Februari 20, 2013

Henti

Satu langkah lagi.
Satu langkah ke arah sana.
Langkah kecil yang sekata.
Tanpa takut dan risau.
Langkah pertama yang menentukan segalanya.

Jangan takut sayang.
Aku sebentar saja pergi.
Kau akan rasa seketika.
Ketiadaan aku ini bukanlah mutlak.
Aku hanya mahu masa sendiri.

Biarlah langkah ini bersendiri.

Arah itu menunjukkan.
Tiada penghujung cinta kita.
Tiada permulaan cinta kita.
Tanpa sedar, rasa itu ada.
Pelik bukan?

Mencintaimu untuk hari ini.
Ku harap sama seperti hari-hari seterusnya.
Kerana langkah ku ini membawa dirimu.

24 lautan.
24 awan.
24 kegagalan.
24 percubaan.

Kau masih belum aku capai.
Dan rupa-rupanya aku ini hanya lelaki kedua.
Tak sangka.

Selamat bergembira dengan jodohmu.

8 ulasan:

Shakira Pathi berkata...

sadis betul kena treat macam ni

Wadi AR berkata...

umur aku 24. kakaka

Arai Lekir berkata...

sedih betul

free compass berkata...

lelaki kedua lebih baik daripda jadi lelaki ketiga dan keempat dan seterusnya.

free compass

KonspiMaker berkata...

Retak.

Proletariat obscura berkata...

Mcm Sakuragi Hanamichi...

Ninie berkata...

aku lak perempuan kedua hrmm

NH berkata...

Ahh sadisnya :(