Bila ada orang cakap sesuatu yang buat aku rasa menjengkelkan seperti ini;
"Kelantan, negeri yang banyak hasilkan ulamak. Respek Kelantan lah bro"
atau
"Ustaz Don asal dari Bukit Mertajam, kami orang utara memang banyak orang alim-alim".
Buat aku rasa kurang selesa. Jadi, aku ingin menceritakan satu perkara, atau satu fakta yang jelas bila ada orang ingin sangat nak mengaitkan antara sesuatu tempat atau bangsa dengan Islam.
Buat aku rasa kurang selesa. Jadi, aku ingin menceritakan satu perkara, atau satu fakta yang jelas bila ada orang ingin sangat nak mengaitkan antara sesuatu tempat atau bangsa dengan Islam.
Kalau kamu tahu asal bangsa 25 Rasul, kamu akan dapati banyak Rasul dari bangsa Yahudi. Nabi Isa dan Nabi Sulaiman misalnya seorang Yahudi. Kamu rasa lah kan, kenapa bangsa Yahudi diperturunkan ramai Rasul ke atas mereka? Adakah sebab mereka bangsa yang baik? Tidak bukan? Kita umum sudah mengetahu bangsa yahudi adalah bangsa paling bermasalah dan banyak kali disebutkan dalam Al-Quran tentang kejahilan mereka. Nah, sebab itu Allah turunkan banyak nabi dan Rasul kepada bangsa Yahudi. Untuk memperbetulkan bangsa itu. Membawa bangsa itu ke jalan yang benar.
Kemudian, kamu fikir pula kenapa Nabi Muhammad SAW diturunkan mula-mula kepada bangsa Arab? Ya, tepat sekali. Kerana bangsa Arab itu dikenali sebagai bangsa Jahiliyah. Bangsa yang bodoh dan banyak buat perkara dilarang oleh Allah. Sampaikan orang Parsi sendiri tak nak jajah bangsa Arab yang bodoh dikhuatiri kejahiliyahan Arab itu berjangkit dengan bangsa Parsi. Itulah bangsa Jahiliyah, sememangnya logik Rasulullah dilahirkan di Mekah.
Jadi, aku nak tanya. Kamu bangga sangat yang bangsa kamu banyak lahirkan ulamak atau negeri kamu ni negeri orang alim-alim ni kenapa? Kamu tak rasa ke Allah sengaja lahirkan banyak orang alim dan ulamak di negeri kamu sebab bangsa atau negeri kamu itu sedang bermasalah? Masalah dari sosial atau mungkin ramai orang ponteng puasa dan tak sembahyang. Senang cakap, yang ramai-ramai ulamak atau orang alim yang lahir kat negeri kamu itu telah ditakdirkan untuk mentarbiahkan kamu-kamu yang sedang bermasalah, yang sedang Jahil. Ini yang sebetulnya. Tak payah bangga sangat lah.
Tak payah nak kutuk negeri aku dan bangsa aku lah. Aku tahu negeri Johor tak banyak hasilkan ustaz atau ulamak popular macam korang. Sapa yang popular sekarang? Ustaz Azhar Idrus? Tuan Guru Nik Aziz? Ustaz Kazim Elias? Ustaz Don? Al-Fadhil Ustaz Mat Sabu? Ah, banyak yang dari utara dan timur. Sebab itu korang bangga dan taksub sangat kan? Johor sapa je ada? Haji Noh Gadut? Ah, itupun kami di Johor banyak yang ambil endah tak endah je dengan dia.
Negeri kami ada basic seragam dalam mengajarkan anak-anak Johor tentang fundamental Islam sejak kecil, itulah gunanya sekolah fardhu ain. Tak perlu ramai ulamak atau ustaz, kalau sistem pendidikan Islam itu bemula dari akar, insyallah terjamin. Insyallah aman, insyallah tak bermasalah, insyallah tak jahiliyah.
Cuma ada satu negeri saja yang membimbangkan aku. Negeri ini banyak sangat ajaran sesat. Aku pun tak tahu kenapa tapi itulah yang berdasarkan indeks. Lain tak bukan ialah Selangor.
That's why aku rasa JAIS serbu pecah pagar rumah kawan aku itu hari. Hohohoho.