April 17, 2013

Mark dan Steve

Bila baca Manifesto ekonomi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Aku teringat apa yg aku baca satira dalam The Economist. 

Situasinya di sebuah sekolah. 

John beri Mark $1. 
John beri Steve $1. 

John mahu Mark dan Steve beli apa saja barangan dengan $1. Siapa yg dapat beli barang paling banyak dalam tempoh 3 jam. Dia menang. John ingatkan bahawa tiada penipuan seperti mencuri. Siapa diketahui mencuri, serta merta tewas. Mark dan Steve memberi dompet mereka untuk memastikan mereka tiada duit lain. 

3 jam berlalu. 

Mark dapat beli pen, sebatang rokok, dan 4 biji gula2 dengan $1.
Steve dapat beli pen, pensel, pemadam, pembaris, sebatang rokok, dan 6 biji gula2 dengan $1. 

Steve menang. 

Tapi Mark hairan dengan Steve macam mana dia boleh membeli barang sebanyak itu dengan $1. Mark tuduh Steve menipu. 

Akhirnya, apabila John tanya pada Steve. Steve menerangkan bahawa dari $1, dia membeli sebatang pensel 30sen, dia dapat jual pensel itu dan mendapat 60sen. Kemudian, dia membeli sebatang rokok 40sen, dia jual semula rokok pada harga 70sen. dan seterusnya membeli dan menjual barangan lain sehinggalah setengah jam terakhir dia dapat kumpul wang sebanyak $3 untuk beli semua barangan itu. 

Mark tercengang dan John kata Steve bijak. 

Mark itu ialah Manifesto Ekonomi Pakatan Rakyat. Steve itu ialah Manifesto Ekonomi Barisan Nasional. Itulah kesimpulan saya. 

Sekian terima kasih.

4 ulasan:

cheah zinni zinnirah berkata...

sgt ekonomi

FataMorgana berkata...

i like you!

Mohammad Syukri Badaruddin berkata...

itu manifesto, realitinya...

Steve beli gula-gula Sugus 5 sen...
Yang lain masuk poket sendiri atau pun kroni...

Terpaksa loan kat kawan utk benda-benda lain...

Kahkahkah...

MUQARRABINZ berkata...

Manifestasi kedua-dua pihak langsung tidak menyatakan penerapan hukum tuhan dalam undang-undang negara.

Ini kalilah demokrasi.