Ogos 21, 2013

Bayar Pinjaman

Bunga atau caj perkhidmatan atau ujrah atau apa-apa lagi jika dilihat dalam konteks PTPTN ini memang membebankan. Cuma itu lah risiko yang perlu kita tanggung sewaktu menandatangani dokumen pinjaman sewaktu kita tahun pertama di universiti.

Terus terang sewaktu itu kita hanya tandatangan tanpa baca secara dalam kesan pinjaman tersebut. Mana taknya, dengan usia 18 atau 19 tahun masuk universiti, yang kita fikir ialah 'asal ada duit selama pengajian'. Tidak pula kita terfikir bayaran balik pengajian. Kalau ada pun, lepas berijazah atau berdiploma, kerja dan bayar-lah. Tidak pula kita fikir cukup atau tak gaji kita nak bayar balik. Paling ironi, ada kerja atau tak lepas kita berijazah/berdiploma untuk membayar hutang PTPTN?

Kita mana fikir. Kita kan mentah.

Bila dah bekerja, baru fikir rasa beban dan rasa 'kena tipu sebab caj perkhidmatan or bunga' tinggi.

Tak ke rasa ini satu pembodohan terhadap diri sendiri? Yang selalu orang cakap pasal pinjaman along misalnya;

"Yang kau bodoh sangat nak pinjam pasal apa kalau tak mampu nak bayar balik?"

Beginilah senang cerita. Bayar saja lah. Asingkan duit siap-siap tiap bulan dan bayar. Kumpul duit dan bayar sekelepuk lagi bagus. Atau kalau dapat bonus 18 bulan misalnya, jangan berangan nak tukar itu ini. Bayar lah hutang PTPTN itu. 

Sebab. Bila dah habis bayar. Barulah sedap nak tala kerajaan. Tak caya tanya orang yang dah bayar. Nak tala kerajaan bila takde hutang PTPTN dia punya rasa lain macam.

Itu je pendapat aku.

p/s: Pum pang pum pang salahkan kerajaan itu ini tapi PTPTN tak bayar. Gila sedih hidup kau. Semalam kau belanja makwe makan kat Bens ada pulak duit?

2 ulasan:

dari sisi hidupku berkata...

haha, bagus. entry untuk sedarkan pelajar. dah pinjam, bayarlah. senang je konsep dia. cuba usahakan utk bayar, bukannya dari awal memang dah niat, tak mao bayar.

Emma Amir berkata...

Nicely said!