Ogos 14, 2013

Kenapa Mutakhir Ini Banyak Kes Tembak Mati?

Kita telah tahu hal ini. Jadi, persoalannya. Kenapa ia berlaku? Di sini aku boleh rungkaikan sedikit mengapa hal sebegini telah berlaku. Perkara ini sebenarnya amat berkait dengan situasi politik negara kita dan situasi negara kita sendiri yang berkaitan perlembagaan.

Mungkin kalian pernah melihat filem dari adaptasi kisah benar mengenai penjenayah. Mana-mana filem baik dalam negara atau luar negara, akan menceritakan tentang penjenayah yang baru keluar penjara, mahu menuntut bela atau membalas dendam dengan membunuh orang yang menyebabkan penjenayah masuk penjara.

Tengok SAW?
Lagi kejam.

Persoalannya, mana datang penjenayah yang menembak orang ini kat negara kita?

Kalau anda lihat kronologi politik negara kita. Selepas sahaja Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan atas desakan pakatan pembangkang dan 'rakyat'. Juga selepas ISA dimansuhkan atas desakan orang 'bijak pandai' dan 'rakyat' yang kononnya mahu setiap penjenayah dibela dengan dibicarakan melalui undang-undang. Lalu penjenayah yang telah ditahan dari Ordinan Darurat dan ISA (yang telah dimansuhkan) telah dilepaskan dari penjara.

Terus. Banyak orang mati kena tembak.

Nampak macam tak logik? Itu mungkin yang anda fikirkan. Kalau anda rasa mereka yang kena tahan atau penjara atas Ordinan Darurat dan ISA itu semuanya ditahan atas hal politik. Anda bangang.
Bukan, bukan bangang. Tapi anda tak tahu langsung pasal jenayah.

Anda pernah dengar orang yang buat jenayah, tapi tak boleh tahan sebab kurang bukti? Eh, penjenayah haruslah pandai padamkan bukti bukan? Tapi anda tahu orang itu buat jenayah. Lalu takde cara lain dengan menahan secara paksa. Dan jenayah itu tiada?

Anda pernah dengar ke orang mengaku buat jenayah? Tiada penjenayah mahu mengaku buat jenayah walhal anda tahu dia adalah penjenayah dan telah melakukan jenayah. Anda nampak. Tapi bila anda bersuara, anda diugut penjenayah lalu anda terpaksa diam. Jenayah berlaku. Walau kurang bukti, dengan adanya Ordinan Darurat dan ISA, penjenayah ditahan. Lalu jenayah tiada.

Sekarang. Marilah kita terima padah kerana penjenayah yang dilepaskan itu datang dari undi anda dan sokongan anda pada 'sekian-sekian parti' telah menyebabkan ramai tak bersalah terbunuh.

Andalah pembunuh sebenar. Pembunuh masa depan negara.

Sekian, chalo asalamualaikum.


p/s : Pistol tidak membunuh manusia. Manusia membunuh manusia.

5 ulasan:

hazirah berkata...

"Selepas sahaja Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan atas desakan pakatan pembangkang dan 'rakyat'. Juga selepas ISA dimansuhkan atas desakan orang 'bijak pandai' dan 'rakyat' yang kononnya mahu setiap penjenayah dibela dengan dibicarakan melalui undang-undang. Lalu penjenayah yang telah ditahan dari Ordinan Darurat dan ISA (yang telah dimansuhkan) telah dilepaskan dari penjara.

Terus. Banyak orang mati kena tembak."


Selepas sahaja Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan .... Terus. Banyak orang mati kena tembak, you said.


Ini analogi yang tidak adil. you know it. I know it.

dan, encik aqram, kita ada law yang seakan sama dengan ordinan darurat i.e. sosma.

"i) Sekyen 4(1) yang memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan individu yang disyaki terlibat dalam jenayah keselamatan tanpa waran tangkap dikeluarkan.

ii) Seksyen 4(3) melarang seseorang daripada ditangkap dan ditahan kerana pendirian politik atau aktiviti politiknya.

iii) Seksyen 4(5) memberi kuasa kepada polis berpangkat Superintendant atau lebih tinggi untuk melanjutkan tempoh tahanan selama 28 hari bagi tujuan siasatan.

Pada masa yang sama, seksyen 2 SOSMA memperuntukkan akta ini digunakan untuk menangani jenayah keselamatan dan definisi jenayah keselamatan dijelaskan dalam Jadual Pertama akta tersebut, yakni jenayah-jenayah yang termaktub di bawah Bab VI dan VIA Kanun Keseksaan (Penal Code). Jenayah berat seperti tembak dan bunuh ini boleh dikategorikan sebagai jenayah keselamatan kerana bab VIA Kanun Keseksaan meliputi perbuatan jenayah atau ancaman yang menimbulkan ketakutan kepada masyarakat. Perbuatan atau ancaman tersebut adalah jenayah keselamatan sekiranya:

a) Ia menyebabkan kecederaan serius ke atas anggota badan individu

b) membahayakan nyawa individu

c) menyebabkan kematian



f) menggunakan senjata api atau bahan letupan.

Apabila kes jenayah berat seperti tembak dan bunuh ini boleh diklasifikasikan sebagai jenayah keselamatan, maka ia juga tertakluk kepada SOSMA dan seksyen 4(1) SOSMA membenarkan pihak polis menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah keselamatan."


undang-undang cukup. undang-undang ada. bilamana kes tembakan berleluasa dan polis kita cuma berespons "kembalikan undang-undang darurat". something is wrong with our authorities.

hazirah berkata...

*premise yang tidak adil.

Alexia Aqram berkata...

Hazirah. Saya bukan bercakap pasal kandungan Ordinan Darurat, ISA bahkan SOSMA (walau saya tahu ia seakan sama, tapi still tak sama dengan OSA, ISA dan Ordinan Darurat)

Saya bercakap pasal 'penjenayah yang dilepaskan' setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 itu dimansuhkan.

Tahanan ataupun penjenayah yg dilepaskan atas perubahan (pemansuhan) itu rata2 dari penjara simpang renggam. bukan dari kamunting yg ramai org fikir tau. awak pernah pergi penjara simpang renggam? i bet you don't.

penjenayah yg dah terlepas ni boleh ditahan balik guna sosma. tp, too late because dah ada yg mati.

so, how say you?

hazirah berkata...

Saya kata premise awak tak adil.

"pemansuhan leads to kes tembakan besar-besaran" mungkin nampak munasabah, tapi 'nampak munasabah' tak semestinya nampak betul.

I say, many other countries with low crime activities don't need draconian law to back them up. So, no. I refuse to believe we need one to deter these crimes.

FataMorgana berkata...

SOSMA: berapa ramai yg faham pasal SOSMA? DETAIL LAGI:diorang takut ke dengan SOSMA compared to those EO and ISA?

I do believe those so called draconian law are still relevant.

Singapore pun guna ISA, apa kisah?

Absolute freedom corrupts absolutely.