Julai 15, 2013

Ayam Bermacam Ayam.

Mengulas isu negara kini bukanlah suatu yang menjadi minat utama aku kerana terlalu banyak isu yang remeh di Malaysia telah diperbesarkan dengan secara melulu.

Harga ayam naik misalnya. Apa rasionalnya kerana harga ayam naik lalu tak puas hati sampai mahu turun ke jalanraya menggulingkan Perdana Menteri. Ah, tak masuk akal.

Sedara, harga ayam sewaktu belum ada pengumuman sebegitu boleh saja menjadi serendah RM4 sekilo dan boleh menjadi RM8 sekilo. (Kalau kau biasa beli ayam mentah, kau akan nampak). Kebanyakan pembeli ayam kurang untuk membeli di pasar basah besar (pasar yang lebih kurang pasar borong Selayang) kerana tahu harganya pasti mahal. Mereka yang bijak memilih akan membeli di Mydin, membeli di EconSave atau membeli ayam di pasar raya yang menjual ayam A1 kerana harganya lebih berpatutan. 

Kalau tempat kau tiada Mydin, kau boleh beli ayam di Tesco dan Giant sambil itu kau bandingkan dengan harga di pasar basah biasa. Berbeza.

Aku baru beli ayam di Mydin 2 hari lepas. RM6.30 sekilo. Biasa saja. Apa yang masalahnya? Namun aku syak bahawa simpton kenaikkan harga ayam ini dipengaruhi oleh kempen memboikot membeli ayam dari pembeli Melayu kepada syarikat pembekal dan pemborong ayam Cina.

Aku syak lah. Jika lihat dari marketing perception, ya itu sedang berlaku. Gasaklah.



p/s : Apa lagi, bela ayam lah.

Tiada ulasan: