November 07, 2012

Nurul Izzah Dan Kebebasan Beragama Katanya

Bila Nurul Izzah kata ;

Orang Islam-Melayu sepatutnya bebas memilih agama yang mereka mahu dan keluar Islam selaras dengan kebebasan beragama di Malaysia.

Aku ketawa 2 minit. Tarik nafas. Lepas tu aku urut dada.

LAWAK GILA.

Bila aku baca kenyataan Nik Aziz, Dr Asri, Sultan Selangor, Shahrizat Jalil a.k.a Lembu FIDLOT, Jamil Khir dan macam-macam lagilah termasuk kenyataan akhbar dan blog. Aku rasa Nurul Izzah ni patut dah fikir balik apa yang dia cakap itu kena tidak dengan situasi sekarang. 

Kenyataan Nurul Izzah ini cakap macam takde proud dengan agama sendiri. Takde rasa nak protective pada agama sendiri. Cakap orang yang sedang bersoal dalam fikiran. Cakap konfiden pandangan dia itu mesti ada orang bekap. (Memang Nik Aziz bekap pun).

Eh tak boleh ke Nurul Izzah selarikan pandangan itu dengan rasa protective, proud dan selaras dengan perlembagaan yang mengatakan "Orang Melayu MESTI menganut agama Islam". Tak boleh menganut agama lain. Ini bukan hal takde paksaan. Ini hal Islam adalah agama yang patut dianuti oleh semua orang. Islam adalah agama terbaik. ISLAM LEBIH BAIK DARI KRISTIAN, LEBIH BAIK DARI BUDDHA, LEBIH BAIK DARI HINDU dan ISLAM NOMBOR SATU, MASUK ISLAM ANDA SELAMAT. MASUK SYURGA. UNDILAH PAS. (yang Pas ni aku kurang pasti, ahaks)

Tak boleh ke cakap macam tu kat orang-orang bukan Islam yang bertanya tu? 

Ini bukan soal kebebasan beragama. Bukan soal hak. Pergi jahanam lah hak dan kebebasan itu. Islam letak nombor satu.

Sekarang ni, tak kiralah orang Islam bangsa Melayu kat Malaysia ni banyak buat dosa ke, langgar halal-haram minum arak, main perempuan, main lelaki, judi, merompak, tak tutup aurat ke apa semua itu. Bagi aku itu adalah normal. Apa kalau seorang Islam itu berzina maka dia terkeluar dari Islam? Tak tak. Dia masih Islam cuma dia langgar undang-undang Islam. Hukum sajalah. Dalam Islam ada syurga dan neraka. Yang buat salah masuk neraka, yang tak salah masuk syurga. Tak kira lah kau Islam ke tak. Takde orang nak pertikai hak masuk syurga atau hak masuk neraka. (ye lah sebab syurga neraka mana manusia nampak, sebab tu takde orang pertikai)

Hmm.. aku malas nak ulas lebih-lebih. Karang dikata politik. Tapi aku memang tak setuju dengan kenyataan Izzah. Aku ulang balik sebab apa. Sebab kenyataan itu macam Nurul Izzah takde rasa protective pada agama sendiri. Kena pula situasinya dia duduk dalam negara yang Yang Dipertuan Agong Malaysia (Ketua Negara) ini orang Melayu-Islam. Tu yang nampak macam ada sedikit LIKE HEK ELEH apa kebenda minah ni. Kamonnlah, kau ahli politik beragama Islam, kau tak rasa agama kau penting untuk dibangga dan ditegaskan kepada orang bukan Islam ke?

Chalo Asalamualaikom!




p/s : Dear Ah Chong, yang kau sembah almari merah ni pasal apa? Ting-tong?

11 ulasan:

AnneHilda berkata...

Setuju dengan post owner blog ni..
And come to think of it, how can those people ever think of electing this lady to be the next prime minister.. it was such a great joke they had made.. wonder if they do think this contry is 'a joke' too ..

shahirahkhairudin berkata...

tadi aku nampak komen anon. baru nak bidas. dah hilang rupanya.

bukan dalam islam pun sesiapa yang murtad boleh kena hukum bunuh ke? izzah tak mengaji habis?

Alexia Aqram berkata...

komen anon tu termasuk dalam spam agaknya. aku dah activate komen kena ada identiti. berlambak juga komen anon yg masuk spam. -__-"

haaaa, izzah belajar dgn bapak dia kot.

freewriter berkata...

Jika betul lah kenyataan saudari Izzah tu mcm tu...mmg xbleh nak pakai lah. Sebab statement tu seolah2 mengalakkan org untuk murtad. Nau'zubillah min zalik...Org islam mesti pertahankan agama islam..jangan suka2 nak buat kenyataan berhak memilih agama..kenyataan berhak memilih agama hanya untuk org2 bukan islam..yang bermaksud Islam bukan agama paksaan. Tetapi kita lah sbgai umat islam perlu menyampaikan dakwah dan berdoa agar mereka2 ini diberi pertunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Yang paling penting..BERUSAHALAH UNTUK MEMPERTAHANKANNYA! :) Wallahu'alam..

P/s: Sy x pro pada mana2 parti politik..dan pendapat saya bukan krna politik beliau. :)

LelakiSemalam berkata...

nak buat cam ner dah anak bapak...bapak kata ok maka anak pun on jer la...


memang yang menghancurkan sesuatu bangsa itu ialah bangsa itu sendiri!


lutfi berkata...

dari fb Dr. MAZA

..YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak..

wallahualam. janganlah kita pula jadi batu api yg melaga2kan sesama sendiri

Bedaduz berkata...

memang la langsung tak kata melayu boleh murtad, tapi kata melayu boleh pilih mengamalkan agama apa-apa maksudnya sama je.

lidah bercabang.

6a0c9294-2973-11e2-806f-000bcdca4d7a berkata...

Assalamualaikum..
memang saya setuju Islam Nombor SATU dan sepatutnya diutamakan. ianya memang kewajiban kita sebagai seorang hamba. tetapi fokus saya pada "banyak buat dosa ke, langgar halal-haram minum arak, main perempuan, main lelaki, judi, merompak, tak tutup aurat ke apa semua itu. Bagi aku itu adalah normal" itu tidak NORMAL seperti anggapan anda. pada mulanya berkata islam nombor satu mengapa anda mengatakan bahawa semua pekara itu normal sedangkan sebagai hamba kita tidak sepatutnya melakukan itu. mohon penjelasan tentang tanggapan anda pada mulanya berkobar dan sungguh semangat menegakkan tanggapan.

Alexia Aqram berkata...

hai 6a0c9..

Saya mengatakan ia sebagai normal kerana;

1. FITRAH MANUSIA ada yang melakukan kebaikkan, ada yang melakukan KEJAHATAN.

2. Kita sebagai hamba-Nya perlu menggalakkan umat Islam melakukan kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Nah, ayat MENCEGAH KEMUNGKARAN itu sendiri menunjukkan KEMUNGKARAN pasti berlaku kerana itu adalah ragam-fitrah manusia, juga boleh dikatakan qada' dan qadar yang Allah telah rancangkan.

3. Saya beranggapan ia juga normal kerana sebagai seorang manusia, saya TIDAK BOLEH TERLALU MENGHAKIMI manusia lain. Jika saya tidak anggap itu sbg tidak normal, saya merasakan bahawa saya terlalu MENGHAKIMI manusia lain. Ertinya, saya seolah tidak menerima hakikat bahawa MANUSIA TIDAK BERBUAT DOSA. Itu salah bukan?

4. Syurga dan neraka telah dicipta. Kita percaya bahawa mereka yang bukan Islam akan dimasukkan ke dalam neraka. Apakah pandangan anda tentang itu? Normal kah bukan Islam akan masuk neraka? Saya yakin saudara/saudari akan mengatakan ia sebagai normal kerana itu kepercayaan saudara/saudari. Tetapi jika ditanya pada mereka yg tidak percaya (bukan Islam), mereka aka kataka itu tidak normal.

Jadi, saya sebagai hamba-Nya yang kecil, saya berpendapat bahawa adalah normal untuk manusia melakukan kejahatan kerana itu ada aturan yang Allah aturkan untuk kita. Cuma kita perlulah saling nasihat-menasihat mencegah kemungkaran ataupun menyesali kemungkaran yg dibuat. tambahan itu, menerima hukukan atas kemungkaran yg telah dibuat tak kiralah balasan berbentuk dunia, berbentuk dari tuhan ataupun akhirat.

terima kasih.

AzyAdnan berkata...

setuju dengan awak! tapi,kan kalau melaytu-islam tukar agama, bukan tu namanya murtad? dan hukum murtad kan hmmm. dosa besar! dia tak belajar agama ataupun dia dah lupa?

AzyAdnan berkata...

saya masih belum cukup umur kalau nak cite soal politik. tapi ni soal agama saya, hmm. sedih dengan manusia sebangsa,dan seagama, tak bangga dengan agama sendiri