Disember 25, 2012

Pergi Sendiri

Biar dia pergi tanpa kerelaan kita.
Walaupun kejam dalam dunia.
Percayalah ada cinta lain lebih baik di akhirnya.

Dia pergi.
Pergi waktu kau memerlukannya.
Pergi bila kau mahu bersamanya.
Pergi dan kau melepaskannya tanpa penjelasan.

Dan kau hidup seakan kau bersamanya.
Kau tulis surat untuk dia yang pergi.
Kau simpan dan kau menangis sendiri.

Kau lihat gambarnya.
Tanpa kau sedari, jernih matamu lerai di atas gambar itu.
Kau menangis lagi dan mengatakan.
Kenapa kau pergi meninggalkan ku?

Keseorangan dalam perasaan hiba.
Malam yang semakin lena.
Kau rasa tak layak untuk dia.
Tapi hati kau jelas berkata ;

Aku mahukan dia di syurga sana.

Hapuskan kenangan yang kau bina bersama.
Pergilah cari hikmah untuk diri kau sendiri.
Ketiadaan itu sementara kerana aku percaya.....


Kau yang terbaik pernah berlaku dalam hidupku.

- end

4 ulasan:

Nurana berkata...

kau ke ni aqram?

Shasha Saad berkata...

deep nya :'(

SarahZul berkata...

fuyoooooo

misz aisya berkata...

aku tak suka lelaki guna alasan;

'saya tak cukup baik untuk awak'

xpelah, yg penting belajar menghargai, perbaiki diri dan doa ada jodoh...:)