Mac 06, 2013

Apa Yang Aku Lihat Tentang Lahad Datu

Pertempuran. Akhirnya pertempuran berlaku juga dan Malaysia menghadapi musuh yang pernah Malaysia bekerjasama membantu bangsa ini tertindas dek perperangan di Selatan Filipina. Mengenai pertempuran aku tak mahu ulas kerana ramai orang telah mengulas.

Kita bercakap mengenai geo-politik Sabah dan Sulu. Yang amat rapat dan unik.
Kita bercakap mengenai 4 pihak dari selatan Filipina. Sultan Kiram, MNLF, Sultan Bantilan dan MILF.
Sultan Kiram dan MNLF itu saling sokong menyokong. Sultan Bantilan dan MILF (pecahan MNLF) juga saling sokong-menyokong. Filipina? Pecah dan perintah.

Berapa ramai orang Sabah yang dapat title 'Dato' dari Sultan Kiram sebab melabur di selatan Filipina? Ramai.
Malaysia membantu pejuang MNLF berlindung dari dibedil tentera Filipina sewaktu konflik. Kita jadi pasukan pengaman.
Berapa ramai tabligh dari orang-orang Sultan Bantilan datang ke Sabah untuk mengajar Islam di Sabah? Ramai.
Malaysia membantu pejuang MILF mendapatkan autonomi dan berdamai dengan Filipina agar tiada lagi pertumpahan darah. Kita jadi orang tengah, perdamaian.

Aku tidak hairan dengan projek IC. Sememangnya niat asal projek IC adalah untuk memberi peluang orang Sulu yang miskin dan tertindas di Filipina untuk mencari nafkah di Sabah. Terutama yang beragama Islam. Mengapa tidak? Ini Malaysia. Negara Islam berkebajikan. Sama seperti ramai orang selatan Thai yang ada dua IC sebab nak dapatkan perlindungan sewaktu konflik selatan Thai (ingat lagi kes Tak Bai?) dan juga beri peluang cari rezeki di semenanjung Malaysia. Cuba kau kira berapa banyak kedai tomyam orang Siam di semenanjung? Tak terkira. Dan kita semua suka makan tomyam. Tak bising-bising pun pasal mereka padahal mungkin mereka pendatang asing membanjiri negara ini. Kan?

Bagi aku. Ramai orang semenanjung (rakyat semenanjung) kurang faham hal geopolitik Sabah. Mungkin juga kurang membaca dan kurang ambil tahu. Jadi, mereka suka buat andaian dari perkara seperti;

Sultan Kiram ahli UMNO dan Pekida. Maka, salah UMNO.

Aku tak pelik. Sebab dikatakan industri burung walid selatan Filipina berkembang dan dibawa masuk ke Sabah oleh Sultan Kiram khabarnya. Ada sumbangan yang Sultan Kiram beri pada ekonomi Sabah sampai dapat macam itu. Malah dikatakan sebagai mengambil hati Sultan Kiram agar tidak menuntut Sabah lagi. Mahu Sultan Kiram tinggal di Sabah dan menjadi orang senang di Sabah berbanding jadi orang susah di Filipina. Biar tiada kuasa, tapi hidup senang dan gembira.

Malah ada juga berpendapat untuk menjadikan orang Sulu itu juga berbangsa Melayu. Dan yang lebih penting, Sultan Kiram memang berulang-alik Filipina ke Sabah secara kerap seperti Sabah itu rumah kedua. Aku rasa itu keistimewaan yang menarik. Seperti keistimewaan Shah Rukh Khan yang dapat title Dato dari Melaka sebab sumbangan perniagaan Shah Rukh Khan pada ekonomi Melaka. Aku dapat khabar dari orang Melaka sebab Shah Rukh Khan memajukan perlancongan dan hartanah Melaka melalui syarikatnya. Orang Melaka lah kabor. Aku percaya sebab sememangnya title 'Dato' selalunya diberi untuk mereka yang berjasa pada negeri masing-masing. Kalau beli tu, wallahualam. Dari Shah Rukh Khan beli title Dato kat Melaka. Baik beli title Sir kat United Kingdom. Lagi class.

Ok. Kembali pada hal Sabah-Sulu.

Perkahwinan orang Sabah dan Sulu. Ramai. Guru-guru agama Islam mengajar di surau dan pondok juga ramai dari orang Sulu. Perniagaan orang Sulu di pesisir pantai dan pekerjaan nelayan di Sabah telah berlangsung sebelum projek IC lagi. Sebelum Sabah masuk Malaysia lagi. Malah beratus tahun sebelum itu. Sulu dan Sabah itu saling melengkapi sama seperti suku-suku kaum lain di Sabah.

Jadi, apa yang menyebabkan pertempuran ini berlaku?

Kerana hasutan. Ia bukan bermula sebab Sabah menyertai Malaysia. Kalau bermula kerana itu, sewaktu Sabah menyertai Malaysia 1962 lagi orang-orang Kesultanan Sulu akan menyerang seperti Indonesia menyerang Malaysia pada era Konfratasi Indonesia pada tahun itu juga. Takkanlah dah selepas 50 tahun baru nak menyerang? Tak logik.

Jadi. Ia kerana hasutan. Hasutan yang bermula selepas berjayanya perjanjian damai MILF dan kerajaan Filipina yang membuatkan MNLF sangat berang. Juga membuatkan Sultan Kiram terasa hati. Lebih penting, dikhabarkan adik sultan Kiram yang menyerang ini pro kepada MNLF.

Dua pihak bermusuh. Ada sebab mengapa MILF. Kerana kerajaan kita komited dan terhutang budi pada MILF dan juga pada Sultan Batilan dalam mengembangkan syiar Islam. MNLF walaupun juga dari orang Islam tapi mereka berpegang pada idea Nasionalis. MILF pula Islamik. Lagipun, Sultan Bantilan berjuang mahu memerdekakan Moro. Sultan Kiram tidak. Dia hanya mahu Sabah. Jika Sultan Kiram dapat Sabah. Kemungkinan besar Sabah akan berada di bawah Filipina. Sultan Kiram dan Filipina ada matlamat yang sama mahukan Sabah. Sedangkan Sultan Batilan sudah awal-awal mengumumkan bahawa mereka lebih rela Sabah di bawah Malaysia kerana peluang mencari nafkah yang banyak, tak seperti di Filipina. Tambah pula Malaysia sebuah negara Islam. Filipina? Naharomm Islamnya.

Maka, siapa yang menghasut sampai terjadi pertempuran mengorbankan nyawa ini? Menghasut sampai adik Sultan Kiram berbuat begini? Sampai MNLF mahu menyerang Sabah?

Anda boleh meneka orang itu, kan?


p/s : Bila lihat balik perkara ini, siapa yang lebih ke depan dalam membantu mengembangkan syiar Islam di sana? 















Gambar-gambar hiasan.


Perjumpaan Anwar Ibrahim dan ketua MNLF Nur Misuari yang dirakam sebulan dua sebelum pertempuran


Perjumpaan Menteri Pertahanan dan wakil Sultan Bantilan (mufti SSDI) yang dirakam baru-baru ini.

8 ulasan:

Innanie | Ariffin berkata...

terbaik dan entry ni memberi penerangan yang bagus!

dahlia qaseh berkata...

tak ramai yang nampak benda ni.. payah. even dah bermata 4 pun

MUHAMMAD MUQARRABIN berkata...

Terima kasih kerana kaji sejarah bagi orang faham. SSDI ni berjuang cara Islam (total) dan lebih kepada keamanan.

AnneHilda berkata...

well said.. tq for sharing d infos to all :)

Akhelaken berkata...

drop here & follow :)

saifullizad berkata...

bagus...teruskan usaha utk menegakkn kebenaran yg selama ni byk diputarbelit...sebarkan lg maklumat ini supaya Islam terus diperjuangkan...

NH berkata...

Terbaik :)

Syaaafii berkata...

terima kasih. faham dah sekarang :)