Disember 27, 2012

Terharu

Assalamualaikum. i often read your blog. i like the way you write and how you expressed your feelings and thoughts. at the same time, you interact with your readers. SPM was coming, so i did not read your blog for quite sometime. well, SPM was over so i finally have all the time to myself. i opened your blog yesterday and go through all the post that i missed (almost all). about your dilemma. to carry on with terfaktab or not. i don't know if you have made your decision or not. but here's what i think. 

TERFAKTAB. i found out about this blog from my brother. mula mula rasa macam 'menatang apa la yang abang aku suruh aku bukak ni'. then bukak and baca. masa tu baru form 3. kecik sangat kot untuk tahu the definition of love. my first love was when i was form 3. we broke up after 4 months. after tu baru bukak terfaktab. menangis jugak la kalau baca post yang memang menusuk tangkai jantung. since then, i followed terfaktab. SPM tak bukak. so after SPM bukak balik. i am impressed. you guys have improved a lot and yes, improving day by day. a job well done. thanks to you guys, i finally know what love is all about. and how to be better and heal after each broke up (bunyi macam banyak je pakwe aku dulu kan). Alhamdulillah, i can handle myself quite well when it comes to love, thanks to terfaktab.

when i read you post dekat blog about choosing either to continue or give your position to someone else, i was scared. scared that terfaktab will end OR will not be the same. i am 100% sure that i won't be the same since someone else is on your chair. i know yang kerja ni pendapatan tak tetap la, tak menjamin masa depan la or anything yang sewaktu dengannya. but i do believe that Allah dah tetapkan rezeki masing masing. and rezeki is everywhere. i don't know why but i just believe that this is yours. start from bawah kan. from blogspot to now, you guys have achieved more than 2 million viewers. and that is your effort i believe. effort to put everyone together. if it wasn't for you, none of this will happen. so please, i really hope that you will stay and keep on rocking terfaktab. i know that i am not in your shoes, but i don't know. i really want you to stay. and keep on doing what you've been doing all this while. without you knowing, you have helped a lot of people. especially the heart broke one. 

i know that at the end of the day, you have to make your own decision. it's your life so why the hell orang lain kena decide kan for you kan. so yeah, whatever your decision in the future, i will respect it. because i know that it will be the best for you. sorry if this email hurt you or you feel offended. demi Allah, takde niat pape pun. just nak share my thoughts. i am not used to keep my thoughts to myself, will express it through writing. i am sorry truly and deeply sorry. if you read this, thank you a lot. thank you for terfaktab. thank you for making me understand what love is and how to handle myself. thank you for everything, Aqram. 

truly,
Azzatul Syahira Mohd Shah 



Nota : Terima kasih terima kasih terima kasih terima kasih atas kiriman email ini. Aku rasa nak buat group hug. 


Disember 25, 2012

Di Sisi Sendiri

Abang tak pernah cakap pada sayang 4 perkataan ini kepada sayang selama kita kenal; 

Abang minta maaf, sayang

Tapi, sayang pun tak pernah katakan apa kesilapan abang. Abang cuma nak dengar dari sayang sendiri sebenarnya. Abang akui. Yang abang leka mengejar kekayaan yang abang mahukan sebab... abang tak nak sayang hidup susah.

Air mata yang mengalir di mata mu itu telah membuatkan aku kecewa pada diri sendiri. Kecewa kerana tidak dapat memberi masa untukmu. Jika abang boleh memutarkan masa kembali. Abang akan jaga cinta ini sebaik-baik cinta yang semua orang impikan.

Sebab. 
Sekarang baru abang rasa apa itu yang dinamakan kehilangan. 
Kehilangan orang yang selalu rindu dan selalu ada untuk diri abang.

Sedarkah kau yang aku rasa malu untuk meminta peluang kedua dari mu? 
Tetapi aku memerlukannya untuk menebus kesilapanku.

Ya aku mengaku. 
Aku leka dengan dunia. 
Leka dengan kerja sampai kau rasa terpinggir. 
Kini, bila aku sedia. 
Kenapa kau hendak meninggalkanku?

Aku tidak pandai melafazkan cinta. 
Yang aku pandai ialah menyimpan gambarmu dalam dompetku dan menatap bila aku rindu.

Cinta yang pudar jangan dikejar. 
Namun cinta yang pudar itulah yang buat aku tersedar.
Seperti bintang di waktu malam yang dingin dan makin menjauh. 
Semakin jauh aku melihat kau diam membisu tanpa kata.

Jangan kahwin dengan dia. 
Jangan. 
Please jangan. 
Itu menghancurkan hatiku.

Ya aku sedar. 
Janji tidak menghasilkan perkahwinan. 
Hanya aksi yang menghasilkan pernikahan.

Terlewat mengakui kesilapan lebih perit dari terlewat mengakui cinta

Tak mungkin sayang. 
Tak mungkin cinta itu akan datang sendiri jika aku sedang mengejar dirimu pada saat ini. 
Aku cintakan kau. 
Itu saja.

Perjalanan cinta kita habis di sini saja nampaknya.

Hati yang hancur kerana kehilangan. 
Tidak dapat di isi dengan kehadiran orang lain buat masa ini. 
Hanya membuatkan lebih ramai org terluka.

Biarlah diri ini meratapi kehilangan akibat mempersiakan cinta. 
Biarlah air mata ini habis membasahi kekesalan. 

Biarlah.

Pergi Sendiri

Biar dia pergi tanpa kerelaan kita.
Walaupun kejam dalam dunia.
Percayalah ada cinta lain lebih baik di akhirnya.

Dia pergi.
Pergi waktu kau memerlukannya.
Pergi bila kau mahu bersamanya.
Pergi dan kau melepaskannya tanpa penjelasan.

Dan kau hidup seakan kau bersamanya.
Kau tulis surat untuk dia yang pergi.
Kau simpan dan kau menangis sendiri.

Kau lihat gambarnya.
Tanpa kau sedari, jernih matamu lerai di atas gambar itu.
Kau menangis lagi dan mengatakan.
Kenapa kau pergi meninggalkan ku?

Keseorangan dalam perasaan hiba.
Malam yang semakin lena.
Kau rasa tak layak untuk dia.
Tapi hati kau jelas berkata ;

Aku mahukan dia di syurga sana.

Hapuskan kenangan yang kau bina bersama.
Pergilah cari hikmah untuk diri kau sendiri.
Ketiadaan itu sementara kerana aku percaya.....


Kau yang terbaik pernah berlaku dalam hidupku.

- end

Disember 12, 2012

Anjakan Kawandigma

1. Kurangkan mencarut. Sebab kalau mencarut terlalu banyak sekalipun, tetap kau takkan dapat lompat lubang besar yang ada di sekeliling Stadium Bukit Jalil itu. Tetap tak dapat rentas ke padang dari tempat penonton.

2. Jangan bash orang teruk sangat. Padahal dia member kau sendiri. Rilek-rilek sudahlah. Member kau pun ada hati dan perasaan jugak. Mula-mula member tu rasa insaf, tapi lama-lama bertukar rasa menyampah. Satu hal jugak tu.

3. "Kau tak kenal aku lagi"

Ini bukan masalah kau tak kenal orang itu, atau orang itu tak kenal kau. Ini bukan masa untuk sesi berkenalan lah, bangang. Ini masa untuk kalau buat benda betul teruskan, buat benda salah, ubah. 

4. Kadang-kadang kalau kau berada dipihak yang benar sekalipun, belum tentu semua perbuatan kau itu betul. Adakalanya, kau ada buat silap tapi kau tak sedar. 

5. Semua orang bukan bermula pada garisan yang sama bila bersahabat. Jadi, tak perlu lah letak siapa baik atau siapa jahat. Siapa lama, siapa baru. Siapa bagus, siapa sampah. Reti-reti sikitlah hormat orang lain. 

6. Penat juga menjaga manusia. Lepas ini aku bercadang nak bela babi pula.

Disember 05, 2012

This Is December, So..

Bulatan Bulatan Manusia

1. Buat baik kerana Tuhan, buat jahat kerana kawan-kawan. Jadi, pilihlah kawan yang betul. Kawan dengan doktor, masyarakat akan fikir kau juga seorang doktor. Padahal kau hanya kerja kilang. Macam kau berkawan dengan Alexia Aqram. Mungkin akan ada orang cakap kau penulis Terfaktab jugak. Heh.

2. Buat jahat kerana kawan-kawan ini lebih kepada perkara jahat yang tidak menyusahkan orang. Bukan buat jahat yang menyusahkan masyarakat. Biarlah mereka yang faham menghadam maksud ini. Yang tak faham, teruskan kehidupan.

3. Nampaknya sudah mula ramai orang bercerita pasal politik. Malasnya.

4. Shah Alam semakin kotor.

5. Semakin ramai orang suka tidur sekarang ini.

6. Perempuan semakin cantik dengan bantuan maskara.

7. Perkahwinan itu memang boleh jadi sebuah label. Label supaya kau ada hak dan yakin. Macam confirmation. Kalau kau tak percaya apda perkahwinan dan mengatakan perkahwinan itu bullshit, useless. Kau kata buat apa nak berkahwin kalau dah boleh hidup macam orang berkahwin? Tak mengapa. Kalau ada orang kebas teman wanita kau, jangan marah. Cuba kalau kau berkahwin, at least adalah juga orang yang sedar dan fikir ;

"Takkan lah nak kebas bini dia"

Kalau tak memang dia fikir ;

"Ah baru teman wanita, ada peluang nak kebas"

Faham?

8. Aku pernah terfikir. Kewujudan Hadith seolah ada orang dok follow Rasulullah SAW 24 jam. Ada siapa-siapa boleh terangkan?

9. Lesu

ok cukup. sekadar melepas gian menulis di blog.