Mei 30, 2013

10 Sebab Untuk Aku dan Diri Aku Masih Begini

Sepatutnya, aku ingin tulis mengenai aku dan wanita. Apabila aku melihat pelbagai wanita di depan mata. Wanita yang bercakap accent British, wanita yang bermain Iphone kerana Instagram semata, wanita yang membaca buku dan yang paling lucu (mungkin), wanita yang memakai warna yang salah pada baju tetapi obses pada kecantikkan diri sendiri. Ini semua buat aku jadi buntu. 

Jadi, aku ingin menyenaraikan 10 sebab. Tanpa sebab untuk aku menyenaraikan 10 sebab walhal mungkin tajuk karangan ini boleh ditulis sebagai 'Aku dan Wanita', 'Kenapa aku tak kahwin lagi?', 'Kenapa aku seolah senang dipijak', 'Kenapa aku seolah berlagak dan acah-acah garang' dan banyak lagi. Haram jadah betul.

1. Aku belum cukup bersedia untuk memasuki lingkungan perempuan berkelas tersendiri.

Kelas tersendiri ini bermaksud. Kau boleh lihat perempuan itu melalui apa yang dipakai, apa yang ditunjukkan pada akaun Twitter dan Instagram atau apa yang dibincangkan dalam perbualan. Kelas tersendiri rata-ratanya bagi aku cukup menjengkelkan. Tetapi, aku menerima hakikat bahawa perempuan kelas tersendiri sememangnya cantik. Aku bagi markah 80% ke atas dari segi kecantikkan. Kita akan jumpa perempuan yang cantik tapi bodoh akalnya (bimbo). Kita akan jumpa perempuan yang cantik tapi sombong perilakunya (bingai). Dan kita akan jumpa perempuan yang cantik tapi biasa-biasa katanya (bajek).

Aku bernasib baik. Aku dihadiahkan seorang BFF yang cantik tapi cerdik akalnya (brilliant). Disebabkan itu, aku masih gagal mencerna perempuan yang ada kelas tersendiri. Cantik beg Gucci you.

2. Wang ada, kerja OK, rumah ada, kereta ada, perasaan yang tak OK.

Lelaki seperti aku yang mengalami trauma dalam percintaan (eceh) sememangya ada sedikit perasaan gusar dalam bercinta lagi atau mendirikan rumah tangga. Apatah lagi dikelilingi oleh persekitaran yang majoritinya perempuan. Aku yang suka kerja melibatkan pergaulan, tidak dapat elak dari perasaan crush, rasa ingin beritahu 'Hey saya suka awak, jom kita keluar', rasa ingin mendekati, rasa ingin disayangi (muntah) dan banyak lagi. Kerana itu hakikat kerja melibatkan pergaulan sosial. Kita bukan seperti pekerja kilang yang 'moon to moon' (pergi kerja tengok bulan, balik kerja pun tengok bulan) atau pekerja gomen yang penuh rasa malas dalam diri.

Aku, kalau aku tak bekerja (keluar berniaga), aku takkan ada duit untuk 2 bulan seterusnya. Takkan boleh menampung perbelanjaan syarikat. Pekerjaan aku memerlukan 3 minggu kerja yang memenatkan dan 2 minggu percutian yang mengindahkan. Memang kerja aku tidak memerlukan punch-card (bangun awal pagi), tetapi kerja ini sampai ke lewat malam. Thank god aku hanya perlu melihat sebuah bulan sahaja iaitu waktu malam.

Jadi, itu lah yang ingin aku sampaikan walaupun aku tahu, mungkin ada yang tidak faham. Senang cakap, kerja aku perlu membuatkan aku menjadi seorang yang peramah. Perlu bersosial. Aku ingin bertanya, sesuaikah aku dipadankan dengan perempuan anti bersosial?

3. Perempuan anti-sosial.

Ada banyak definisi perempuan anti-sosial. 
a) Perempuan yang hadap phone 24 jam untuk online
b) Perempuan yang hadap game Candy Crush 16 jam
c) Perempuan yang jarang keluar rumah
d) Perempuan yang fikir dia anti-sosial maka memenuhkan gambar dalam akaun facebook, instagram atau twitter dengan muka camwhore dia sahaja
e) Perempuan yang suka baca puisi tapi tak pandai tulis puisi (cerita lain)

Aku cuma nak cakap satu sahaja. Jika padan dengan aku, sila share entri ini dengan kawan-kawan.

4. Aku ada impian dan aku tidak jamin impian boleh tercapai.

Berkata kepada diri itu perkara normal. Ingin itu dan ingin ini. Kesudahannya aku hanya melafazkan satu kesimpulan iaitu;

"Kalau tak rajin berusaha, takkan dapat."

Lalu, aku teruskan perjalanan dengan masuk gear D.

5. Ramai orang tidak memahami aku tetapi berlagak macam memahami diri aku.

Ada banyak kawan sebegini dan kadang-kala aku cukup rasa jengkel. Dia fikir dia siapa? Oleh kerana perkara ini membuatkan aku rasa menjengkelkan. Maka aku habiskan sebab-sebab ini sampai yang kelima kerana aku tak sanggup hendak melihat manusia (dalam lingkaran) terlalu cepat jump to conclusion mengenai diri aku.

Aku. Adalah lelaki yang bercakap atau menulis sambil memberi makna 5 lima langkah ke hadapan apa yang aku maksudkan. Tidak ramai orang akan faham konsep psikologi yang pernah diaplikasi oleh Ibnu Farabi ini. Apa yang aku boleh contoh ialah mengenai Ibnu Farabi;

Hari ini dia tulis satu nombor. Esok lusa nombor yang ditulis itu jadi kejayaan.
Hari ini dia beli tali. Esok lusa jadi sebuah gitar lengkap.

Itu adalah aku dan sebab aku hidup dalam dunia yang mencabar ini.

6. Demi Tuhan, aku tulis yang ke-enam ini kerana dalam hati aku tersimpan satu dendam. Aku sudah penat melihat perempuan (juga segelintir lelaki) yang memandang rendah pada aku. Dan aku memasang niat untuk memandang rendah pada mereka ini pada suatu hari nanti.

Aku akan jadikan mereka nampak bodoh di khalayak ramai supaya mereka sedar. Jangan pandang rendah pada orang lain.

Noktah. Empat lagi sebab aku simpan kerana aku tak mahu sebab-sebab aku menjadi diri aku sebegini, diketahui oleh orang-orang yang bercakap besar. Fikir dia tahu segalanya. Fikir bahawa aku ini hanya mahu menang. Padahal aku ini hanya manusia peramah yang lebih suka menjelaskan dari mahu menjadi pemenang. 

Sekian chalo asalamulaikum.




p/s : Jangan tanya gaji aku. Tanya aku berapa ramai orang aku sudah beri gaji. Kau ingat kau kaya sangat tanya pasal gaji orang?

8 ulasan:

zarifahmr berkata...

1st time jumpa kau dekat wedding azri-nina. 2nd time, grafa cafe.

:)

Booty Martinez berkata...

semoga kau jumpa orang yang sepatutnya.
jodoh ini rahsia Allah. Kau takkan tahu sebenarnya orang itu ada je dekat dengan kau. sedar atau tidak je.

Kalau kau tak mahu orang judge kau begitu dan begini. aku harap kau pun janganlah judge orang hanya dengan melihat instagram, twitter, pakaian blablabla...

Kau pasti sakit bila orang tuduh kau begitu padahal itu bukan diri kau. begitu juga orang lain. perasaan yang satu ini sama aje dengan semua orang. kau sendiri kena kedepan dan berikan sedikit ruang untuk orang lain mengenali kau. mereka memang tak akan memahami kau unless kau biarkan mereka selami diri kau. ingin didekati, ingin dimanja, ingin dibelai dan dicurahkan semua kasih sayang...bukan kau seorang. semua orang ingin rasa begitu. tapi jangan expect orang lain yakni orang yang ingin kau cintai itu berikan kau semua itu untuk tempoh yang singkat. Tuhan beri kita masa jadi guna masa sebaik mungkin.

tak kenal maka tak cinta. jangan jadikan pandangan pertama itu terlalu buruk dan terlalu indah.

kau berhak membuat pilihan tetapi jangan biarkan pilihan memerangkap diri kau sendiri.

yongpropaghandi berkata...

3minggu kerja, 2 minggu cuti.. gaya mcm kerja offshore je ni.hehe

pepol berkata...

dah banyak kali jumpa bro,tapi sekali je sempat bersalam,semasa di psp shah alam

Rafidah B. berkata...

'sampai sekarang aku fobia dengan nama Rafidah'.... hurmmmm..

CikJa berkata...

sabar jelah bro.. jgn hidup terus membenci.. sbb mereka itu sentiasa ade di sekeliling kita.. dunia ni kecik.. try to forgevi n forget.. ;)

nurazila burhanuddin berkata...

thumbs up...
perempuan yg suka bace puisi tp xpandai tulis puisi...

hC berkata...

for the last point, stay strong bro :)