Februari 14, 2013

Penerbitan Alternatif

"Buku-buku ni semua buku-buku sampah, tak lama lagi akan lenyap lah trend buku Indie ni. Buku-buku sastera tinggi juga yang akan kekal"

Aku dengar dan hadam sambil berkata dalam hati;

"Aku sendiri membaca buku-buku karya sasterawan negara. Bahasanya tinggi dan tak semua faham. Aku olah dalam bahasa mudah. Apa masalahnya?"

Pertama. Aku tak suka namakan penerbitan atau pun buku INDIE. Aku tak rasa ianya indie. Hanya orang bangang saja akan katakan ia Indie. Sebab dia tak faham maksud Indie. Aku lebih suka katakan sebagai alternatif. Penerbitan alternatif dan buku alternatif. 

Penerbitan indie? Kejadah apa indie kalau kaut profit? Buku indie? Kejadah apa indie kalau cetak kat kilang cina?

Kedua. Penerbitan indie tak wujud. Self-published wujudlah. Jadi, hentikan istilah penerbitan indie. Indie itu untuk terma Do It Yourself. Ya, buku indie wujud. Itupun bila orang yang tulis tu tulis sendiri, design sendiri, cetak kat kedai photostat 4sen , binding sendiri dengan stapler, dan jual sendiri seperti letak kat gig, event buku alternatif seperti frinjan dan art for grabs. Yang itu indie. Paling tidak nak cantik buku tu pun, hantar ke kilang dengan modal sendiri. 

Kalau tak buat tu semua, itu bukan Indie. Kalau kau tulis sendiri, dan kau hantar kat syarikat penerbitan macam aku or Lejen Press or FIXI dan banyak lagi. Mereka yang uruskan proses production buku kau. Itu buku alternatif. Tahu sebab apa alternatif? Sebab proses editing penulisan kau tak serumit dan birokrasi macam penerbitan bukan alternatif.

Ketiga. Apa yang aku faham mengenai penerbitan alternatif dan bukan alternatif ni mudah sahaja.

Penerbitan alternatif; You write, we publish, we pay you.

Penerbitan bukan alternatif; You write, we edit, we edit again, oh you have some words blah blah blah, we will change the story  little, OK we publish. Ok you are not popular writer, we pay you just like this.

Itu saja.

Ngerti?

2 ulasan:

berkata...

Ngerti.

TheBentPencil berkata...

Dan lagi satu tentang penerbitan alternatif--

kita mahu melawan formaliti dan susunan sastera "normal" yang diagung-agungkan pejuang bahasa purist tu.

nak dengarlah sikit saya membebel--sebenarnya sebelum Terfaktab Media saya bekerja di sebuah syarikat publishing/terjemah/editing/copywriting. bahasa yang kami guna, formal dan teknikal. rujukan kami, DBP. Buku kami--semua untuk kegunaan rasmi.

Tapi nak tanya--dalam 3-4 buku yang kami release sebulan--siapa baca? siapa baca? Pernah nampak dekat Mall? Bookstore? Kedai?

Haram takde.

Bitch please? Siapa baca formal noawadays.

*tapi kerja dengan dia saya dapat gaji halal so whatever-lah*