Mac 24, 2013

Kerana Duit?

Aku pernah memberitahu tentang sejak akhir-akhir ini aku sudah kehilangan masa dan bakat untuk menulis kerana dalam otak aku sekarang bergelumang dengan pengiraaan dan aliran duit dalam menguruskan Terfaktab.

Jadi, ada orang fikir. Aku melakukan ini semua kerana duit. Aku mata duitan. Aku tak pentingkan pelanggan.

Yang bab tak pentingkan pelanggan itu terjadi sebab aku meluah tentang ada sebilangan pelanggan yang kerap bertanya tentang pesanan mereka seperti ;

1. Kenapa takde respon? 
2. Kenapa tak pos lagi?
3. I dah masukkan duit, kenapa tak dapat apa2 notification?

Bagi aku soalan ini mudah dijawab kerana kami boleh menyemak status-status tersebut. Cuma, bila soalan sebegini ditanya pada hari cuti umum atau hari Ahad misalnya. Dan kemudian, soalan itu diulang tanya setiap 2 jam oleh pelanggan yang sama. Mencabar juga kesabaran. 

Atau mungkin seperti soalan ;

"I dah bank in hari Jumaat malam, kenapa barang I tak dapat lagi?" (pelanggan ini bertanya soalan ini pada hari Ahad)

Aku cuma rasa. Apakah? Kan Sabtu Ahad adalah hari cuti? Lagi pula ini Sabtu minggu pertama, pejabat pos tidak dibuka? (monolog aku  sewaktu membaca mesej ini). Jangan risau adik, akak, dan abang sekalian. Pesanan anda tetap selamat dan kami akan proses. Itu memang tanggungjawab kami.

Sebenarnya, aku rasa perkara ini nampak remeh, tapi sebenarnya ia serius. Serius kerana ini rupa-rupanya mentaliti atau tahap pengetahuan am sebilangan orang. Jadi, tanggungjawab memberitahu hal ini sudah terletak pada bahu aku untuk mengulas dan memberi komen.

Kamu ingin tahu waktu kerja kami?

Kami bekerja 5 hari seminggu menguruskan pesanan anda. Sabtu dan Ahad kami cuti. Kami bekerja menguruskan pesanan anda dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Dari jam 9 malam hingga 2 pagi pula kami bekerja lagi untuk menguruskan hal ehwal penerbitan dan penulisan. Itu belum campur lagi jika ada acara yang memerlukan kami berniaga ke luar kawasan. Paling tidak pulang pada waktu malam.

Sebab itu aku lancarkan car-bootsale. Hanya dua hingga tiga jam berniaga, tidak membuang masa. Gunakan kuasa media sosial untuk menentukan tarikh dan tempat untuk memberitahu kepada pelanggan. Menjimatkan kos dan lebih efisyen.

Jadi, jumlah waktu kerja kami ialah 12 jam sehari. Tolak lah sejam dua untuk makan-makan. Itulah realiti kami sebagai seorang young professional atau young entrepreneur. Realitinya kami memang bekerja lebih waktu dari kamu yang mungkin bekerja makan gaji 8 jam sehari campur OT sejam dua. Maka, boleh tak berikan ruang pada kami pada hari Sabtu dan Ahad untuk menikmati hidup?

Jadi, berbalik kepada dakwaan aku hanya mahukan duit.

Ya. Memang aku mahukan duit. Tanpa duit, perniagaan tidak berjalan. Tapi!

Aku bukan lakukan kerana duit semata, aku lakukan kerana aku cintakan pekerjaan penerbitan ini. Mencintai dunia penulisan. Kepentingan duit hanya untuk survival perniagaan ini. Untuk membayar apa yang hak. Jika tiada perniagaan ini sekalipun, aku akan masih terus menulis. Ya, secara percuma. Mungkin di blog. Mungkin di atas lampiran kertas yang kemudian aku beri pada rakan-rakan membacanya. Ini semua kerana aku menyukainya. Passion orang putih cakap.

Aku hanya mahu jadi kaya? Tidak. Aku hanya mahu hidup selesa. Sederhana. Itu saja.

Cuma pada hari ulangtahun kelahiran aku yang lepas aku ada wish untuk mengumpulkan wang sebanyak 1 juta ringgit pada tahun ini. Itu bukan sebab aku nak jadi kaya.

Tapi aku buat untuk si gadis (aku masih mencari), yang bertuah kerana berjaya memiliki hati aku ini. Ewah. Beg Hermes Birkin sebagai hantaran ok?



p/s : Hehehhee. :P

4 ulasan:

Emma Amir berkata...

Some people just don't get it. Sabar lah ya?

(ah, nasihat cliche)

~Hanie Ladyhlomanie~ berkata...

Hope Terfaktab akan terus menerbitkan buku2 yg membuka pemikiran orang2 sekrang :) Akan beli setiap bku terfaktab yg akan datang :)

Johnny Deville berkata...

Salam Alexia Akram,

1. Saya sampai ke sini kerana seorang perantis (apprentice) saya yang well, 'faktab'
2. Dia mencari jalan keluar dari 'kefaktaban' itu dengan berguru pada yang lebih tahu i.e. saya
3. DUA elmu yang tidak diajar di sekolah dulu (walau ada elmu jahitan kia dan sulam dalam KHB) i.e. elmu buat uang dan elmu buat pasangan/kekasih
4. Saya mengajar elmu yang 'latter' itu
5. Saya ingin menyumbang dalam 'terfaktab'
6. Kerana saya sakit hati dan rimas melihat tahap err...kefaktaban jantan2 maupon perempuan2 esp. di sini (nak tolong sebenarnya, saja buat lansi)
7. Boleh rujuk tulisan saya dalam www.daratcrocs.blogspot.com
8. Dan sahsiah perilaku saya dalam fb: AHMAD ZAIDI MASRI
9. Dalam dunia 'bawah tanah' kami beroperasi di mansion berharga RM22M (Q&A later), dan saya dikenali dengan alter-ego JD (faktab, I know)
10. Kenapa saya tawar diri? Kerana saya sudah ada lebih 10000 jam dalam bidang ini (simple math: perempuan pertama saya telanjangkan umur 6 tahun X 1 jam sehari X 28 tahun = 10220 jam kredit)

Salam lagi,
JD

PS Akram, saya boleh bantu anda dapatkan teman wanita dalam kurang dari 3 bulan, atau wang dikembalikan (pun intended)

Johnny Deville berkata...

*Maaf, bila baca #10 sekali lagi sounded 'paedophile', jadi saya nak betulkan = perempuan pertama saya telanjangkan ialah sewaktu saya berumur 6 tahun (sama umur). Phew!