Jun 25, 2013

P R O T E C T & F U T U R E

Rasanya. Sudah ramai mengenali aku secara melihat gambar, berjumpa seketika atau duduk semeja di kedai makan. Jika kamu tahu, aku harap kamu tahu yang aku hanya lelaki biasa. Kalau kurang biasa pun, dari segi ketinggian. Heh.

Ada orang kata aku ini punyai level confident yang tinggi. Juga ada yang kata aku serius dan garang. Tapi aku lebih suka dengan 'sensitif dan spritual'. Dari dua sifat itu lahirlah diri aku yang kamu nampak melalui mata kasar.

Akhir-akhir ini aku telah mempunyai ramai kenalan dan rakan baru. Semakin mencabar buat aku kerana aku tahu, tinggal di kotaraya yang kejam ini boleh buat kau jatuh tersungkur jika salah memilih kawan dan kenalan. Aku lebih sensitif dalam hal ini lalu lebih berhati-hati dalam berkawan dan mempercayai orang.

Permasalahannya, aku lebih menambah kawan perempuan. 

Umum tahu bahawa prinsip aku yang pernah disiar dalam blog ini ialah;

"To protect woman for better future." dan "Protect the woman. Treat them with goodness and respectful."

Aku cuma rungsing jika prinsip aku ini akan dipergunakan oleh perempuan yang "Apa Aku Kesah Dengan Prinsip Alexia Aqram Asalkan Aku Dapat Yang Aku Nak". Ada dua skop matlamat tentang perempuan sebegini; 

1. Mempergunakan aku sebagai batu locatan.
2. Mahu lihat aku jatuh.

Andailah aku sudah terlalu jauh. Aku harap ada seseorang yang boleh memanggil aku semula ke landasan yang sepatutnya. Aku cuma mahu perempuan mendapatkan cinta yang betul. Tapi tak semestinya aku ada cinta yang betul untuk kamu, kamu dan kamu serta kamu-kamu yang lain. (Amboi bunyi macam ramai)

Apa-apa pun, aku harap aku dapat cinta yang betul dari orang dan masa yang tepat. Mungkin aku akan jatuh tersungkur kerana perempuan. Kemungkinan sentiasa ada. Aku akan terus berwaspada dengan setiap langkah yang aku mulakan dalam berkawan, berkenalan dan persahabatan.




p/s : I don't know what my future holds, but I do know who holds my future.


5 ulasan:

Umie Artoqiemie berkata...

kau superhero bro, jangan jatuh. bangun2

ida_nurdiya berkata...

'kamu, kamu dan kamu'. amboi, ramai. seperti mana awak yang comel dgn ketinggian sederhana tu, sederhanakan jugak timbunan perasaan tu. berhati2 memilih supaya bila jatuh akan ada menyambut sebelum sempat jatuh

FataMorgana berkata...

dan aku pasti, komen di sini juga dipenuhi si gadis-gadis (ah perlukah double?)

seriously, gaya tulisan alexia aqram mengingatkan aku akan fida aisyah, blogger yang pernah dulu datang dan pergi. tragis kisahnya buat aku.

CikJa berkata...

cinta yg tepat dan betul?.. ermm ....
cinta yg tepat dan betul?.. huhu

KiD berkata...

mungkin kalau bukan perempuan yang betul.