Disember 12, 2012

Anjakan Kawandigma

1. Kurangkan mencarut. Sebab kalau mencarut terlalu banyak sekalipun, tetap kau takkan dapat lompat lubang besar yang ada di sekeliling Stadium Bukit Jalil itu. Tetap tak dapat rentas ke padang dari tempat penonton.

2. Jangan bash orang teruk sangat. Padahal dia member kau sendiri. Rilek-rilek sudahlah. Member kau pun ada hati dan perasaan jugak. Mula-mula member tu rasa insaf, tapi lama-lama bertukar rasa menyampah. Satu hal jugak tu.

3. "Kau tak kenal aku lagi"

Ini bukan masalah kau tak kenal orang itu, atau orang itu tak kenal kau. Ini bukan masa untuk sesi berkenalan lah, bangang. Ini masa untuk kalau buat benda betul teruskan, buat benda salah, ubah. 

4. Kadang-kadang kalau kau berada dipihak yang benar sekalipun, belum tentu semua perbuatan kau itu betul. Adakalanya, kau ada buat silap tapi kau tak sedar. 

5. Semua orang bukan bermula pada garisan yang sama bila bersahabat. Jadi, tak perlu lah letak siapa baik atau siapa jahat. Siapa lama, siapa baru. Siapa bagus, siapa sampah. Reti-reti sikitlah hormat orang lain. 

6. Penat juga menjaga manusia. Lepas ini aku bercadang nak bela babi pula.

4 ulasan:

si ngokngek berkata...

aku suka no5 dan takpayah nak compared each other kot.
buat apa bela babi,baikk bela ayam boleh jugak buat makan.

Emma Amir berkata...

Benda yang nampak simple, tapi ramai yang gagal.
Well said!

Jurutera & Kalkulator berkata...

Short and simple.Aku suka no 5

shina daniella berkata...

selalu berada dalam situasi no.3....