Februari 25, 2013

Penerbitan Alternatif : Indie-ke?

Berkunjung ke rumah TITI petang tadi sempena forum Buku Indie (ke?). Aku rasa kelakar tentang forum ini lalu menanyakan soalan kelakar kepada Maryam. 
Sebenarnya tak lah kelakar, aku cuma nak tahu apa dia nak dalam buku-buku (alternatif) ni semua?
Dia nak jalan cerita yang baik-baik ke?
Dia nak bahasa yang tinggi-tinggi ke?
Dia tak nak ada bahasa kesat dan carutan ke?
Dia tak nak ada unsur-unsur negatif ke?

Apa yang dia nak tu aku nak tahu.

Tapi aku boleh pulak bertanya tentang bahasa. Dia nak bahasa baku atau bahasa santai? (menggayakan suara bahasa baku)

Si Maryam jawab dia nak naratif cerita tu biar baik. 

Oh kiranya dia nak jalan cerita tu baik dan bahasa jangan lucah. 

Ok. Lalu aku ketawa lagi. Ketawa sebab lain-lain point aku dengar orang berforum rasa macam takde point.
Sebagai seorang kapitalis.
Ya aku akan terbitkan buku untuk orang macam Maryam satu hari nanti. Mana tahu orang macam Maryam ni ramai. Kapitalis akan buat apa saja untuk menjual jika ada permintaan membeli.

Tapi, sebagai seorang pencinta bahasa, penerbit, penulis dan pembaca.
Jalan cerita kalau tak baik pun, tetap perlu diceritakan.
Bahasa walau lucah sekalipun, tetap perlu didengarkan.

Sebab apa?
Sebab dari yang buruk kita akan belajar untuk terus menjadi yang baik.
Jika semua baik, apa guna syurga neraka?

Ini benda real kan?


p/s : Sampai sekarang aku masih kelakar. Something betei.

2 ulasan:

KonspiMaker berkata...

masing-masing ada rasa.

4feet8 berkata...

err takpernah join. tapi teringin nak tgk satu hari nanti.