Mac 15, 2013

Servis Satu Malam

Servis Satu Malam adalah buku kelima terbitan Terfaktab Media. Ditulis oleh Syahid Abdullah dan aku bertanggungjawab sebagai penyunting buku ini bersama rakan sekerja Gadis Jahat and the team.

Ulasan ringkas aku tentang buku ini mudah;

Aku suka makan. Aku suka memasak. Memasak bagi aku adalah sebuah terapi kalau aku rasa stress di dalam rumah kerana tak boleh menulis atau internet lembab macam haram. Jadi, aku memasak. Buku ini adalah khas untuk orang yang suka memasak dan suka makan macam aku, macam kau atau macam kau yang tak tahu masak tapi sembang kencang pernah makan kat hotel itu lah, kelab eksklusif ini lah.

Sebab, buku ini akan menerangkan kau tentang makanan yang kau suka akan membunuh kau. Apa yang kau makan akan membentuk perilaku kau. 

Covernya cantik. Ia dibuat oleh Gadis Jahat and the team. Aku ingat nak bagi bonus pada Gadis Jahat kalau buku ini menang pertandingan cover buku tercantik peringkat buku-buku alternatif kebangsaan (macam ada). 

Nah, ini gambar bukunya.


Ahad ini buku Servis Satu Malam akan dilancarkan di Annexe Central Market, Kuala Lumpur bersempena dengan acara Art For Grabs. Orang cakap ni event anak muda Pakatan Rakyat. Aku peduli apa walaupun aku more kepada Barisan Nasional. Semua event aku bancuh kasi pergi tanpa mengenal parti. Tadehal.

Jadi, marilah berkunjung ke sana dan mari dengar aku membebel pasal buku ini dan forum cinta ringkas yang Terfaktab anjurkan.

Jumpa di sana sabtu dan ahad ini. :D

3 ulasan:

Norasiah Nasir berkata...

saya duk utara. ada perancangan untuk jual online ke..tq :)

Kc Kasedah berkata...

K. NOTED.

ghost writer berkata...

tangan yang picit sos tuh pun mesti tangan gadis jahat. jahatnya dia..

nice syahid..