Disember 25, 2012

Di Sisi Sendiri

Abang tak pernah cakap pada sayang 4 perkataan ini kepada sayang selama kita kenal; 

Abang minta maaf, sayang

Tapi, sayang pun tak pernah katakan apa kesilapan abang. Abang cuma nak dengar dari sayang sendiri sebenarnya. Abang akui. Yang abang leka mengejar kekayaan yang abang mahukan sebab... abang tak nak sayang hidup susah.

Air mata yang mengalir di mata mu itu telah membuatkan aku kecewa pada diri sendiri. Kecewa kerana tidak dapat memberi masa untukmu. Jika abang boleh memutarkan masa kembali. Abang akan jaga cinta ini sebaik-baik cinta yang semua orang impikan.

Sebab. 
Sekarang baru abang rasa apa itu yang dinamakan kehilangan. 
Kehilangan orang yang selalu rindu dan selalu ada untuk diri abang.

Sedarkah kau yang aku rasa malu untuk meminta peluang kedua dari mu? 
Tetapi aku memerlukannya untuk menebus kesilapanku.

Ya aku mengaku. 
Aku leka dengan dunia. 
Leka dengan kerja sampai kau rasa terpinggir. 
Kini, bila aku sedia. 
Kenapa kau hendak meninggalkanku?

Aku tidak pandai melafazkan cinta. 
Yang aku pandai ialah menyimpan gambarmu dalam dompetku dan menatap bila aku rindu.

Cinta yang pudar jangan dikejar. 
Namun cinta yang pudar itulah yang buat aku tersedar.
Seperti bintang di waktu malam yang dingin dan makin menjauh. 
Semakin jauh aku melihat kau diam membisu tanpa kata.

Jangan kahwin dengan dia. 
Jangan. 
Please jangan. 
Itu menghancurkan hatiku.

Ya aku sedar. 
Janji tidak menghasilkan perkahwinan. 
Hanya aksi yang menghasilkan pernikahan.

Terlewat mengakui kesilapan lebih perit dari terlewat mengakui cinta

Tak mungkin sayang. 
Tak mungkin cinta itu akan datang sendiri jika aku sedang mengejar dirimu pada saat ini. 
Aku cintakan kau. 
Itu saja.

Perjalanan cinta kita habis di sini saja nampaknya.

Hati yang hancur kerana kehilangan. 
Tidak dapat di isi dengan kehadiran orang lain buat masa ini. 
Hanya membuatkan lebih ramai org terluka.

Biarlah diri ini meratapi kehilangan akibat mempersiakan cinta. 
Biarlah air mata ini habis membasahi kekesalan. 

Biarlah.

4 ulasan:

misz aisya berkata...

sedih. aku rasa mcm ex aku yg tulis bnde ni utk aku. sbb situasi kitorang sama. :(

Black Roses berkata...

T_T.

EZAN IDMA berkata...

sedihnya :'(

Misz Yue berkata...

"sayang" walau beribu kali terucap tak akn mnjamin apa2 skiranya kasih tak dihargai dn diabaikan.

hrgai org yg kita syg dan mnyayangi kita:)