September 14, 2012

Johor Bahru Writers and Readers Festival


Jom lah datang beramah mesra minum neslo barang secawan dua bincang-bincang benda berguna dengan saksama. Apalah sangat Johor Bahru tu baru 3 jam dari Kuala Lumpur dengan memecut 110km/j guna kereta Saga BLM. Kat sana boleh dapatkan baju Terfaktab edisi terhad, Kitab Terfaktab 1 dan 2, cenderahati yang dibuat setahun sekali, dan sticker kereta Terfaktab supaya bila polis nak buat speed trap dia tak dapat detect nombor plat (engkau jangan tak caya!). Semuanya pada harga runtuh yang tak selalu boleh dapat kat luar. 

Biasalah, memang Terfaktab jarang nak sertai event. Pemalas yarabbi sebab semua jauh-jauh skuadnya. Tapi kali ini akan mengumpulkan semua yang ada secara rela, paksa dan dapat duit claim walaupun mungkin hanya Janji Dicapati tapi layanlah kejap memandangkan hari last raya time tu dan memang jatuh pada hari Malaysia di mana Isnin nya pula cuti. Sedap juga kalau malam Isnin dapat pekena angin-angin sayup kat Stulang sambil layan orang tangkap lokan dan ketam.

Yang gua tahu. Makwe-makwe Terfaktab macam Elena Reeney, Gds Jht, Sofia Nin dan Maria Natasha sepakat nak pakai bra warna pink dan sarungkan dengan baju putih Terfaktab. Buju baju ikat tepi skit nampak kulit pinggang, lepas tu buat aksi menggoda dengan kebasahan badan akibat disirami air. Pehh, rugi rugi rugi kalau lu orang tak datang.

Bawak kamera tau!

September 12, 2012

Kencing


Tenang di Marina, Muar.

Segelas neslo aku pesan kepada pemesan air. Mudah jika kita terus ke dapur air dan pesan berbanding duduk di meja pilihan dan duduk. Menunggu si pemesan sudah membuang masa. Berkata dalam hati 'eh lambat nya waiter nak ambil order' juga membuang masa. Lebih baik terus ke dapur air dan pesan apa yang kita mahu sewaktu berjalan ke kafe. Kemudian aku cari tempat biasa, aku menelaah idea.

Kedengarannya petang selepas kemerdekaan penuh dengan para keluarga mencari damai. Mencari sebab untuk sebuah keluarga itu bersatu demi anak-anak dan pahala.

Aku simpan hal keluarga itu dan membaca. Karya Tim Harford ada memberitahu mengenai satu gurauan tentang Von Neumann, rakan sekolej Albert Einstein di Universiti Princeton yang merasakan sebenarnya beliau seorang demi-god, boleh mengkaji tingkah laku manusia secara intensif. Dan dia melakukan kajian dari permainan poker. Bagaimana manusia boleh menang, melicikkan diri dan mengambil kesempatan dari keuntungan bermain poker.

Aku tak terlalu kepada poker. Aku Melayu, aku lebih kepada permainan kencing dalam daun terup. Sebab aku suka melihat manusia cuba menipu.

"Jack 3 batang"
"Tipulah pada aku ada Jack 2 batang", yakin Bule menjawab.
"Kamon Bule, tak payah tipu. Uplah Mirrul", aku meyakinkan Mirrul dengan wajah jujur.
"Aku tak suka, aku tak suka. Tidakkkk", keluh Mirrul.

Antara kantoi atau mengumpulkan lebih banyak kad. Suasana dengan ketawa kerana perlu memilih. Mirrul dalam dilema.

"Aku up lagi sebatang!"

Muka Bule berubah. Dia terkena permainan kencing yang menyenggama minda kerana pilihan pada dia. Hendak diambil, mungkin menipu. Mungkin kad yang diletakkan Mirrul bukan Jack. Tapi, Mirrul mana pandai menipu dalam fikirannya, namun dalam permainan kad kencing ini mestilah kena menipu. Nama pun kencing.

Bule buka kad dan..

"Cibailah betul pula Jack!! Kau tipu aku chorr, ni bawah-bawah ni siap ada enam dengan Ace. Celaka kau Karem"

Aku senyum dan gelak terkekeh-kekeh melihat gelagat Bule yang terpaksa mengambil empat kad. Tiga dari kad aku itu aku letak kad enam, kad Ace dan kad Jack. Ini namanya menipu. Menipu kawan-kawan untuk kemenangan. Menipu dalam permainan yang memang perlu menipu. Apa salahnya.

Air sampai. Aku mengerutkan dahi.

"Dik, ni bukan Neslo. Ni Teh O Ais"

Sekarang, aku pula kena tipu. Falsafah pesan terus di dapur juga boleh pergi jahanam. Buang masa betul.

September 05, 2012

Merepek

Rasanya dah tak ramai orang baca blog aku. Dah tak ramai nak ambil pusing. Cantik, bolehlah aku kembali merepek dalam blog ini seperti dulu. 

"Aqram dulu dengan sekarang dah lain"

Nak buat macam mana chorr. Dulu mana ada orang kenal. Sekarang ramai dah kenal. Aku bukan boleh halang orang lain nak judge aku pun. Terpulanglah apa kata mereka.

"Tulisan Aqram dah tak best macam dulu"

Secara serious-nya. Aku dah jarang menulis. Aku lebih buat kerja mengurus. Menulis itu ada. Tapi aku simpan buat baca sendiri atau sedang mengumpulkannya. Juga membuang tulisan. Aku pun tak tahu bila aku boleh ada buku sendiri. Aku takut sebenarnya nak terbitkan. Bila aku tengok isu tukar bendera macam tu pun sampai ke lubang cacing polis kejar. Agaknya buku aku itu kalau terbit, yang lebih sensitif dari isu tukar bendera. Mau kena lunyai aku kena cincang.

"Aqram sombong eh?"

Sombong? Ni makannya...   t(-__- t)

Itu sahajalah aku nak merepek. Babai.