Mei 08, 2013

Melayu. Melayu. Melayu.

Melayu. Melayu. Melayu.
Layu menyembah bumi.
Layu menyumpah sesama sendiri.
Layu terpesong tanpa disedari. 

Melayu. Melayu. Melayu.
Ada 3 macam Melayu.
Satu yang buntu.
Dua yang salah membantu.
Tiga yang tidak tahu.
3 macam tidak bersatu.
Sampai mati masing-masing berbulu.

Melayu. Melayu. Melayu.
Siapa yang Melayu?
Kau atau aku?
Dia atau mereka?
Tiada siapa mengaku Melayu.
Melayu sudah jadi hantu.
Malaysia sudah mampus dek Melayu.

Melayu. Melayu. Melayu.
Padan muka Melayu.

Tiada ulasan: