlalu cakap lepas dlm twitter, skang lbh berjaga².. byk mata memandang, banyak mulut menyampai..

Artoone berkata...

ahahahahahahaha!

Tanpa Nama berkata...

aku paling benci orang guna hash tag always. apa kejadahnya kegunaan hashtag tu. sikit2 nak #merajuk. Sikit2 nak #macamsial.
Ceh/

Shahada Fauzi berkata...

macam tu eh dunia twitter?err..mcam2 hal..mujur saye takde twitter..tak berminat pun..hoho..

Nurana berkata...

menjadi salahbriti di twitter dah tak balas twit orang bukan salahbriti. dia hanya balas kaum kerabat salahbriti dia punya tweet jeee.

Bella Bell berkata...

begitu rupanya dunia twitter. baru aku tahu. *dunia orang yang tiada twitter.

Tanpa Nama berkata...

Twitter adalah
hell bagi budak normal
heaven bagi troller.
Sekian.

-swagcat-

Tanpa Nama berkata...

FB, Twitter, Tagged, Myspace...
Blog pilihan utama... yg len kurang pemikiran kritikal...

Tanpa Nama berkata...

RT : Twitter adalah hell bagi budak normal heaven bagi troller. Sekian.

-swagcat-

SaddLone berkata...

entah..tahh, aku juga cu akk.

PointBlankShot berkata...

bergantung jugak sapa yang follow dengan sapa yang kenal di twitter ni.

drama? jangan cerita. selang sehari mesti ada drama baru kahkahkah

aish aziz berkata...

percintaan bola kristal..kahkahkah..yg nie xboleh blah..