November 09, 2012

Ini Bukan Utusan, Ini Harian.

Sudah dua tahun nampaknya Terfaktab ini. Dari sekecil-kecil kumpulan para blogger yang kepala gila dalam alam blog, aku belai belai dan ramas sehingga berkembang menjadi kumpulan penulisan yang ada pengaruh-nya tersendiri

Dalam tempoh 2 tahun apa pencapaian yang ada? Maaf sebab ambil masa kalian untuk senarai yang mungkin membosankan. (Ye lah cerita pasal kongsi gelap sendiri. Tak ke bosan?)

1. Terfaktab telah melahirkan sejumlah 26 penulis dan pelukis sepanjang 2 tahun ini. 2 daripadanya (termasuk aku) menganggotai pengurusan tertinggi. 16 daripadanya menjadi skuad utama. 8 selebihnya dah pencen (menganggotai alumni).

2. 662 entri telah dihasilkan dalam blog Terfaktab sejak penubuhan 10 November 2010.

3. Sebanyak 8 minggu istimewa penulisan telah diadakan. Seramai 9 penulis jemputan telah terlibat dalam penulisan di blog Terfaktab. (bla..bla..bla)

4. Jumlah viewers blog Terfaktab terkini ialah 2,560,352. (juta woi!)

5. Sebanyak 20,402 telah mengikuti Terfaktab di Twitter dan 18,506 telah mengikuti Terfaktab di Facebook. 

6. Rangkaian sosial keseluruhan Terfaktab menurut statistik Facebook dan Twitter adalah sejumlah 6.4 juta orang.

6. 2 buah buku telah dihasilkan dengan 34 tajuk topik telah disentuh dalam Kitab Terfaktab.

7. Sewaktu permulaan, Terfaktab bermula dengan modal RM 20.00 melalui iklan dari Lejen Press di blog Terfaktab.

8. Kitab Terfaktab 1 dan 2 telah terjual lebih kurang 5,000 unit seluruh negara. Iaini aliran wang tunai melibatkan kira-kira RM 100,000.00 dalam tempoh dari Oktober 2011 hingga kini. (Setahun)

9. Terfaktab Media adalah syarikat penerbitan dan penulisan kreatif yang ditubuhkan pada Februari 2012 untuk menyelia kumpulan Terfaktab.

10. Aku dah tak reti nak kira. Dem.

Sebenarnya aku dalam dilema. Hendak memilih untuk  terus memimpin kumpulan ini atau menjadi orang biasa sahaja berkerja makan gaji macam orang lain. Kerja kerajaan misalnya. Suatu hari nanti, aku harus memilih antara dua pilihan ini kerana aku... 

bukan Mark Zuckerberg dowh.

Ada 17 orang dibelakang aku mengharapkan aku terus memimpin. Tapi, aku sering bangun dari tidur dengan kebingungan bila ada orang tanya aku "Awak kerja apa sebenarnya?"

Aku tak dapat jawab soalan itu. Bila aku cuba terangkan, seakan orang macam pandang selekeh. Macam pertanyaan ada EPF dan SOCSO tak? Ada jaminan ke? Boleh bertahan ke? Boleh beri makan anak bini ke nanti?

Jadi, persoalan ini membawa kepada aku tentang masa depan. Suatu perkara yang aku kurang suka membincangkannya. Tapi, aku akur perlu beritahu apa yang aku nak dalam hidup.

Aku menubuhkan kumpulan ini dengan salah satu visi dari jauh sudut hati untuk 'mengumpulkan semua pandangan dan pengetahun kita terutama golongan belia dalam satu bumbung'. Semua pandangan dan pengetahuan ini tak kiralah pasal cinta, relationship, sosial, agama, sukan dan semuanya adalah tulang belakang modal insan para belia di Malaysia secara khususnya. Apabila ke semua pandangan dan pengetahuan dari para belia ini dikumpul, ia boleh digunakan oleh negara dan masyarakat untuk memajukan diri. Seperti penciptaan quote misalnya, quote tersebut akan menjadi inspirasi kepada semua orang untuk berjaya. Kamu pernah mendengar quote terkenal dari Albert Einstein yang mengatakan 'Imagination is more important than knowledge'. Ya, ramai orang terinspirasi dari quote tersebut dan berjaya dalam hidup. Itu baru satu quote. Bagaimana kalau ada beribu quote? Bagaimana jika ada berjuta lirik, skrip filem dan teks ucapan? Semestinya ia satu yang gempak dan boleh menginspirasikan berjuta orang bukan?

Itulah kuasa Penulisan Kreatif. Terfaktab berperanan mencipta quote, sajak, artikel, cerpen, novel, skrip, lirik, teks ucapan, surat dan sebagainya dengan secara komprehensif. Di samping itu, kami komited untuk melaksanakan tanggungjawab sosial seperti mengajar mereka yang buta huruf misalnya. Atau mungkin memberi ceramah dan kauseling satu hari nanti.

Akal adalah sumber utamanya. Akal yang bernas akan menampilkan pandangan dan pengetahuan yang baik. Dan kesemua pandangan dan pengetahuan itu dijadikan sebuah penulisan. Kerana ilmu itu bermula dengan huruf dan angka. Bukan dengan tahi mahupun sejongkong emas.

Kita tunggulah 2013 ini menjelma. Aku perlu menyiapkan semua kerja yang ada dalam Terfaktab ini dahulu sebelum membuat pilihan. Sekarang, kamu beritahu aku. Apa yang patut aku lakukan?

Terima kasih kerana membaca dan selamat ulang tahun kelahiran ke-dua buat Kumpulan Terfaktab. 

Chalo asalamualaikom!


p/s : Hati yang jauh aku ada cakap. Selagi tak dapat aliran RM 1 juta, 10 juta, 100 juta dan 1 billion. Selagi itu jangan berhenti. Eeeeee, kapitalisnya. 

November 07, 2012

Nurul Izzah Dan Kebebasan Beragama Katanya

Bila Nurul Izzah kata ;

Orang Islam-Melayu sepatutnya bebas memilih agama yang mereka mahu dan keluar Islam selaras dengan kebebasan beragama di Malaysia.

Aku ketawa 2 minit. Tarik nafas. Lepas tu aku urut dada.

LAWAK GILA.

Bila aku baca kenyataan Nik Aziz, Dr Asri, Sultan Selangor, Shahrizat Jalil a.k.a Lembu FIDLOT, Jamil Khir dan macam-macam lagilah termasuk kenyataan akhbar dan blog. Aku rasa Nurul Izzah ni patut dah fikir balik apa yang dia cakap itu kena tidak dengan situasi sekarang. 

Kenyataan Nurul Izzah ini cakap macam takde proud dengan agama sendiri. Takde rasa nak protective pada agama sendiri. Cakap orang yang sedang bersoal dalam fikiran. Cakap konfiden pandangan dia itu mesti ada orang bekap. (Memang Nik Aziz bekap pun).

Eh tak boleh ke Nurul Izzah selarikan pandangan itu dengan rasa protective, proud dan selaras dengan perlembagaan yang mengatakan "Orang Melayu MESTI menganut agama Islam". Tak boleh menganut agama lain. Ini bukan hal takde paksaan. Ini hal Islam adalah agama yang patut dianuti oleh semua orang. Islam adalah agama terbaik. ISLAM LEBIH BAIK DARI KRISTIAN, LEBIH BAIK DARI BUDDHA, LEBIH BAIK DARI HINDU dan ISLAM NOMBOR SATU, MASUK ISLAM ANDA SELAMAT. MASUK SYURGA. UNDILAH PAS. (yang Pas ni aku kurang pasti, ahaks)

Tak boleh ke cakap macam tu kat orang-orang bukan Islam yang bertanya tu? 

Ini bukan soal kebebasan beragama. Bukan soal hak. Pergi jahanam lah hak dan kebebasan itu. Islam letak nombor satu.

Sekarang ni, tak kiralah orang Islam bangsa Melayu kat Malaysia ni banyak buat dosa ke, langgar halal-haram minum arak, main perempuan, main lelaki, judi, merompak, tak tutup aurat ke apa semua itu. Bagi aku itu adalah normal. Apa kalau seorang Islam itu berzina maka dia terkeluar dari Islam? Tak tak. Dia masih Islam cuma dia langgar undang-undang Islam. Hukum sajalah. Dalam Islam ada syurga dan neraka. Yang buat salah masuk neraka, yang tak salah masuk syurga. Tak kira lah kau Islam ke tak. Takde orang nak pertikai hak masuk syurga atau hak masuk neraka. (ye lah sebab syurga neraka mana manusia nampak, sebab tu takde orang pertikai)

Hmm.. aku malas nak ulas lebih-lebih. Karang dikata politik. Tapi aku memang tak setuju dengan kenyataan Izzah. Aku ulang balik sebab apa. Sebab kenyataan itu macam Nurul Izzah takde rasa protective pada agama sendiri. Kena pula situasinya dia duduk dalam negara yang Yang Dipertuan Agong Malaysia (Ketua Negara) ini orang Melayu-Islam. Tu yang nampak macam ada sedikit LIKE HEK ELEH apa kebenda minah ni. Kamonnlah, kau ahli politik beragama Islam, kau tak rasa agama kau penting untuk dibangga dan ditegaskan kepada orang bukan Islam ke?

Chalo Asalamualaikom!




p/s : Dear Ah Chong, yang kau sembah almari merah ni pasal apa? Ting-tong?

November 05, 2012

Hidup


Merindui waktu sebegini. Aku adalah seorang lelaki kecil yang suka menyelit antara raksasa riang. Have some blast. Kick and play. Simple.