Mei 03, 2013

BR1M Bukan Pemberian One-Off

Salah satu kebaikkan BR1M ialah, ia mampu menurunkan kadar pengangguran di Malaysia. Pada Februari lepas, kadar pengangguran Malaysia telah menurun pada 3%. Jika dikatakan BR1M adalah one-off, mereka silap.

BR1M adalah pemberian yang menaikkan kuasa membeli rakyat Malaysia. Cuba kita fikir semula, apabila kita mendapat BR1M. Apa yg kita buat? Semestinya hanya dua perkara major yg kita akan buat sama ada guna BR1M untuk membeli sesuatu, dan satu lagi dengan menyimpan.

Apabila kita menggunakan BR1M untuk membeli sesuatu. Syarikat penjual akan mendapat lebih banyak untung hasil jualan barangan yg kita beli dari BR1M. Permintaan tinggi, maka syarikat penjual dan pembuat akan alami unjuran yg besar. Unjuran yg besar akan membuatkan syarikat2 menambah peluang pekerjaan untuk menampung kesibukkan permintaan. Mereka mampu membuka peluang pekerjaan kerana BR1M membawa keuntungan. Nah, secara tidak langsung, pengangguran berkurangan.

Pekerjaan sekurang-kurangnya bertahan selama setahun dua, jika berterusan baik, menjangkau 10 tahun. Di situ sudah jelas menunjukkan BR1M bukan one-off term. Ia adalah long-term yg ramai antara kita tidak nampak kerana sering menganggap pemberian BR1M terlalu sedikit. Atau mmg sudah berfikiran untuk membenci apa yg kerajaan lakukan. Mereka tidak nampak pemberian yg kecil itu mampu memberikan impak yg besar kpd seluruh negara. Hanya mereka yg faham mengenai perniagaan dan ekonomi saja yg mengetahuinya.

Jika kita menggunakan BR1M untuk menyimpan, sama juga kerana wang simpanan BR1M kita dalam bank itu akan bank guna untuk pelaburan. Jika tidak, masakan kita mendapat dividen setiap bulan apabila menyimpan?

Tolong hentikan spekulasi BR1M adalah one-off term, tolong ubah dari berfikir sebegitu. Ia seperti anda nampaknya tidak memahami ekonomi itu sebagaimana.

Tapi, aku respect pada seorang makcik di Terengganu yg menggunakan BR1M untuk memulakan modal meniaga kuih akok. Kini makcik itu yg dahulunya berjalan kaki meniaga, sudah mampu memiliki kereta Myvi. Respect!

5 ulasan:

Mawar Merah Jambu berkata...

Jika mereka memang tidak suka, benda yang sedia zahir pun akan mereka butakan, benda baik dikatakan buruk. Pemberian diambil tapi mulut takkan berhenti dari menghentam.

smbotak berkata...

hahahaaa!!!

DeaDay berkata...

I like the way you write your entry boy.. HAHAHAHA maksima

nz204 berkata...

tak sabar nak tunggu ulasan hang pasal PRU13...

ILI AMIRAH berkata...

camne pulak dengan pemandu teksi yang diberi baucher tayar?
pemandu pergi kedai nak gune baucher , tokey tu cakap "yang dulu pon kerajaan lum bayar, ni nak gune baucher lagi?"
kirenye baucher tuh kali kedua dapat. 1st time punye baucher tuh , pemandu dah gune tapi yang ruginye kedai tuh sebab kerajaan lum bayar ke dye. paham tak ayat kite ni ?