Jun 27, 2012

Apa Ada Kini Dengan Underground?


Aku sudah kurang melibatkan diri dengan scene. Maksud aku, scene muzik yang minoriti. Selepas berakhirnya kumpulan muzik aku, yang membawa genre muzik minoriti, aku seakan cuci tangan dari muzik minoriti. Tidak larat lagi hendak mendengar Incarnation. Sudah rasa bingit mendengar Massacre Conspiracy. Yang aku selalu ulang dengar ialah Radiohead dan Laila's Lounge. Band Laila's Lounge adalah band yang aku respek kerana berjaya 'me-Melayu-kan' Radiohead. Bagi aku lah.

Jadi, bila kini istilah independent yang pernah aku perjuangkan dahulu tampak kosong pada hari ini. Aku rasa terkilan. Dewasa ini, aku berpendapat istilah independent dalam arena muzik Malaysia sudah tidak releven. Mungkin kerana kecanggihan teknologi. Purity dalam independent sudah hilang sedikit demi sedikit di era 2012 ini.

Lalu, ia mengingatkan pada sebuah entri yang aku pernah kongsikan dalam sebuah blog scene muzik pada era emasnya. Aku kongsikan semula sebagai tanda renungan tentang industri muzik underground. Fundamental bagi sesetengah pemuzik di Malaysia.

*****

Dari konotasi perkataan/frasa ‘underground’ ini pasti terwujud pelbagai imejan di dalam minda. Malah jika diterjemah secara terus, ia menghasilkan maksud yang sangat mudah untuk difahami semua. Tetapi yang pastinya, konotasi kata ini mungkin lebih bererti sekiranya diajukan kepada anak remaja moden kini. Secara tak langsung, terma underground ini dihubungkan terus dengan muzik. ‘Lifestyle’ anak muda yang punya jiwa protes terhadap arus konvensional muzik semasa. Daripada zaman pencetusan aliran underground hinggalah sekarang, banyak perubahan telah berlaku. Tidak salah juga jika mengatakan sejarah muzik underground di Malaysia ini mewujudkan impak yang signifikan kepada corak pemikiran, gaya hidup malahan identiti budaya anak muda moden Malaysia.

Dipercayai pergerakan underground ini mula bertapak aktif di Malaysia sekitar penghujung tahun 80’an. Selaras dengan perkembangan sosio-budaya anak muda dunia ketika itu yang dahagakan kebebasan dan tidak begitu menyukai ideologi golongan konservatif yang menghimpit. Maka tidak terkecuali juga anak muda moden di Malaysia sendiri. Muzik bagai menjadi salah satu bentuk wadah ekspresi jiwa yang melegakan.

Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensitiviti kepada progresif evolusi corak hidup alternatif pada golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menghadkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan 'budaya scene' yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut ‘undergrounders’ terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama rock leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status ‘cult’.

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generasi-X yang memwujudkann genre muzikal seperti ‘alternative’, ‘grunge’, ‘indie’, ‘brit pop’, ‘punk’, ’skin’, ‘hardcore’ dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90′an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang , Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut 'undergrounders' tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia.

Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai;

 “The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge.” 

Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas.

“If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight’s gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia’s ability to manage its once explosive ethnic mix.”

Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia. Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini.

Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar. Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan.

Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show, gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada ‘equipments’ instrument muzik dan juga ‘welfare’ sesebuah band. Ada kalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memang bukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, munkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.

Jun 20, 2012

I L M U

Ilmu bagi aku semacam perkara yang luas. Dalam tafsiran aku, apa saja yang ada dalam dunia ini termasuk akhirat yang berkaitan pengetahuan adalah ilmu agama. Ilmu sains adalah ilmu agama. Ilmu sastera juga ilmu agama. Ilmu meniaga, ilmu komunikasi, ilmu teknologi, ilmu nak buat telefon, ilmu cinta, ilmu nak masak sedap, ilmu seks, dan semuanyalah sama ada ilmu baik atau jahat adalah ilmu agama.

Ilmu yang baik, kita belajar untuk kita faham dan mempraktikkannya. Ilmu yang tak baik, kita belajar untuk kita faham dan meninggalkannya atau mencegahnya. Yang penting, semua ilmu kita kena belajar, sampaikan dan mengajarkannya supaya umat manusia ini kekal berilmu. Kalau kamu rasa ilmu agama itu hanya ilmu dari Al-Quran, sunnah dan ijtimak. Kamu silap. Ilmu agama itu sekali lagi aku tegaskan sebagai luas. Sebab apa yang kita buat adalah kerana Tuhan, secara tak langsung kerana agama, walaupun ilmu macam mana nak buat coding HTML dalam web. Itu juga ilmu agama. Kalau tak tahu ilmu buat coding HTML, macam mana kamu nak berdakwah dengan baik dalam internet?

Ilmu baik seperti ilmu fardhu. Mengajar kita bersolat dengan betul misalnya. Mana boleh kita membaca al-fatehah dalam hati apabila solat. Kita kena baca sekadar dengar di telinga kita. Kalau kita baca dalam hati, ia dah tak menepati syarat sah solat. Dah macam watak P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapuk. Director suruh cakap, dia jelir lidah tak nak cakap. Kan dah kena bahalol.

Ilmu tak baik seperti ilmu arak. Kita kena tahu bahawa alkohol tak semestinya adalah arak. Minuman beralkohol juga tak semestinya arak. Yang arak ialah minuman beralkohol melebihi paras 0.5 persen atau 1 persen iaitu bila kita minum, kita akan berasa mabuk dan pening-pening. Yang itu barulah arak. Samalah juga seperti beer. Ada beer yang arak, dan ada beer yang bukan arak. Sebab beer itu nama untuk minuman diperbuat dari barley atau juga malt. Beer tak semestinya arak. (Akan diterangkan bila-bila nanti)

Nah, pentingnya untuk kita meneroka ilmu. Sebab ilmu dibawa ke dalam kubur. Sebab Tuhan memuji orang yang menuntut ilmu, mempraktikkannya dan mengajarkannya. Kiranya, bila ada satu permasalahan di dunia moden ini, kepentingan ilmu untuk menyelesaikan masalah amatlah diperlukan. 

Seperti masalah sambut hari ibu dan hari bapa. Sambut hari ibu atau bapa tidaklah jatuh kepada haram. Bagi aku, setelah aku memahaminya dengan ilmu, sambut hari ibu atau bapa walaupun sejarahnya dari orang Kristian di mana ada sesetengah dari kita mengatakan menyambutnya adalah haram kerana akan menyerupai perayaan orang kafir, aku dengan tegas mengatakan itu adalah tidak tepat. Sebenarnya, jika dilihat dari segenap aspek ilmu, sambut hari ibu dan bapa adalah perkara baru. Ia terletak dalam kategori bidaah. Bidaah bermaksud perkara yang nabi dan para sahabat tak buat. Macam menonton televisyen, nabi tak tonton televisyen, jadi ia bidaah. Ada beberapa cabang dalam bidaah. Bidaah hasanah, bidaah dolalah, bidaah mazmumah. Kalau kita sambut hari ibu atau bapa untuk hal kebaikkan iaini memang untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada ibu bapa kita, itu adalah bidaah hasanah. Bidaah hasanah adalah bidaah yang baik. Boleh dilakukan atas tujuan menyahut seruan Allah untuk kita berbuat baik kepada ibu bapa. 

Walaupun ada orang cakap 'buat baik kepada ibu bapa bukan setakat hari ibu bapa sahaja, patut hari-hari', aku cuma nak cakap bahawa; Ya, memang berbuat baik perlu hari-hari, tapi tidak semua manusia itu sama dengan orang yang beruntung boleh mengerjakan kebaikkan pada ibu bapa setiap hari. Ada antara kita tinggal jauh merantau jauh dari ibu bapa, tak balik berbulan-bulan, atau mungkin lama terpisah dari ibu bapa kerana ada salah faham atau terputus hubungan kerana beberapa faktor. Paling tidak untuk anak itu mengerjakan kebaikkan terhadap ibu bapa adalah pada hari raya atau ya, pada hari ibu atau hari bapa. Mungkin dia balik ke rumah ibu bapa pada hari ibu atau hari bapa setelah bertahun tidak pulang kerana terasa hati dengan ibunya yang mahu memaksa berkahwin dengan pilihannya. Kita bukan tahu? 

Mungkin anak yang jauh ini mendoakan kesejahteraan ibu bapa dalam solat, namun tak berpeluang untuk menjenguk kerana urusan kerja, merantau, menuntut ilmu dan sebagainya. Tapi, pada hari ibu atau bapa, kerana terkesan dengan pengorbanan, dia pulang ke rumah ibu bapanya untuk meraikan ibu bapanya, memohon ampun, menolong ibu memasak di dapur, menolong bapa di kebun dan apa saja perbuatan baik terhadap ibu bapa termasuk mengurut belakang ibu dan bapa untuk minta duit saku. Kehkehkeh.

Eh, terpusing masuk hal ini pula. Baiklah, berkenaan ilmu. Ya, sebenarnya aku risau dengan perkara ini. Seperti yang disebut dalam hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abdullah bin Amr Radiallahuanhuma katanya; Baginda Rasulullah SAW bersabda;

"Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu ini daripada para hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Dia menarik ilmu ini dengan mengambil para ulama-Nya sehingga apabila sudah tidak tinggal lagi orang alim. Maka ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu maka dia pun cepat memberi fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (cuma guna akal fikiran), akhirnya habis semua sesat dan si bodoh-bodoh itu berterusan menyesatkan"

Jadi, setelah kamu membaca artikel ini dari mula mengenai semua ilmu itu adalah agama. Kamu kena lihat semua ilmu untuk kamu selesaikan masalah. Kait pula dengan masalah sambut hari ibu dan hari bapa. Kamu rasa siapa yang cepat keluarkan fatwa hari ibu adalah haram dan hari bapa adalah lagha itu orang bodoh atau ulamak?

Terpulang untuk kamu fikir. Wallahualam.

Jun 14, 2012

Mempornokan Politik

Mula-mula semua orang dok pulun yakin kata pilihanraya bulan Mac 2012. Bila tak jadi, pakat semua senyap tak nak bangkit cerita pasal apa ang punya teka tak menjadi. Lepaih tu, kata pulak pilihanraya bulan Mei pulak pasal had tu dya keluar perhimpunan resaksa Bersih 3.0. Masing-masing dop yakin dah ni pilihanraya mau tak ya hujung bulan Mei 2012. Baju pun dah standby.

La ni takdop pon. Mei dah lepaih baq ang!

Tapi macam biasa aa, semua dop pakat senyap tak ngaku salah sebab silap ramal, silap teka, silap judi. Senyap dop lagu tu sampai lani. Tapi, benda ni tak habih. La ni predict pulak bulan enam. Lepaih tu ada pulak kata bulan September. Sampai siap nuduh perdana menteri, kalau najib buat bulan sembilan, dia keji, taim tu orang Pas dok nak pi haji.

La ni pakat lah ramai-ramai orang Pas kensel last minit nak pi haji sebab depa dah set dalam otak, najib main keji nak buat pilihanraya bulan sembilan.

Apa punya pemikiran nii?

Angpa ni akal letak mana? Lutut? Pungkoq?

Ni punya karut sekarang semua dop pakat nak berdebat sana -sini. Ngajak lah orang ni debat, ngajak lah orang tu debat, lagakan orang atas nama demokrasi.

Demokrasi butoh ang.

Lagakan orang bercakap ngutok sana, ngutok sini, depa pi balun atas nama demokrasi. Pertama kali dalam sejarah malaysia kata dia. Tu dyaaa. Ni aku bagi isyarat X-pac sekali. Nahhh.



p/s : Rakaman nukilan dari seorang sahabat sekilang. Bukan aku tulih, bukan aku. Aku tau gelak ja. Harap maklum.


Jun 10, 2012

Wherever You Are

Layan lagu yang terusik perasaan jugak lah.




Jumpa korang di konsert One Ok Rock, Singapura 30 Jun nanti.