*Sebab ramai sangat orang tanya pasal isu Lynas. Aku letak balik post ini sebagai rujukan awal. And, ada penambahan sedikit lah.
Lynas.
Lynas.
Nama sedap. Kalau buat nama anak Nurul Lynas. Peh, mesti macam mat salleh gayanya. Nak-nak pulak comel macam abahnya. Bergaya dan tenang menghadapi situasi. Mewarisi mata hazel yang memikat jutaan perempuan. Stylo bak kata Deus.
Lynas yang kita dengar sekarang tengah panas situasinya. Tiba-tiba ada seorang mat salleh (kan aku dah cakap tadi) boleh cakap bahasa Melayu bercerita tentang Lynas. Siapa Lynas ni? Makwe mana? Celaka apa popular benar sampai rating maharaja lawak pun boleh jatuh?
Gua sebenarnya tengok mat salleh tu kecik-besar-kecik-besar je. Takde gua excited sangat kalau ada mat salleh boleh cakap bahasa Melayu. Mahupun Paku dan Belacan, Ben Bradshaw atau sekalipun Barrack Obama boleh berbahasa Melayu, gua tak rasa s e xcited.
Ye lah, ada sesetengah orang kita ini cepat sangat teruja kalau ada something yang agak 'up-up' kan bangsa Melayu dan Malaysia secara puratanya. Contoh macam kalau Dwayne Johnson bercakap mengenai Malaysia, dan bertanya 'apa khabar?'. Bukan kemaen semua dok sengih suka. Ataupun tiba-tiba Carla Bruni buat gila pakai baju kurung cotton misalnya, masing-masing puji sana-sini dan teruja secara spontan melihat orang popular lain negara mengenakan pakaian budaya negara kita lah sangat.
Tapi, gua tak rasa Justin Bieber happy kalau kita pakai baju macam dia atau kita boleh bercakap bahasa Inggeris.
Nah, nampak tak apa masalah di sini? Kita terlalu cepat sangat di rundung perasaan. Tak kira lah perasaan suka atau benci. Tetapi. memang cepat sangat. Kita bukan tahu pun kalau orang-orang Italy mengatakan orang-orang Malaysia cepat sangat emo. Booo, Malese sono emo! Matto! Matto!. Kita takkan tahu punya.
Benda ni simple saja. Pernah tengok IpMan 2 tak? Gua rasa cerita itu banyak pengajaran. Ada certain Chinese yang gilakan kuasa, bersekongkol dengan orang putih. Ada yang buat kerja sekongkol sebab nak cari makan sara keluarga. Ada yang tebal semangat cina nya. Tapi, orang putih? Dia peduli apa? Dia boleh bercakap bahasa cina dan memanipulasikan orang cina. Tapi, tak ramai orang cina waktu itu boleh bercakap bahasa Inggeris dan memanipulasikan orang putih. Padahal, kat negara sendiri.
Nasib baik ada orang terer kungfu. Setel masalah.
So, back to the real story about Lynas. Gua rasa isu ini kelakar. Lynas yang gua tahu ialah sebuah kompeni Australia yang jadi kaya sebab kompeni ini melombong sumber mineral (rare earth) untuk di bekalkan kepada penciptaan produk paling laris saat ini iaitu Ipod, Ipad dan Iphone.
Jadi, gua rasa amat kelakar bila ada orang yang terlalu paranoid dengan Lynas, rare earth industry, development of semi-conductor product, dan refinery. Oh, mungkin bukan paranoid sebab itu. Mungkin sebab radiasi, nuclear leaks dan mutation. Bersempena kes loji nukelar di Fukushima tempohari ye dak?
Haih, cubalah fikir sedikit. Inilah hakikat teknologi dan globalisasi. Kau pum-pang-pum-pang pasal green sana-sini, radiasi sana-sini, separate haters pada government, hentam Najib, lepas tu kait Altantuya sekalipun. Tapi, kau menggunakan Iphone, kau dengar mp3 dengan Ipod dan berlagak dengan Ipad kau depan rakan sekerja. Aku cuma nak cakap, kau memang babi. Lebih babi dari Anwar Ibrahim.
Sebab itu baik diam sudah. Gua tak rasa Lynas dan government patut berhenti bina refinery. Cuma patut pindahkan saja ke tempat yang jauh dari penduduk. Tak kisah lah, buat kat tasik Chini pun elok juga. Manatau boleh panggil naga dalam tasik tu ka? Kan?
Industri rare-earth makan berbillion untung. Dan memang motivasi kita ialah memperbanyakkan sumber dalam negara. Mana tahu lepas ini dengan material yang di lombong, kita ada Proton Saga FL halimunan? Caghe wok!
p/s : Gua ada apply kerja kat Lynas. Apa ade hal? Memang gua suka manufacture solar panel. Apa? Kau ingat nak cari cadmium telluride boleh beli kat kedai runcit?
******
We just need transparency in Lynas issue. Not reject or stop. Kalau begini, rugilah tenaga mahir kita yang ambil sains nuklear serta major dalam manufacturing tapi tiada kerja dalam bidang yang dipelajari. Nak harapkan kerja di Agensi Nuklear Negara dan MOSTI. Berapa saja seat yang ada? Kilang mengendalikan radiasi ada banyak. Tapi, masih tak kompetitif. Kehadiran kilang rare-earth seperti Lynas merancakkan pekerjaan dalam bidang teknologi-maju. Takkan nak import produk Iphone, Ipad dan Blackberry sampai selamanya? Satu hari nanti Apple mungkin akan membuka kilang manufacturing di Malaysia sebab berdekatan dengan sumber rare-earth yang Lynas proses di Gebeng.
Kerajaan bagi rebat cukai 12 tahun sekalipun, teliti betul-betul perjanjian. Ada win-win situation yang kerajaan dapat dan juga Lynas dapat. Pelaburan begini bukan main-main punya kerja. Ia tak sama macam pelaburan sembang cakap kosong orang Melayu kita yang habuk entah kemana. Ini business. Kalau ada orang cakap ; "Umpama sebuah syarikat Australia, datang Malaysia, berak kat Malaysia, dan tahinya Malaysia kena simpan". Aku nak cakap. Bangang betul. Tak fikir pula syarikat Malaysia kita, datang Indonesia buat pelaburan oil-palm, sisa kultur ladang sawit yang diberakkan, Indonesia kena simpan. Celah mana sisa itu kena hantar balik ke negara pelabur? Kerja gila. Awak datang melancong ke UK pun, tahi yang awak berak dalam hotel tu pun, awak tak bawak balik kan? Atau sebenarnya awak bawak balik?
Aku percaya dgn tenaga mahir orang malaysia. Kita boleh handle. Pembersihan kilang nadir di Perak itu pun orang negara kita yang buat. Walaupun ada bos dari GSM Consultant itu orang putih dan orang Jepun. Aku dengar macam komunis jugaklah situasi kerjanya. Tapi, tahap radiasi takdelah sampai jadi cacat atau zombi. Paling-paling tidak pun, gout. Hehehe. Itu semua paranoid yang dicipta mengenai nuklear dan radiasi oleh para pelampau environmentalis. Tiada masalah besar pun hal radiasi ini. Pembuangan sisa radiasi ini memaglah perkara serious, tapi benda itu real. Boleh diselia-selenggara dengan baik. Jangan jadi mangsa ketakutan (panik) pihak environmentalis dan parti politik. Itu saja.
Pemprosesan monazite adalah peluang kita meneroka bidang nuklear dalam skala industri sebelum ke skala keperluan tenaga. Apa nak takut dengan nuklear? Lynas di Malaysia bukan handle reaktor nuklear macam kat Chernobyl. Bukan bina electric-nuclear-fusion kat Fukushima. Lynas di Malaysia bertujuan untuk pemprosesan produk. Sama seperti kilang-kilang lain.
Bahan waste nuklear semua tu akan di-seal ditempat yang khas. Di Negeri Sembilan kan ada pusat pembuangan bahan kimia. Semua waste yang ada di seluruh negara, termasuk waste radiation dari kilang microelectronics, waste hazard, chemical yang sama bahaya macam Lynas hasilkan, dikumpul di sana dan diekstrak kepada bentuk tak merbahaya. Ada step-step nya. Lagi bagus kalau Lynas ada tempat penyimpanan dan pemprosesan waste sendiri. Simpan dalam dam sendiri misalnya.
Percayalah. Himpunan hijau itu hanya lebih bermotifkan politik berbanding perbincangan secara telus. Ada banyak lagi yang perlu kita tahu sebelum Lynas dapat tender di Gebeng. Spekulasi menceritakan, bukan setakat Lynas saja yang participate dalam tender pemprosesan nadir ini. Khabarnya YTL Corp juga melakukan propose yang sama untuk membina kilang nadir bumi, tetapi tak diluluskan kerajaan. Jadi, ada kemungkinan isu balas dendam Mungkin ini tak lebih dari cara mensabotaj Lynas. Tambahan pula YTL Corp pernah diketahui memberi dana kepada pakatan rakyat secara rahsia.
Isu menteri luar Australia meletak jawatan juga khabarnya berkait dengan isu Lynas sebab Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dikenali lebih bersikap environmentalis dan menentang cara pelaburan terbuka Kevin Rudd.
Semua ini sebenarnya adalah permainan politik-ekonomi yg menjijikan. Bermain atas dasar environment.
Environmentalis MY ASS.
p/s : Ah, diorang ni tak pernah pergi kursus keselamatan mengendalikan bahan kimia dan radiasi kot, tu yang gelabah semacam.