April 09, 2013

Aib

Aku tak pernah rasa kalau diri aku diperhatikan oleh orang sekeliling yang cuba ambil kesempatan, maka aku perlu berhati-hati dan takut. Aku tak buat salah. Apa aku perlu takut?

Diperhatikan manusia yang mungkin ada hasad dengki atau cuba menyailang sesuatu, aku ulangi yang aku tak pernah takut.

Aku hanya takut pada gerak-geri aku yang diperhatikan oleh Tuhan. Yang itu aku takut.

Aku tak takut pada kejatuhan. Aku hanya takut Tuhan jatuhkan aku dan malukan aku depan orang ramai. Membuka aib aku. Atau Tuhan takdirkan aku mati kemalangan dalam keadaan ngeri sampai tak kenal rupa apa dah.

Yang itu aku takut.

Yang itu banyak kali aku berdoa selepas solat. Aku minta banyak kali kepada Tuhan jangan menjebakkan aku kepada hal tersebut. Banyak kali juga aku doa masa kat Masjidil Haram supaya taknak berlaku perkara sebegitu.

Jadi aku berfikir.

Mungkin Anwar Ibrahim tak doa macam itu.

2 ulasan:

FataMorgana berkata...

Boleh jadi juga, aku juga mohon yang serupa......

Affyza Haron berkata...

awak tau tak kenapa bulan tak bercahaya malam ni?