Jun 19, 2013

Tulisan Yang Deep

Apa itu 'tulisan yang deep' ? Aku terfikir perkara ini sejak 5 tahun lepas apabila aku memulakan penulisan dalam blog. Lebih rumit, aku fikir tentang cara menghasilkan penulisan yang deep. Pelbagai cara kerana tulisan yang deep akan menjadi ikutan pada masa akan datang berbanding tulisan jenis ayat penyata yang mungkin sedikit membosankan.

Jadi, apa itu tulisan yang deep? 

Ia bentuk tulisan dari 'passion' atau kata lain dalam bahasa Melayunya 'lahir dari jiwa yang dalam'. Kesungguhan, mungkin juga ayat yang sesuai ialah satu bentuk tulisan yang 'makan dalam' atau ya, tulisan kesedaran terhadap naluri manusia yang sebenar. 

Ewah, nak tulis maksud pun nak deep.

Cuma aku setuju dengan ayat 'passion' dan 'lahir dari jiwa'. Ia tepat, walaupun bukan seratus peratus.

Sekarang ini, ramai orang cuba atau sudah ramai orang menghasilkan penulisan yang 'deep'. Ada yang tulisan deep itu betul-betul tulen dari jiwa, ada yang plastik, ada yang acah-acah, ada yang hipokrit (macam plastik tetapi kurang tulen), ada yang cuba-cuba dan banyak lagi.

Aku tiada masalah dengan penulisan yang deep. Tapi, satu realiti tentang pandangan kita sebagai pembaca apabila membaca penulisan yang deep sama ada berbentuk puisi, ayat pendek, cerpen, gurindam mahupun nota ringkas; Terpampang satu persepsi lain seperti rabak, jiwa kacau, bukan cliche dan lebih kelakar, misteri.

Dan aku lihat itu serta pernah berpandangan begitu pada sang penulis.

Apa-apa pun, aku khuatir dengan lambakan penulisan deep ini akan mengakibatkan para penerbit buku tersalah memilih penulisan sehingga ia dikomersilkan ke dalam penerbitan. Kalau tersalah, nasi sudah jadi bubur. Bagi aku, biar buku itu penuh typo dan kesilapan cetakan asalkan isi kandungan buku itu jelas idea dan jalan ceritanya. Berbanding, buku penulisan deep yang hipokrit dan plastik (kerana lambakan lalu tersalah pilih) sehingga ia dilabel sebuah escapism liar oleh orang lain.

Aku tak reti menulis satu tulisan yang deep. Terus terang. Tulisan dari akal dan perasaan aku retilah.

4 ulasan:

Encik H berkata...

ohoo..someone cadangkan aku untuk masuk dan baca entry ni..:D

dulu2, lebih setahun yang lalu, aku mulakan blog dengan bahasa yang deep dan makan dalam..konteks penceritaan waktu tu cuma aku jer yang faham..

orang lain boleh baca, tapi diorang tak tau sebenar2nya aku cerita pasal apa..tapi itu masa dulu la..zaman blog xde ramai sgt yg baca..

skrg ni bila ada yg baca, aku kadang2 serba salah nak tulis something yang deep..sebab aku takut orang makin bosan dan menyampah nak baca entry2 aku..

so that, aku cuba kurangkan..kadang2 jer menulis camtu untuk interpretasikan apa yang aku rasa..konon2 lepas gian la..hahaha

untuk aku personally, aku suka baca tulisan yang deep ni..sebab indirectly buatkan aku rasa curious, rasa teruja, rasa yang otak aku ni kena berfikir untuk hadam apa yang penulis lain tengah cerita..

panjang pulak komen aku..hahaha..maap..

Laserquest berkata...

escapism liar?

Kumbang Jingga berkata...

aku pun slalu wat tulisan deep sambil korek hidung dengan deepnya hehehe...takde lah aku suka copy paste pastu tunggu org marah then mesti dia wat entry pastu aku jd femes hahaha

eima.manan berkata...

takde butang like la pula nak like. letih nak tulis komen.