April 08, 2013

Pilihanraya

Apabila bercakap mengenai pilihanraya. Kita secara umumnya akan bercakap tentang masa depan negara. Bercakap tentang siapa jadi PM atau bercakap tentang kelemahan dan kekurangan sesebuah parti.

Namun, aku tidak begitu. Dan aku harap kalian juga tidak begitu.

Pilihanraya bagi aku adalah pemilihan wakil kawasan setempat. Jadi, aku berprinsip untuk lebih bercakap mengenai hal ehwal kawasan setempat aku dahulu. Berbanding bercakap pasal hal negara yang lebih besar.

FIkirlah. Kita ini siapa hendak bercakap pasal ekonomi dan manifesto kalau kita ini hanya rakyat biasa, yang tidak mempunyai pengaruh dalam politik? Kita rakyat. Senang cakap, lebih baik bercakap hal tempat dan kawasan kita mengundi atau kawasan tempat tinggal kita dari bercakap hal seluruh negara yang sangat besar.

Oleh itu, aku ingin memberitahu tentang diri aku dan kawasan tempat tinggal aku.

Keluarga aku mempunyai dua buah rumah. Satu di Kulai, dan satu lagi di Bakri. Kedua-duanya di bawah parti DAP atau Democratic Action Party.

Kulai merupakan bandar yang 70 peratus dari bangsa Cina, 20 peratus Melayu dan 10 peratus India. Begitu juga Bakri yang mempunyai 60 peratus bangsa Cina, 30 peratus Melayu dan 10 peratus India. Aku bukan hendak bercakap mengenai politik perkauman. Tetapi, itulah hakikatnya tinggal di Kulai dan Bakri. Ia tidak seperti di bandar besar seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Johor Bahru dan lain-lain, yang orang Cina, Melayu dan India yang aku nampak lebih banyak tiga bangsa ini bergaul antara satu sama lain. Kulai dan Bakri? Trust me. Racist rate still higher and increase.

Kulai merupakan bandar yang sedang membangun. Bakri pula kawasan satelit bandar Muar yang baru hendak membangun. Di bawah DAP, Kulai dan Bakri maju tetapi ekonominya terlalu berkelompok dengan bangsa masing-masing. Maka, aku tidak gemarkan hal ini. Aku inginkan ekonomi yang lebih adil dan tidak berkelompok. Bagi aku, kedua-dua ahli Parlimen tidak berjaya nampaknya membawa suara yang aku inginkan ini dan mengubah sosio-ekonomi setempat. Lalu, aku berharap INIKALILAH, penduduk Kulai dan Bakri perlu ubah. Tukar DAP kepada parti yang lain. BN sudah semestinya.

Aku tinggal di Shah Alam. Sekarang.

Menetap di Shah Alam, dan mengenali Shah Alam membuatkan aku rasa di Shah Alam. Ekonomi setempat amat stabil. Shah Alam adalah kawasan 95 peratus dari bangsa Melayu. Maka, tiada masalah tentang hal keadilan ekonomi antara kaum. Maka, aku berharap biarlah Shah Alam ini terus kekal di bawah parti sekarang iaitu PAS.

Dulu. Aku menetap di Pulau Pinang. 

Komen ringkas aku mengenai Pulau Pinang. Aku harap Pulau Pinang kembali semula ke tangan Barisan Nasional. Sepanjang tinggal di Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Aku mengalami penambahan kos hidup. Dan itu membimbangkan. Jika Barisan Nasional boleh menurunkan kos taraf hidup, pilihlah Barisan Nasional. Percayalah. Harga rumah di Pulau Pinang dan barang basah benar-benar naik sejak Pakatan Rakyat mengambil alih. Ia tidak bagus untuk golongan menengah yang ramai di Pulau Pinang.

Aku mengundi di Parlimen Tenggara.

Bukan suatu yg pelik untuk lelaki yang kerap merantau mempunyai banyak tempat untuk menetap. Tenggara merupakan rumah besar untuk keluarga aku. Datuk, nenek dan moyang dikuburkan di sana. Walaupun keturunan aku pada asalnya di Muar dan Batu Pahat. Tetapi, datuk dan nenek aku memilih tinggal di Felda. Jadi, bagi aku Tenggara yang masih di bawah Barisan Nasional masih belum dapat menangani secara berkesan masalah gejala sosial anak muda di luar bandar untuk kawasan Tenggara. Sudahlah, aku dah cukup penat dengan masalah sosial remaja di sana. INIKALILAH, aku rasa perubahan perlu dilakukan. 

Sekian terima kasih mendengar celoteh aku.

4 ulasan:

hime s berkata...

aku mengundi kat muar, sg abong rasanya. ada betul la ko ckp, ikut kawasan. last time bapak aku ckp diorg x suka calon BN, byk mende x bes pasal calon tu, so diorg undi PAS. this year maybe ada perubahan kalau BN tukar calon.

MUQARRABINZ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MUQARRABINZ berkata...

Pasal pulau pinang tu aku rasa taraf hidup kami disini lebih baik dari sebelumnya. Harga rumah tidak ditentukan oleh kerajaan negeri tetapi pasaran.

Sistem kapitalis yang kita amalkan merupakan punca kenaikan harga dan ketidak sama taraf hidup rakyat. Kekayaan negara/negeri tidak sampai kepada rakyat secara saksama.

Ini berbeza dengan sistem islam yang bukan berteras demokrasi dan kapitalis.

Hajar Razak berkata...

aku suka idea hang . setuju. lebih kepada kawasan sebab aku orang penang . yang org atas komen pasal harga rumah tu, penang tanah dia memang mahal. tanah kecik, semua nak duk situ. tapi masalah peniaga ney . org melayu kena tidas. itu biasa. aku penah duduk tengganu, and now aku duduk serdang. aku rasa beza taraf hidup dia and beza bila mana DAP amek penang. janji nak buang tol bagai. ada sampai sekarang. aku rasa da taknak pecaya DAP dah. actually, sebagai rakyat, kita pilih la calon yang akan bantu kita. kepada parti, pepandai la korg nak namakan calon korang and kawasan dia kat mana. jangan manifesto pompang pompang. after 5 years, bagi alasan. salahkan kerajaan pusat bagai. pegi mam. if tak boleh buat, fikir sebelum dapat. da dapat, tak buat. bagi alasan .