Kalian pernah membaca kisah-kisah Abu Nawas? Antara buku terkenal beliau ialah... Eh, maaf. Aku rasa dia tiada buku. Cuma nama beliau pernah disebut beberapa kali pada buku Seribu Satu Malam. Mungkin Abu Nawas ada buku, kerana beliau merupakan ahli sastera yang lejen di zamannya. Disejarahkan bahawa Khalifah Harun Al-Rashid asyik terkena saja dengan psikologi dan kata-kata bijak oleh Abu Nawas.
Sejak dari kecil aku memang minat pada kisah-kisah Abu Nawas. Banyak kisah yang menarik dan antara yang masih aku ingat ialah kisah apabila Khalifah Harun Al-Rashid meminta Abu Nawas mengajar seekor lembu mengaji Al-Quran, jika lembu itu gagal mengaji Al-Quran, Abu Nawas akan dibunuh.
Memang sampai mati-lah lembu takkan boleh mengaji Al-Quran kan? Tapi Abu Nawas steady. Challenge Accepted.
Ending-nya? Apa kata kalian cari kisah tersebut dan lihat kebijaksanaan Abu Nawas mengkitai-kitai Khalifah dia sendiri sampai bukan sahaja Abu Nawas tak dibunuh. Malah, lembu itu tadi Khalifah Harun hadiahkan untuk disembelih bagi dibuat satay!
Bukan apa, aku malas nak cerita panjang-panjang sebab aku bukan ustaz. Tapi, Azhar Idrus adalah ustaz. Dengar khabar seperti yang digelarkan-lah.
Kenapa aku petik cerita pasal Azhar Idrus? Mudah saja. Sebab aku tak suka dia. Dalam blog ini hanya dua orang saja yang aku ulas. Yang aku suka dan yang aku tak suka. Sekarang aku tak suka Azhar Idrus. Kalau ada orang komplen kenapa aku tak suka sampai marah-marah aku. Aku peduli apa. Kalau kau suka dengan dia, kau go on lah. Aku tak suka dengan bersebab.
Ia bermula dari kes Azhar Idrus kata
Ribena dan Coke itu haram. Dari kes itu buat aku rasa jengkel. Dikatanya haram kerana mendakwa Ribena ada alkohol dengan siap disahkan pemilik dari
Bermenghem (hehe). Dan Coke haram kerana dikatakan boleh mencuci mangkuk jamban.
Selepas dari itu, kerana menjengkelkan. Aku memang tak ambil port sangat dengan Azhar Idrus. Sebab aku rasa kemaen pandai betul dia tuju haram halal sesuka hati.
Cerita Azhar Idrus ini mula kembali pada tahun ini apabila nama Azhar Idrus menjulang naik. Aku tak hairan kalau dia naik sebab memang rajin dia buat ceramah dan ruangan pertanyaan. Yang sebetulnya, ceramah dia serius mengantuk. Serius. Aku tak pernah pergi lagi. Tapi, menurut beberapa kawan karib aku yang telah pergi dengar ceramah dia, ramai orang mahu menunggu sesi pertanyaan Azhar Idrus sahaja sebab masa itulah boleh gelak-ketawa. Time ceramah? Ramai yang gosok mata, nak tidoq. Standard-lah, mana-mana penceramah pun sebegitu. Ilmu agama kalau kita hadap ceramah memang boleh mengantuk kerana pengisian ini semua (bagi aku) berulang. Maka, datanglah rasa mengantuk. Untuk menyegarkan dari rasa mengantuk, kenalah buat lawak sikit supaya ramai orang tertarik. Tapi, kena ingatlah bahawa niat kita memberi ceramah sama ada untuk memberi ilmu, buat lawak, mengutuk atau 'kalau takde gelak-gelak, takde orang nak dengar ceramah'. Itu yang perlu di-set-kan dulu ye dak?
Aku nak pesan satu perkara kepada mereka yang mahu bertanyakan soalan kepada Azhar Idrus. Kalau nak bertanya soalan, tanyalah soalan yang 'ada class', soalan yang bersedia, logik akal dan bukan tanya soalan remeh seperti soalan;
"Apa hukum ambil wudhu dengan berbogel?"
Sebenarnya soalan ini kalau kau tak tanya Azhar Idrus pun, kau google sendiri pun dah dapat jawapan. Ataupun kau dail nombor cikgu agama kau ke, kawan-kawan kau yang tahu pasal agama sendiri pun kau boleh dapat jawapan kalau kau tanya. Soalan macam ini tak sesuai ditanya kepada Azhar Idrus. Memang dia akan jawab pun macam ini lah;
"Haram hukum-nya kalau ambil wudhu berbogel ditengah orang ramai"
See? Can you see the difference? Apa yang dijawabnya betul. Logik. Sinis. Cuma soalan yang diberi itu tidak lengkap, tidak jelas, dan soalan taraf IQ yang sangat rendah. Memanglah Azhar Idrus akan jawab sebegitu. Ke memang majoriti penganut Islam di Malaysia ini IQ dan pengetahuan Islam-nya amat rendah?
Ada banyak lagi soalan-soalan bangang aku terjumpa di ajukan kepada Azhar Idrus. Dan aku pun rasa sebenarnya Azhar Idrus sudah letih hendak menjawab banyak soalan-soalan unprepared sebegini, maka jawapan yang diberikan akan terjadi berbentuk sinis untuk si penanya berfikir tentang soalan yang ditanya. Itu yang aku pasti setakat ini.
Ada juga jawapan-jawapan Azhar Idrus yang bagi aku seperti biasa di mana dia akan ulangi kesilapan seperti kes ribena dan coke iaitu main tuju halal haram tanpa selidik betul-betul. Aku bukan apa, penjatuhan fatwa merupakan suatu tatacara yang ada sistem. Tetapi, secara peribadi aku lihat Azhar Idrus cuba 'meng-indie-kannya' (ada orang cakap merakyatkannya, heh). Dan jika penjatuhan fatwa hukum halal-haram ini salah ditempatnya (kesilapan), atau dilakukan secara kerap (semakin kerap menjatuhkan fatwa, semakin banyak kemungkinan fatwa dijatuhkan itu silap), aku takut kredibiliti Azhar Idrus akan terjejas. Mungkin Azhar Idrus akan jadi gila (mintak dijauhkan) seperti yang pernah aku baca dalam satu hadith yang pernah aku terbaca dari Dr Asri dan Imam Muda apa ntah. Aku pun lupa. Maklumlah, aku bukan ustaz.
Kadang-kadang aku rasa, Azhar Idrus ini macam nak jadi Abu Nawas pun ada jugak. Kadang-kadang aku rasa dia ni macam trollerzz pun ada jugak. Kadang-kadang aku rasa nak troll Azhar Idrus ni pun ada jugak. Hehehe.
Kepada Azhar Idrus, kita bukan hidup di zaman Khalifah Harun Rashid. Kalau nak jadi seperti Abu Nawas, aku rasa masih jauh lagi perjalanannya. Itupun kalau nak jadi Abu Nawas lah. Tapi, lepas ini berhati-hatilah dalam memberi jawapan supaya tak mengundang kontroversi. Sebab dalam 10 orang yang bertanya itu, 4 darinya saja yang boleh tangkap jawapan kau, selebihnya mangkuk hayun. Karang dia mangkuk-kan kau balik, sia-sia karang. Heh. Tu je.
p/s: Taknak tanya soalan kat aku keeee?