Regarding from my past experience in writing and do critical thinking of idea (intro nak kencang), aku dapat merasakan suasana penerimaan rakyat Malaysia dalam ilmu terutama beragama Islam masih lagi ditahap mengecewakan. Kita seperti hilang kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat secara ; yang kita idam-idamkan iaitu keterbukaan mempersoalkan atau menengahkan sesuatu yang baru (walau tak beberapa baru). Aku pasti tidaklah semua ini berlaku atas sebab tindakan kerajaan saja, tapi lebih kepada adaption dari masyarakat itu sendiri.
Like example, the current issue that I being through. The 'Surah' issue. Aku tak menyangka bahawa penerimaan masyarakat terhadap lenggok bahasa yang seakan firman Tuhan menjadi suatu perkara yang tak boleh disentuh at all. The phrase is simple. I'm just stating a fact that Arsenal team football is a greater team regarding from their win on Liverpool. To strengthen the statement, I used an Arabic style language and I do add some reference. To be clear, the reference also for ; to make the phrase being live and 'make it real even it's not'.
"Tidakkah mereka tahu (yang) Arsenal itu hebat (lagi) power?"
This is phrase from Arabic language style.
"Surah Al-Emirates, ayat 10"
And this is reference. (Even is not real. Aku tak tahulah kalau ada orang percaya ini real, sumpah bangang, atau dia baru masuk Islam)
Why I am doing this? Sebabnya mudah. Everytime aku membuka terjemahan Al-Quran (buku wajib untuk aku baca setiap hari), aku telah ditanam dengan satu pemikiran bahawa firman Tuhan sangat-sangatlah hebat. Oh tak, bukan hebat, tapi awesome. Namun, bila aku memikirkan antara kaitan firman Tuhan dan bahasa Arab. Aku seringkali bertanya pada diri ; Yang mana satu terbit dahulu, bahasa atau pengisian?
Aku berpendapat, bahasa yang wujud dahulu. Kemudian, datanglah wahyu sebagai pengisian. Maksudnya, bahasa Arab sudah wujud. Turunnya Rasulullah SAW, maka turunlah wahyu dengan menggunakan bahasa Arab. Jadi, kekuatan Al-Quran itu terletak pada bahasa. Lenggok bahasa penyampaian firman-firman Tuhan mestilah mempunyai suatu bahasa yang kuat, tulen dan bukan bercampur-baur macam bahasa Melayu, dan tak lupa bahasa Indonesia serta Tagalog.
Bahasa Arab merupakan nadi penting dakwah Islamiyah. Sewaktu itu, ya. Tapi, setelah kita melihat penyebaran Islam semakin meluas pada pelbagai bangsa dan suku kaum. Untuk mengatakan bahasa Arab sebagai bahasa nadi Islam, sudah kurang bersesuaian memandangkan penterjemahan ke dalam bahasa lain telah berlaku secara rancak sewaktu penyebaran Islam ke Nusantara misalnya. Apatah lagi untuk di zaman ini. Zaman umat Islam yang tanpa sedar bermazhabkan facebook dan Azhar Idrus Original.
Rasionalnya begini, anda seorang Melayu. Anda menganut agama Islam yang rujukan asal dari bahasa Arab. Tetapi anda tidak memahami dengan baik bahasa agama anda sendiri. Dan pernahkah anda terfikir ; "Perlukah aku nak faham bahasa Arab kalau sudah ada terjemahan? Pengisian patut lebih penting dari segi bahasa."
Jika anda pernah terfikir tentang ini, aku ucapkan tahniah. Anda sudah setapak melangkah dalam pemikiran kritis Islam subjek 305 dari LensaRosak. Aku pernah terfikirkan soalan ini 5 tahun lepas. Namun hakikatnya, aku masih gagal menguasai bahasa Arab sepenuhnya. Aku sedar aku bukan orang yag mudah menguasai bahasa. Membaca Al-Quran aku reti, memahaminya tanpa melihat rujukan terjemahan, I'm fail to do it. Nak tak nak perlu memeriksa terjemahan dan tafsiran. Sangat perlu.
Walaubagaimanapun, to think back for what I've done in Islamic education. Aku rasa 'not bad' sebenarnya mempelajari Islam melalui terjemahan. Walaupun tak berapa nak faham bahasa Arab, tapi itu bukan penghalang untuk aku belajar pengisian. Dan bukanlah satu titik berhenti aku perlu berhenti belajar bahasa Arab. Masih belajar. Cuma perlahan.
Membaca terjemahan, membuatkan aku rasa jatuh cinta dengan bahasa. Minat dengan pengisian, secara tak sedar membawa aku kepada sintaksis gaya bahasa Arab yang amat ringan dan jelas. Tahukah kamu, sewaktu bahasa Melayu masih kebal menggunakan tulisan jawi pada waktu dulu, lenggok bahasa Melayu turut sama menggunakan lenggok bahasa Arab. Perkataan-perkataan kerap seperti 'Dan sesungguhnya', 'Adapun mereka', 'Tidakkah mereka', 'Dan kami', 'Lalu beringatlah' dan banyak lagi wujud dalam bahasa Melayu.
Tiada masalah sebenarnya untuk kita mengulangi atau mengadaptasi kembali lenggok bahasa Arab dalam kehidupan penulisan seharian. Kita boleh. Ia bukan persenda. Ia memang realiti ada. Kerana bahasa itu percuma dituturkan dan dituliskan. Sejak bila pula kita ada bahasa yang eksklusif? Jika bahasa adalah eksklusif, apa guna Bahasa Melayu menjadi lingua franca? Jika lenggok bahasa firman Tuhan itu pun eksklusif untuk Islam sahaja, apa guna lagi dakwah Islamiyah?
Mungkin yang menjadi perselisihan adalah perkataan 'Surah'. Ya, penerimaan masyarakat kita tentang bahasa dan agama masih cetek. Bahasa Arab untuk Islam, Inggeris untuk Bible, Mandarin untuk Buddha, Sanskrit dan Tamil untuk Hindu. Itu mungkin pemikiran mereka. Sedang dikuasai tanggapan sebegitu. Aku nak beritahu kamu, itu salah!
Aku buka terjemahan dari resam Uthmani ini. Surah Al-Baqarah. Dan terjemahan dibawah menunjukkan 'Kisah Sapi Betina'. Baqarah menunjukkan 'Sapi Betina', Surah menunjukkan 'Kisah'. Jadi, apakah point di situ? Aku taknak mendiskusi tentang siapa salah. Tapi, mahu mendiskusi apa yang sebenarnya terjadi. Lalu, aku menyemak tentang maksud 'Surah' dari pemahaman istilah dan bahasa menurut beberapa buku feqah. Surah dari segi istilah bermaksud 'bab-bab di dalam Al-Quran'. Sebuah label yang meninggikan Al-Quran bagi membezakan antara Al-Quran dan buku-buku lain. Dari segi bahasa pula, 'Surah' merujuk kepada penanda, bab, fasal, dan alamat rujukan.
Hal ini aku berpendapat bahawa, jika aku menulis suatu ayat firman yang tulen. Aku perlu merujuk atau mengikut tetapan maksud Surah dari segi ISTILAH bagi menjadikan firman Tuhan itu tidak diganggu atau tidak terpesong. Namun, jika untuk penggunaan harian sahaja, iaitu penggunaan dari segi terjemahan bahasa, aku hanya perlu merujuk atau mengikut tetapan makud Surah dari segi BAHASA. Ini bagi menjadikan suatu ayat itu lebih santai. Asimilasi bahasa. Sama seperti bahasa Manglish. Kali ini kita ada bahasa Melarab (Melayu+Arab). Hanya itu saja yang perlu aku lakukan dan yang perlu kamu faham.
Namun, idea ini tidaklah mendapat penerimaan ramai orang kerana seperti yang aku ada sebut tadi. Masih ramai antara kita kuat mengatakan Bahasa Arab itu untuk Islam. Bahasa lain seolah menjadi bahasa pencacai dalam Islam (Harap tidaklah). Ia seolah, asal sebutan dari bahasa Arab, maka ia berkait Islamik. Walaupun yang digunakan itu hanya 'Ana' dan 'Anta', sudah boleh dikira tinggi ugama, cukup Islam, boleh digelar ustaz mahupun ustazah. Malah, layak digelar pejuang Islam. Konon.
Aku rasa, jika ini terus berlaku. Tak lama lagi kita benar-benar kehilangan pengisian Islam yang sebenarnya. Walaupun Imam Hassan Al-Banna ada cakap suruh belajar bahasa Arab kerana bahasa Arab itu adalah bahasa syiar Islam. Tapi, beliau tidaklah pula cakap untuk melupakan bahasa lain dan menolak asimilasi bahasa. Kan?
Jadi aku nak tanya, Azhar Idrus tegakkan syiar Islam guna bahasa Terengganu, tak pulak kamu kata dia tak ikut seruan Imam Hassan? Tak ikut syiar Islam? Aku yang guna lenggok bahasa Arab kerana memang aku respek, sanggup korang kata aku murtad? Kepala hangguk kau.
Sekian, Chalo Asslamualaikom!