Oktober 11, 2012

Bulatan Russia


Jumpa Jumaat ini. Ya, esoklah. Hayati kekerasan yang penuh enigma dan berkuasa. Umpama kiamat nak datang besok.


Salut!

Oktober 09, 2012

Menjengkelkan 23 : Dunia Twitter

1. Sekarang banyak orang main twitter dan jadi salahbriti dalam twitter. Aku pun turut terkena tempias sebab pengikut aku dalam twitter itu berjumlah dua ribu orang. Tapi aku bukan salahbriti dalam twitter. Aku jarang hadiri majlis kera-main (keramaian) khas untuk mengumpulkan pengguna-pengguna twitter yang dipanggil Twtup.

2. Banyak Twtup telah diacarakan kini seperti OctTwtFest, TwtupKasih, TwtupJoho, TwtupIpoh, hatta TwtupNyah dan TwtupGay. Oh, juga TwtupBudakBudakBaruNaikJadiSalahbrityTwitter.

3. Kalau dulu kita ada 'perjumpaan blogger'. Sekarang kita ada Twtup. Bezanya tak banyak. Orang yang dulu ada dalam perjumpaan blogger, juga akan ada di Twtup. Umpama dulu kita selalu tengok Ben Ashaari panggil orang sana-sini buat perjumpaan. Sekarang kita ada satu pergerakkan yang panggil sana-sini buat perjumpaan Twtup. Siap syarikat lagi. Kemas.

4. Selepas itu, ada macam-macam istilah pelik dalam Twitter seperti CELAKAPARTY, BBNU, COSIGN, +999, TEAMWARDINA, TEAMEDASU, TAHITWITTER, TWITTERBUKANSEGALANYA, dan macam-macam lagi yang kadang-kadang tak masuk akal pun ada. CERPENTWITTER juga jangan ketinggalan.

5. Aku adalah seorang pengguna twitter juga. Kalau aku cakap banyak, mungkin aku kena bash. Tapi, dalam hati aku ini terpendam satu benda yang tak kena dalam twitter. Seperti hal sailang-menyailang makwe orang dalam twitter.

6. Kamu perlu tahu bahawa, twitter kini telah mula dipenuhi oleh drama yang kadangkala amat menjengkelkan. Kerana di sana, kamu bebas berkata apa-apa sahaja. Kamu hanya tidak bebas berkata apa-apa sahaja bila kamu mempunyai ramai pengikut. Ini kerana ramai pengikut kamu mula memerhati apa yang kamu tulis dalam twitter.

7. Juga. Aku boleh katakan Twitter adalah tempat untuk individu yang suka bercakap seorang diri. Sama ada untuk melepaskan perasaan, melepaskan tekanan, syok sendiri dan mungkin sebenarnya sakit mental. Kamu juga boleh jumpa individu yang suka twit kepada diri sendiri, iaini kejap jadi watak ini, kejap jadi watak itu. Katanya, monolog. Tengkorak dia.

8. Aku sering memerhatikan perempuan-perempuan yang suka mencarut dalam Twitter. Lelaki juga ada. Namun, pemerhatian aku lebih kepada perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan yang ada rupa. Aku cuba tenangkan diri menganggap perempuan yang suka mencarut ini mungkin ada belaan saka. Mungkin lah.

9. Kebanyakkan orang suka menulis twit perkara yang cool, rare atau abstrak. Dengan harapan dalam diam agar tweet tiu akan di RETWEET sebanyak yang boleh. Kalau banyak retweet, ia akan ada semacam satu perasaan bangga. Tapi macam biasa, kalau ada orang kata tweet mereka itu cool. Mereka akan kata sama ada biasa-biasa saja, terima kasih atau mungkin membalas twit dengan sebuah persoalan. Ini perkara biasa untuk mereka yang telah menjadi popular dalam twitter mahupun kisah cinta mereka diketahui dalam tiwtter. 

10. Kebanjiran pengguna baru dalam dunia twitter telah menjadikan dunia twitter bertambah pelik. Umum kita tahu mereka yang mempunyai bilangan followers yang banyak adalah sama ada selebriti, salahbriti, mereka yang berjaya, mereka yang mempunyai public relation yang bagus, penggiat seni, usahawan, pemimpin dan sebagainya yang logik di akal. Cuma, yang tak logik di akal ialah bila ada pelajar berusia 16 tahun dan kekasihnya berumur 14 tahun sudah ada followers beribuan orang. Mereka bukan siapa-siapa. Setelah diselidik, rupa-rupanya kisah percitaan bola kristal mereka yang menyebabkan mereka menjadi popular.

Itu lah twitter. Dunia yang memang melangkaui sempadan akal kita. 

Selamat bertwitter. 

Oktober 01, 2012

Lagu Untuk Hari Ini dan Seterusnya


Dunia semakin bergerak pantas. Dan aku perlu bergerak pantas mencari peluang yang ada untuk membina ruang aku sendiri. Halangan itu ada dan aku perlu tempuh dengan berani dan steady bagi merealisasikan impian aku yang tak ramai orang akan faham. Bagi aku, kerja Tuhan itu kerja rahsia. Kerja manusia pula ada rancangan. Dan Tuhan sememangnya untuk manusia.

Bakal sibuk. Bakal lanjut usia. Belum fikir hendak menamatkan zaman bujang. 

Terima kasih atas sokongan kalian. It's time to rise.