Disember 05, 2012

Bulatan Bulatan Manusia

1. Buat baik kerana Tuhan, buat jahat kerana kawan-kawan. Jadi, pilihlah kawan yang betul. Kawan dengan doktor, masyarakat akan fikir kau juga seorang doktor. Padahal kau hanya kerja kilang. Macam kau berkawan dengan Alexia Aqram. Mungkin akan ada orang cakap kau penulis Terfaktab jugak. Heh.

2. Buat jahat kerana kawan-kawan ini lebih kepada perkara jahat yang tidak menyusahkan orang. Bukan buat jahat yang menyusahkan masyarakat. Biarlah mereka yang faham menghadam maksud ini. Yang tak faham, teruskan kehidupan.

3. Nampaknya sudah mula ramai orang bercerita pasal politik. Malasnya.

4. Shah Alam semakin kotor.

5. Semakin ramai orang suka tidur sekarang ini.

6. Perempuan semakin cantik dengan bantuan maskara.

7. Perkahwinan itu memang boleh jadi sebuah label. Label supaya kau ada hak dan yakin. Macam confirmation. Kalau kau tak percaya apda perkahwinan dan mengatakan perkahwinan itu bullshit, useless. Kau kata buat apa nak berkahwin kalau dah boleh hidup macam orang berkahwin? Tak mengapa. Kalau ada orang kebas teman wanita kau, jangan marah. Cuba kalau kau berkahwin, at least adalah juga orang yang sedar dan fikir ;

"Takkan lah nak kebas bini dia"

Kalau tak memang dia fikir ;

"Ah baru teman wanita, ada peluang nak kebas"

Faham?

8. Aku pernah terfikir. Kewujudan Hadith seolah ada orang dok follow Rasulullah SAW 24 jam. Ada siapa-siapa boleh terangkan?

9. Lesu

ok cukup. sekadar melepas gian menulis di blog.

3 ulasan:

NK berkata...

Isteri Rasulullah pun ada sampaikan Hadith gak...

Wadi AR berkata...

aku cantik tanpa memakai apa apa pun. kakaka

takutake berkata...

Sebenarnya memang ada orang duk follow Nabi Muhammad SAW 24 hour. Bukan orang yang sama. Orang yang lain lain ah. Kengkadang ada yang duk intip sebab dia nak ikut semua tingkah laku Nabi. Kalau perhati, yang duk sampaikan hadis tu sahabat sahabat yang terdekat. Tu wujud hadis sahih dengan hadis yang tak berapa sahih. Kena tengok siapa yang duk sampaikan hadis tu dulu. Gitu gitu lah. Wallahualam.